MUSLIMAH IDEAL – APA TINDAKAN KITA MENATA PERJUANGAN DEMI PEMBEBASAN PALESTIN
Setelah setahun genosid menimpa Gaza, kesyahidan, kemusnahan, kesedihan, rintihan, serta rayuan mereka hanya dapat kita saksikan dari layar televisyen mahupun telefon pintar. Begitu lemah dan tidak berdayanya umat Islam di belahan dunia lainnya yang hanya mampu melihat dan mendoakan saudara mereka di Palestin.
Namun, di sisi lain kita juga dapat menyaksikan sebuah keteguhan, kecekalan, keimanan, serta ketakwaan yang unggul pada diri muslimah Palestin dalam menghadapi ujian hebat ini.
Dengan itu, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia melancarkan kempen Muslimah Ideal dengan tema Menata Perjuangan Demi Pembebasan Palestin.
Menerusi kempen ini, kami komited mengajak seluruh muslimah untuk bersama-sama
1. Menyerukan kepada umat Islam akan usaha pembebasan Palestin dan tidak terus berdiam diri dengan kezaliman zionis Yahudi.
2. Membangkitkan kesedaran Muslimah agar mengambil keteladanan dari keunggulan keimanan yang ditonjolkan oleh Muslimah Palestin.
3. Menyedarkan dan memperkasakan karakter Muslimah Ideal yang sejati mengikut acuan Al-Quran dan hadis tatkala berhadapan dengan kesulitan kehidupan demi meraih nikmat syurga yang abadi.
Semoga kita menjadi pencetak generasi unggul, sebagaimana para sahabiyah yang terdahulu membersamai perjuangan menegakkan syariat Islam kaffah bersama Rasulullah SAW, dan sebagaimana para ulama muslimah era kebangkitan terdahulu berjuang menempa generasi Salahuddin dari luar kota Baitulmuqaddis sebagai pembebas bumi barakah dari cengkaman Pasukan Salib.
Ayuh bersama mulakan langkah sebagai Muslimah Ideal acuan Al Quran.