[Ath-Thariq] Kejayaan Penerapan Islam Secara Praktikal (Bahagian 1/3)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Daulah Islam telah menerapkan Islam selama lebih dari 12 abad, sedangkan negara selainnya tidak berjaya menerapkannya. Kami akan memaparkan berbagai perkara sebagai bukti atas tuntutan tersebut. Sesungguhnya bukti yang paling qath’i yang menunjukkan bahawa Islam telah diterapkan adalah kejayaan tiada tanding yang diraih Daulah Islam dalam membangkitkan umat Islam dan menjadikannya sebagai umat berkedudukan pertama dan utama di dunia.
Gambaran global yang boleh melukiskan kejayaan diterapkannya ideologi Islam ini terdapat dalam tiga hal berikut:
Pertama, ideologi Islam mampu mengubah bangsa Arab secara keseluruhan dari bangsa yang sangat rendah dan terbelakang menjadi bangsa yang darjatnya tinggi dan maju. Setelah sekian lama bangsa Arab hidup dalam bentuk kabilah-kabilah yang senantiasa berperang dan bermusuhan, berperang merebut padang dan tanah pengggembalaan, yang kuat memakan yang lemah, yang kaya menindas yang miskin, dan seluruh negerinya tunduk kepada Rom dan Parsi sehingga sejarah tidak tahu, adakah kemuliaan dari mereka yang boleh dicatat dalam lembarannya?
Setelah keadaan ini terus berlangsung sekian lama, maka datanglah Islam dan membawa mereka ke tahap kemuliaan tertinggi. Arab menjadi sebuah bangsa yang tidak menginginkan kebahagiaan dirinya kecuali setelah adanya kebahagiaan bangsa lain. Dia senantiasa memikirkan bangsa lain dan berusaha membangkitkan mereka serta membawanya dari kegelapan ke dalam cahaya. Ini semua menjadi cita-cita tertinggi dan tujuan termulia sehingga bangsa Arab pun menjadi pemimpin dari berbagai bangsa.
Bangsa Arab telah mengeluarkan mereka dari kezaliman agama-agama yang ada ke dalam keadilan Islam. Bangsa Arab terus memimpin mereka dalam naungan Islam ke dalam arena kemuliaan dan kehormatan.
Dari sisi sejarah dan berbagai dasar politik sepanjang masa, sejarah belum pernah melihat sesuatu yang boleh menandinginya dalam kebesaran dan keagungan yang berjaya ia raih, apakah ada satu kejayaan setelah setelah kejayaan ini? Di depan kalian ada sejarah dan berbagai monumen peninggalannya, maka bacalah dan ajaklah bicara, nescaya mereka berdua akan memberitahukan khabarnya.
Kedua, Islam mampu—dan ini pertama kalinya dalam sejarah—merealisasikan sebuah harapan yang menjadi begitu lama menjadi angan-angan yang diinginkan orang-orang besar dan para pembaharu, tiada lain meleburnya bangsa dan kaum yang berbeza-beza dalam relau —tempat melebur logam—yang satu dan menjadikan perkara itu sebagai sebuah kenyataan yang boleh dirasakan keberadaanya. Hal ini terjadi dalam satu tempoh yang singkat sehingga benar-benar mengagumkan dan tidak pernah ada bandingannya, serta dalam keadaan dan syarat yang tiada satu pun zaman atau bangsa yang boleh melebihinya.
Islam mampu selama beberapa dekad—dengan tak terhitung sepanjang kehidupan umat—meleburkan bangsa Arab yang tenggelam dalam budaya nomad (badwi) dan keangkuhan serta kesombongan yang tidak bermakna, dengan bangsa Mesir, Parsi, Barbar, dan berbagai bangsa lainnya. Sedangkan semua bangsa tersebut memiliki perbezaan dalam bahasa, adat istiadat, kecenderungan, serta keinginannya.
Islam telah menjadikan mereka semua sebagai umat yang satu yang memiliki satu ideologi, satu bahasa asasi, yakni bahasa Arab, serta adat-istiadat dan tradisi yang hampir sama. Itu semua berjaya dilakukan dalam tempoh yang sangat singkat dan dengan menggunakan alat pengangkutan yang sangat sederhana, seperti kuda atau unta.
Sungguh Maha Benar Allah, ketika Dia SWT berfirman dalam surah Al-Anfal,
وَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْۗ لَوْاَنْفَقْتَ مَا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا مَّآ اَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ اَلَّفَ بَيْنَهُمْۗ اِنَّهٗ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ
“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ Al-Anfal: 63).
Juga firman-Nya dalam surah Ali Imran,
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu, kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (TMQ Ali Imran: 103).
[Bersambung ke bahagian 2/3]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)