[Hadits Shiyam] Hadis Hudzaifah tentang Keperluan Jama’atul Muslimin dan Pemimpin Mereka
Bagaimana kita memadukan antara berbagai ayat dan hadis yang menunjukkan kewajipan kaum muslim? Misalnya yang terkait usaha menegakkan kekhilafahan dan mengembalikan hukum yang diturunkan Allah dengan isi hadis sahih yang dinyatakan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya daripada Hudzaifah bin al Yaman. Hadis ini tentang kewajipan menjauhi berbagai firqah (kelompok) pada masa yang buruk, yakni ketika kaum muslim tidak memiliki jemaah dan pemimpin lagi.
Nas hadis tersebut adalah, “Orang-orang ketika itu bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan, sedangkan saya (Hudzaifah) bertanya tentang keburukan kerana takut keburukan itu akan ku temui. Kemudian saya bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami dulu dalam kejahiliahan dan keburukan, lalu Allah menunjukkan kami dengan kebaikan ini. Apakah setelah kebaikan ini ada keburukan?’ Jawab Rasulullah, ‘Ya.’ Saya kembali bertanya, ‘Dan apakah setelah keburukan ini ada lagi kebaikan?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, tetapi terdapat asap di dalamnya.’ Saya bertanya, ‘Apakah kabutnya?’ Rasulullah menjawab, ‘Kaum yang mencari petunjuk dengan selain petunjukku, engkau mengenal (kebaikan mereka) dan mengingkari (kejelikan mereka)’. Saya bertanya lagi, ‘Apakah setelah kebaikan itu juga masih ada keburukan?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, iaitu para penyeru yang mengajak ke neraka Jahanam. Barang siapa yang memenuhi seruan mereka, mereka akan menceburkannya ke neraka Jahanam.’
Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, tunjukkan sifat mereka kepada kami.’ Rasulullah bersabda, ‘Mereka berkulit sama dengan kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita.’ Saya bertanya, ‘Apa yang Engkau perintahkan kepadaku jika hal itu ku temui?’ Rasulullah menjawab, ‘Berpeganglah pada jemaah umat Islam, serta pemimpin mereka.’ Saya bertanya lagi, ‘Bagaimana apabila mereka tidak memiliki jemaah dan pemimpin?’ Rasulullah menjawab, ‘Jauhilah semua kelompok tersebut, sekalipun engkau harus menggigit akar pohon sehingga ajal menjemputmu sementara engkau pun tetap dalam keadaan seperti itu.”
Tidak ada pertentangan antara ayat-ayat dan hadis-hadis yang menunjukkan kewajipan berusaha menegakkan Khilafah untuk mengembalikan hukum seperti yang diturunkan oleh Allah dengan hadis Hudzaifah tentang kewajipan menjauhi semua kelompok pada masa buruk, yakni ketika kaum muslim tidak memiliki jemaah dan pemimpin. Ini kerana tujuan (ayat mahupun hadis di atas) berorientasi pada dua hukum yang berbeza.
Sesungguhnya hukum ayat-ayat dan hadis-hadis yang menunjukkan kewajipan berusaha menegakkan Khilafah serta mengembalikan hukum seperti yang diturunkan Allah, hanya berlaku ketika tidak diberlakukannya hukum seperti yang diturunkan Allah Taala. Keadaan seperti ini telah menjadikan seluruh kaum muslim terus-menerus melakukan keharaman dan dosa di hadapan Allah Taala.
Mereka tidak mungkin melepaskan diri daripada keharaman yang dengan begitu dosanya akan hilang, kecuali dengan berjuang mendirikan Khilafah dan mengembalikan hukum seperti yang diturunkan Allah ke muka bumi ini. Kewajipan tersebut juga tidak akan gugur, kecuali dengan tegaknya Khilafah, serta kembalinya hukum secara benar (terealisasi dalam kehidupan) seperti yang diturunkan Allah Taala.
Aktiviti menegakkan Khilafah dan mengembalikan hukum seperti yang diturunkan Allah hendaklah berupa aktiviti politik yang dilaksanakan oleh kutlah (kelompok) politik yang mengambil dan menjadikan Islam sebagai asas, serta senantiasa terikat dengan thariqah (metode) dakwah Rasulullah SAW dalam menjalankan kutlah-nya. Umat akan bergabung bersama kutlah itu dengan asas tersebut, lalu bersama-sama menegakkan Khilafah dan mengembalikan hukum sesuai dengan yang diturunkan Allah Taala.
Oleh kerana itu, menjadi kewajipan bagi kaum muslim untuk menegakkan kutlah tersebut apabila belum ada. Jika telah ada kutlah yang berdiri berlandaskan Islam, berjemaah atas dasar Islam, terikat dengan thariqah Rasulullah SAW dalam perjalanannya, serta melakukan aktiviti secara nyata untuk menegakkan khilafah dan mengembalikan hukum sesuai dengan apa yang diturunkan Allah, kaum muslim wajib bergabung bersama kutlah tersebut. Dengan demikian, mereka akan mampu menegakkan kekhilafahan dan mengembalikan secara nyata hukum Allah di bumi ini.
Kaedah syarak mengatakan, “Semua kewajipan yang tidak dapat terlaksana, kecuali dengannya, maka sesuatu tersebut hukumnya menjadi wajib.” Ini terkait dengan ketentuan hukum yang pertama.
Adapun hukum kedua berkaitan dengan yang diambil dari hadis riwayat Hudzaifah bin al Yaman. Hadis ini menentukan kewajipan untuk menjauhi berbagai firqah pada masa-masa buruk tatkala kaum muslim tidak memiliki jemaah dan imam. Maksudnya adalah meninggalkan firqah-firqah, jemaah, organisasi, dan parti yang tidak berdiri berlandaskan Islam, mengemban bukan misi Islam, dan menyeru kepada selain Islam. Firqah ini ada yang berjemaah di atas landasan kemaslahatan, kesombongan, ataupun hawa nafsu untuk meraih pemerintahan dan kekuasaan. Ada pula yang berdasarkan idea-idea kufur, seperti Sosialisme-Komunisme, Kapitalisme, atau pemikiran dan sistem kufur lainnya untuk meraih kekuasaan dan pemerintahan dengan asas pemikiran dan sistem kufur tersebut. Semua ini agar kemudian dapat diterapkan (pemikiran dan idelogi mereka, pen.) kepada kaum muslim. Begitu juga berupa kelompok dengan dasar kedaerahan, kesukuan, kebangsaan, mazhab, Freemasonry, Baha’i, atau asas apa pun yang digunakan orang sebagai landasan berkelompok selain Islam.
Berbagai firqah, kutlah, jemaah, dan parti inilah yang diperintahkan oleh hadis riwayat Hudzaifah di atas untuk dijauhi. Semuanya akan menggiring dan membenamkan mereka ke dalam kobaran neraka Jahanam. Sebabnya, semua kelompok tersebut mengemban misi selain Islam, serta menghimpun orang dengan dasar selain Islam. Firqah-firqah tersebut mengemban kebatilan dan berjemaah dengan landasan kebatilan, juga mengemban keharaman serta melaksanakan aktiviti yang diharamkan. Sesungguhnya balasan bagi yang apa diharamkan hanyalah neraka.
Oleh kerana itu, semua firqah, jemaah, dan kutlah ini jalannya adalah neraka Jahanam. Orang yang bersamanya akan diseret menuju ke neraka Jahanam, lalu dibenamkan di dalamnya. Ini sebagaimana disebutkan dalam nas hadis Hudzaifah iaitu, “Saya bertanya, ‘Apakah setelah kebaikan itu ada kejelikan?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, para penyeru menuju pintu-pintu neraka jahanam. Barang siapa memenuhi seruan mereka, maka dia akan ditenggelamkan di dalamnya.’”
Adapun kutlah dan jemaah yang berdiri dengan dasar Islam, mengajak kepada Islam, menyeru kepada kemakrufan, mencegah kemungkaran, serta beraktiviti untuk menegakkan kekhilafahan dan mengembalikan hukum Allah di muka bumi, maka hukumnya berbeza dengan kelompok-kelompok di atas. Ini kerana Allah memerintahkan untuk mendirikan jemaah dan bergabung dengannya, bukan menjauhinya. Sebagaimana firman Allah Swt., “(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Ali Imran: 104).
Jalan (yang akan dilalui) kutlah-kutlah ini adalah jalan ke syurga. Barang siapa berjalan di jalannya, maka akan dibawa menuju syurga. Allah pun telah memberikan predikat pada kutlah-kutlah ini serta orang-orang yang bersamanya dengan sebutan al muflihun (orang-orang yang beruntung).
Hadis Hudzaifah di atas tidak mencakup kutlah tersebut. Demikian halnya perintah wajib menjauhi firqah-firqah yang jalannya mengajak ke neraka Jahanam itu juga tidak tepat jika diberlakukan kepada kelompok-kelompok yang mengajak ke syurga tersebut. Sebaliknya hadis Hudzaifah ini menunjukkan kewajipan bergabung bersama kutlah yang berdiri dengan dasar Islam, serta menyeru kepada Islam dan beraktiviti untuk mengembalikan hukum Allah di muka bumi. Di mana hadis Hudzaifah menyatakan, “Saya bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah yang engkau perintahkan kepadaku apabila hal itu aku temukan?’ Rasulullah menjawab, ‘Berpegang teguhlah pada jemaah kaum muslim dan imam mereka.”
Hadis tersebut memerintahkan agar terikat pada jemaah kaum muslim dan pemimpin mereka. Itu merupakan perintah agar terikat dengan Islam, serta bergabung dengan jemaah yang terikat pada Islam dan berdiri berlandaskan Islam, baik kaum muslim memiliki jemaah serta pemimpin atau pun tidak.
Dalam keadaan tidak adanya jemaah dan pemimpin kaum muslim, serta tidak adanya kutlah yang berdiri dengan dasar Islam dan menyeru kepada Islam, maka seorang muslim tidak boleh berjalan bersama firqah, jemaah, dan kutlah seperti yang disebutkan di dalam hadis Hudzaifah di atas. Sebabnya, mereka berada di pintu Jahanam dan menceburkan orang yang bersamanya ke dalam neraka tersebut.
Jelaslah bahawa seorang muslim berkewajipan untuk menjauhi semuanya, apa pun bendera yang mereka kibarkan dan apa pun tujuan yang ingin mereka raih. Dengan demikian, seorang muslim tersebut tidak akan ditenggelamkan bersama mereka ke dalam Jahanam. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Hudzaifah, “Saya bertanya, ‘Bagaimana jika kaum muslim tidak memiliki jemaah dan imam?’ Rasulullah menjawab, ‘Jauhilah semua firqah tersebut sekalipun engkau perlu menggigit akar pohon hingga ajal menjemputmu sedangkan dirimu tetap seperti itu.”
Hanya saja usaha menghindari kelompok tersebut tidak menghapus dosa kaum muslim kerana belum tegaknya jemaah dan kutlah atas dasar Islam yang menyeru kepada Islam, yang beraktiviti untuk menegakkan kekhilafahan, dan yang mengangkat pemimpin bagi kaum muslim untuk mengembalikan hukum sesuai dengan apa yang diturunkan Allah. Dengan demikian, jelas tidak ada kontroversi di antara kedua hukum tersebut.
Sumber: Hadits Shiyam