BALAGHAH AL-QURAN TENTANG AYAT-AYAT ISA BIN MARYAM A.S.
(Catatan Ringkas dan Padat Ilmu Tauhid dengan Balaghah Al-Quran dan Hadis Nabawi)
Penulis:Irfan Abu Naveed, M.Pd.I
[Pengajar Ilmu Balaghah, Penulis Kitab, Mudir Ma’had al-Quran]
Konsep al-Qur’an (akidah Islam) tentang Nabiyullah Isa bin Maryam AS adalah jelas berbeza dengan konsep bible hari ini yang menggagas konsep anak tuhan yang merupakan sebahagian daripada konsep trinitinya dan tidak boleh cuba disuai padankan. Cuba perhatikan balaghah Surah Maryam [19]: 30-31 yang didakwa “serupa” dengan ‘ayat anak tuhan’:
قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا {٣٠} وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا {٣١}
“Berkata Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.” [TMQ Maryam (19): 30-31]
Permulaan ayat ini malah menggambarkan kedudukan Isa bin Maryam AS yang disisipi dengan tawkid inni (dalam ilmu al-ma’any termasuk al-uslub al-khabari al-thalabi), menegaskan dirinya sebagai HAMBA ALLAH dan NABI yang diutus untuk membawa al-Kitab, bukan sebagai anak Tuhan, maka di manakah persamaannya? Tidak ada. Tambahan pula, ayat-ayat al-Quran tentang Nabi Isa bin Maryam AS semuanya berkisar tentang Isa sebagai hamba Allah atau sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah, bukan anak Allah, yang ditegaskan oleh ayat yang menegaskan kekufuran mereka yang meyakini bahawa Isa bin Maryam sebagai anak Tuhan:
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam.” Padahal al-Masih (sendiri) berkata, “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah Rabbku (Tuhanku) dan Rabb kamu (Tuhan kamu).” [TMQ Al-Ma’idah (5): 72]
Ayat al-Quran yang agung ini, menegaskan kufurnya keyakinan yang meyakini adanya anak Tuhan, di mana dalam ilmu balaghah ‘arabiyyah, ayat ini dimulakan dengan huruf lam tawkid dan lafaz qad di hadapan fi’l madhi “kafara”, diterjemahkan “sesungguhnya benar-benar telah kufur”. Yang menariknya, Allah menggambarkan perkataan Isa bin Maryam AS yang menyeru umatnya “Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu”, di sini Nabi Isa AS menegaskan Allah SWT sebagai Rabbnya, iaitu Tuhannya, bukan bapanya.
Maka, perbezaan mendasar ini selama-lamanya tidak akan pernah dapat dicari kesesuaiannya, jika sesuatu yang serupa sahaja pada prinsipnya tidak sama, apatah lagi sesuatu yang sudah berbeza pada prinsip asasnya, paradigma mendasarnya, menurut kaedah yang ma’ruf dalam ilmu ushul ad-din:
كل ما بني على باطل فهو باطل
“Semua perkara yang dibina di atas asas yang batil, maka ia juga batil.”[1]
Yang menariknya, apabila berhadapan dengan kaum yang meyakini bahawa Tuhan mempunyai anak, ayat-ayat al-Quran mengajak mereka merenungkan keyakinan mereka agar mereka memahami sendiri kesalahan akidah mereka, dan kembali kepada keyakinan yang benar itu sendiri dalam Islam:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
“Katakanlah (Muhammad), “Wahai Ahlul Kitab! Marilah (kita) menuju pada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun; bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” [TMQ Ali Imran (3): 64]
Rasulullah SAW bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، أَوْ نَصْرَانِيٌّ، ثُمَّ يَمُوتُ وَلَا يُؤْمِنُ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ»
“Demi jiwa Muhammad yang ada dalam genggamanNya, tidaklah mendengar dari diriku (mengetahui kewujudan risalah Islam), salah seorang dari umat ini, baik Yahudi atau Nasrani, kemudian dia mati dan tidak beriman kepada apa yang dengan itu aku diutus, melainkan dia termasuk penghuni neraka.” [HR. Ahmad, Abu Dawud al-Thayalisi][1]
Apatah lagi, Nabi Isa bin Maryam AS pada akhir zaman diberitakan akan datang meluruskan umat kembali kepada tauhid, Rasulullah SAW bersabda:
«وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً، فَيَكْسِرَ الصَّلِيْبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيْرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ»
“Dan demi jiwaku yang berada di tanganNya, sudah dekat waktunya di mana akan turun pada kamu (‘Isa) Ibnu Maryam Alaihissallam sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah, dan akan melimpah ruah harta benda, sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya.” [HR. Al-Bukhari, Muslim]
Ingatlah, Rasulullah SAW sendiri memperingatkan umatnya terhadap setiap perbuatan yang sedikit demi sedikit akan menjerumuskan umatnya untuk mengikuti perbuatan Yahudi dan Nashara, dalam hadisnya yang mulia, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
«لَتَتَّبِعنَّ سنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ»
“Sesungguhnya kamu akan mengikuti sunnah kebiasaan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun sesungguhnya kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat kemudian bertanya:
يَا رَسُولَ اللهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟
“Adakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani?”
Rasulullah SAW menjawab:
«فَمَنْ»
“Siapa lagi kalau bukan mereka?” [HR. Al-Bukhari, Muslim, Ahmad]
Dalam hadis ini, perbuatan mengikuti jalan mereka tidak digambarkan secara langsung dan secara sporadik, tetapi secara bertahap, kerana dalam ilmu balaghah kalimat “شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ” adalah kiasan kepada perbuatan yang dilakukan secara bertahap, Syeikh Dr. Mushthafa Dib al-Bugha menjelaskan:
(شبرا بشبر) كناية عن شدة الموافقة لهم في عاداتهم رغم ما فيها من سوء وشر ومعصية لله تعالى ومخالفة لشرعه
“Kalimat (syibr[an] bi syibr[in]) adalah bentuk kinâyah mengenai kuatnya perbuatan mengikuti mereka (kaum Kuffar) dalam tradisi-tradisi mereka, walaupun di dalamnya terdapat sesuatu yang tercela, keburukan dan kemaksiatan terhadap Allah, serta menyalahi syariatNya.”
Apatah lagi dalam hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, dikisahkan bahawa Umar bin al-Khattab RA pernah diingatkan oleh Rasulullah SAW yang pernah berasa kagum dengan riwayat-riwayat dari Yahudi, kemudian meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk menulis sebahagian daripadanya, namun Rasulullah SAW menolak dengan menegaskan bahawa al-Quran sudah memadai sebagai lembaran yang putih bersih lagi suci, dan sekiranya Musa AS masih hidup, maka tidak ada jalan lain baginya kecuali menjadi pengikut Rasulullah SAW sendiri. [2] Umar bin Al-Khattab RA yang diberi gelaran al-Faruq pun diingatkan supaya berhati-hati, apatah lagi kita dan umat yang bukan Umar, dan kualiti ke-Islamannya jauh di bawah Umar, maka min bab al-awla, lebih wajib untuk berhati-hati!
وفقنا الله وإياكم فيما يرضاه ربنا ويحبه
Nota Kaki:
[1] HR. Ahmad dalam Musnad-nya (no. 8203), Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dkk mencatat: “Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim).”
[2] Prof. Dr. Muhammad Mushthafa al-Zuhaili, Al-Wajîz fî Ushûl al-Fiqh al-Islâmi, Damsyiq: Dar al-Khayr, cet. II, 1427 H, juz I, hal. 264.
[2] Riwayat:
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم: حين أتاه عمر فقال: إنا نسمع أحاديث من يهود تعجبنا، أفترى أن نكتب بعضها؟ فقال: أمتهوكون أنتم كما تهوكت اليهود والنصارى؟ لقد جئتكم بها بيضاء نقية ولو كان موسى حيا ما وسعه إلا اتباعي. رواه أحمد والبيهقي في كتاب شعب الإيمان، وهو حديث حس