[Ath-Thariq] Strategi Pendidikan dalam Islam
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Daulah Islam telah mencurahkan perhatiannya pada pendidikan sejak saat pertama kemunculannya. Hal itu tampak jelas ketika Rasulullah SAW menjadikan tebusan untuk membebaskan satu orang tawanan Quraisy setelah perang Badar adalah mengajar sepuluh orang kaum muslim. Perhatian terhadap pendidikan dan berbagai macam ilmu pengetahuan pun semakin bertambah seiring majunya Daulah Islam dan mencapai puncaknya ketika Eropah masih mendengkur dalam tidur yang panjang dan masih berenang dalam samudera kebodohan dan kegelapan. Populariti institusi pendidikan tinggi Daulah Islam yang ada di beberapa kota seperti Kaherah, Baghdad, dan Andalusia pada waktu itu telah mencapai tahap populariti yang lebih tinggi berbending institusi pendidikan tinggi Eropah dan Amerika yang terkenal yang ada sekarang ini. Ayat dan hadis yang mendorong pencarian ilmu dan pelaksanaan pendidikan ini jumlahnya sangat banyak.
Allah SWT berfirman,
وَنُفَصِّلُ الْاٰيٰتِ لِقَوْمٍ يَّعْلَمُوْنَ
“Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (TMQ At-Taubah: 11).
وَتِلْكَ الْاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِۚ وَمَا يَعْقِلُهَآ اِلَّا الْعٰلِمُوْنَ
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” (TMQ Al-Ankabut: 43)
قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لَا يَعْلَمُوْنَ ۗ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ اُولُوا الْاَلْبَابِ
“Katakanlah, ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (TMQ Az-Zumar: 9).
Dari Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda, “Barang siapa yang menyusuri sebuah jalan demi mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga.”
“Kelebihan seorang yang berpengetahuan atas seorang ahli ibadah seperti kelebihanku atas orang-orang yang ada di bawahku.”
Beberapa intisari penting dari strategi pendidikan dalam Daulah Islam:
- Akidah Islam menjadi satu-satunya asas landasan dibangunnya sebuah metode pendidikan, baik dalam pelajaran ataupun pembelajaran. Hal itu tidak lain kerana akidah inilah yang menjadi asas pemikiran sehingga pemberian material atau bahan akidah mestilah menjadi yang pertama dan utama kemudian baru membangun maklumat dan idae-idea di atasnya. Inilah yang telah dilakukan Rasulullah SAW. Telah diriwayatkan bahawasanya beliau SAW ketika mendengar sebahagian orang mengatakan sesungguhnya matahari mengalami gerhana kerana kematian Ibrahim, putra Rasulullah SAW, beliau lalu mengatakan,
“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah, keduanya tidak akan mengalami gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.”
Dalam hadis ini Rasulullah SAW menjadikan akidah sebagai asas untuk berbagai informasi yang berkaitan dengan gerhana matahari dan gerhana bulan. Dalam hadis dari Abu Said,
“Kami pernah keluar bersama Rasulullah SAW dalam Perang Bani Musthaliq saat kami mendapatkan seorang wanita Arab sebagai sabiyya (rampasan). Wanita tersebut sangat menarik kami, tetapi kami berkeinginan kuat untuk tidak hamil sehingga kami lebih suka melakukan azl. Lalu kami bertanya pada Rasulullah SAW mengenai hal itu dan beliau SAW pun menjawabnya, ‘Apa yang memberatkan kalian jika kalian melakukan? Sesungguhnya Allah Zat Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, benar-benar telah mencatat sebagaimana apa adanya, sebagai Sang Pencipta hingga kiamat.’” (HR Muslim).
Dalam hadis ini Rasulullah SAW menjadikan akidah sebagai asas dalam menjawab pertanyaan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak boleh mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan Islam kecuali setelah adanya asas yang kukuh kuat, yakni akidah Islam dalam setiap jiwa.
- Negara mesti memberikan kesempatan belajar pada semua rakyatnya secara percuma hingga tamatnya peringkat tsanawiy (menengah) dan memberikan kelonggaran pendidikan tahap institusi pendidikan tinggi secara percuma bagi setiap individu rakyatnya. Rasulullah SAW bersabda,
“Mencari ilmu itu wajib atas setiap muslim lelaki dan perempuan.”
Tidak terlaksananya sebuah kewajipan kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu pun menjadi wajib. Oleh kerana itu, Daulah perlu memenuhinya.
- Daulah mestilah memerangi buta huruf semaksima mungkin dan berusaha mendidik mereka yang belum memiliki tsaqafah. Ini boleh difahami dari kisah tawanan perang Badar yang Rasulullah SAW jadikan tebusan mereka adalah dengan cara mengajar sepuluh orang anak-anak kaum muslim.
- Wajib mengajarkan ilmu pengetahuan, industri, navigasi atau pelayaran, pertanian, dan sebagainya, dan haram mengajarkan segala sesuatu yang bertentangan dengan Islam seperti melukis dan mengukir. Ini berdasarkan pada keumuman dalil. Dalam bahagian pertama begitu banyak dalil yang menunjukkan kewajipannya. Adapun bahagian kedua banyak juga dalil yang mengharamkannya.
Inilah sekilas penjelasan tentang politik pendidikan dalam Islam yang mesti ada dalam Daulah Islam, dan ini pulalah yang menjadikan Islam muncul sebagai pemimpin pada masa lalu. Kelemahan daulah Islam pada hari-hari keruntuhannya juga telah diteliti, iaitu negara membuka berbagai sekolah, namun keadaannya sangat buruk secara umum, dan negara terpaksa menangguhkannya.
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)