[Ath-Thariq] Sistem Pergaulan dalam Islam (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Keenam, setiap lelaki dan perempuan tidak dibenarkan melakukan suatu aktiviti yang boleh membahayakan akhlak atau menyebabkan kerosakan dalam masyarakat walaupun perbuatan tersebut termasuk perbuatan yang pada asalnya dibolehkan hukum syarak, seperti menggaji wanita atau anak lelaki yang tampan, namun untuk dimanfaatkan sebagai daya tarik seksual terhadap kaum lelaki, seperti anak lelaki yang tampan di salon, restoran, hotel, dan pramugari di alat transportasi dan pesawat.
Dalil atas masalah ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Rifa’ah, dia berkata, “Rasulullah telah melarang kami mempekerjakan seorang wanita kecuali yang dikerjakan oleh kedua tangannya. Seperti inilah jari jemarinya yang kasar sebagaimana halnya tukang roti, pemintal, atau pengukir.”
Kaedah syarak menyatakan bahawa, “Wasilah (sesuatu yang boleh mengantarkan) pada sesuatu yang haram itu, maka hukumnya menjadi haram,” dengan inilah kami mendasarkan alasan ketidakbolehan perkara tadi (poin keenam).
Ketujuh: Kehidupan suami isteri merupakan kehidupan yang penuh ketenteraman. Hubungan antara keduanya merupakan hubungan persahabatan, bukan hubungan rakan kongsi perniagaan (partnership). Seorang isteri memiliki hak untuk memperoleh nafkah dari suami dan seorang suami memiliki hak untuk ditaati oleh seorang isteri.
Allah SWT berfirman,
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (TMQ Al-Furqan: 74).
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Muttafaq Alaih (yang disepakati Bukhari Muslim), “Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah dia segera menikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan mata dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa saja yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya.”
Allah SWT berfirman,
“Pergaulilah mereka secara patut.” (TMQ An-Nisa: 19).
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik perlakuannya terhadap isteri-isterinya.”
Rasulullah SAW bersabda,
“Bahawasanya kalian memiliki hak atas isteri-isteri kalian, isteri-isteri kalian pun memiliki hak atas kalian, adapun hak kalian atas isteri-isteri kalian adalah mereka tidak boleh membentangkan alas tidur kalian bagi orang yang tidak kalian sukai, dan tidak boleh mengizinkan masuk ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai, ketahuilah bahawa hak mereka atas kalian adalah hendaklah kalian memberikan pakaian dan makanan yang lebih baik bagi mereka”
Dalam hadis yang lain,
“Kalian memiliki kewajipan pada isteri-isteri kalian, yakni memberikan nafkah, memberikan pakaian dan memberikan makanan pada mereka.”
Diriwayatkan bahawa Hindun isteri Abu Sufyan mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan itu pria yang sangat kikir. Dia tidak pernah memberikan nafkah yang cukup bagi diriku dan anakku.” Rasulullah SAW menjawab, “Ambil saja olehmu secara baik-baik hartanya dengan kadar yang dipandang cukup untuk dirimu dan anakmu.”
Kelapan: pengasuhan anak dan pendidikan mereka merupakan kewajipan seorang ibu, apakah sang ibu itu seorang muslim atau non-muslim, selama sang anak yang masih kecil tersebut memerlukan asuhan. Jika anak tidak memerlukan lagi asuhan dari sang ibu, dia boleh memilih apakah akan bersama ibu atau bapanya, ini terjadi ketika kedua orang tuanya muslim. Dan dia perlu ikut bersama bapanya jika bapanya seorang muslim, sedangkan ibunya non-muslim.
Dari Abdillah bin Amr bin Ash, “Sesungguhnya seorang wanita pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutkulah yang menjadi tempatnya, puting susukulah yang menjadi tempat air minumnya, dan pangkuankulah yang menjadi tempat bernaungnya. Akan tetapi, ayahnya menceraikan diriku dan ingin mengambilnya dari sisiku.’ Rasulullah SAW lantas bersabda, ‘Engkau lebih berhak atasnya sebelum engkau menikah lagi.’” (HR Abu Dawud).
Hadis ini menunjukkan bahawa seorang ibu lebih berhak untuk memelihara dan mengasuh anaknya selama anak tersebut memerlukan asuhan tersebut dan anak tersebut belum menetapkan pilihan kerana perlunya pengasuhan sang ibu. Dari Abdul Hamid bin Jafar Al-Anshariy dari kakeknya (Rafi bin Sinan), “Sesungguhnya datuknya itu masuk Islam, sedangkan isterinya menolak masuk Islam. Dia membawa anak yang masih kecil yang belum balig. Datuknya itu menuturkan, ‘Nabi SAW mendudukkan sang bapa di satu sisi dan sang ibu di sisi lain, kemudian si anak memilih di antara keduanya. Nabi SAW berdoa, ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada anak ini,’ maka sang anak pun pergi memilih ayahnya.” (HR An-Nasa’i).
Dari hadis-hadis ini jelas sekali bahawa seorang ibu lebih berhak atas pengasuhan anak sehingga dia baligh. Adapun bila dia telah baligh, maka dia perlu memilih antara keduanya jika kedua orang tuanya muslim, tetapi jika tidak, dia perlu ikut bersama sang ayah yang muslim kerana kebersamaannya yang terus-menerus dengan ibunya yang kafir akan mengakibatkan si anak menjadi kafir. Hal itu tiada lain kerana kebersamaan yang terus menerus bersama orang kafir menjadi pengantar pada kekufuran, sedangkan sesuatu yang mengantarkan pada keharaman, hukumnya menjadi haram.
Inilah bahasan ringkas tentang sistem pergaulan dalam Islam dan sistem inilah yang harus diterapkan dalam masyarakat Islam. Sistem inilah yang telah diterapkan di Daulah Islam dan sebahagian besar hukum-hukumnya masih ada berlaku hingga sekarang walaupun kegelapan begitu berkuasa selama masa penjajahan sehingga makin menguatkan hakikat keberadaannya sebagai sebuah sistem yang telah diterapkan di Daulah Islam.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)