[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
Kisah Reham Menghadapi Realiti Kejam Perpindahan Secara Paksa
Reham, seorang wanita Palestin berusia 24 tahun di Gaza, telah merasai serangan ini secara langsung. Sebelum 7 Oktober, dia tinggal di sebuah pangsapuri yang selesa yang dibina oleh suaminya selepas bertahun-tahun bekerja dalam pembinaan. Apabila perang meletus, suaminya kehilangan pekerjaan dan satu-satunya sumber pendapatan. Kini, Reham dan keluarganya telah kehilangan tempat tinggal di Bandar Gaza sebanyak tiga kali, dan kini berlindung di sebuah khemah di Kem Al Nuseirat, di selatan Rafah, bersama suami dan empat anak lelakinya.
Reham sekeluarga adalah antara ratusan ribu mangsa kekejaman pengganas Israel yang mengebom bangunan-bangunan sehingga mereka hilang tempat berlindung, bukan sekali malah berkali-kali sehingga mereka terpaksa berpindah randah.
Ada persoalan menarik daripada Reham yang sebenarnya secara tidak langsung mencabar retorika perjuangan gerakan feminis di Barat khususnya. Reham dipetik berkata, “Setiap hari, ada berita tentang wanita Gaza dibunuh atau dipindahkan, dan saya tertanya-tanya bagaimana gerakan feminis akan bertindak balas. Adakah mereka akan melakukan sesuatu untuk wanita Gaza?” Inilah persoalan yang wajar dilontarkan bila golongan feminis sering memperjuangkan hak asasi wanita dan ramai yang menyerang syariat Islam sebagai mengongkong wanita. Namun, adakah nasib para wanita di Palestin akan termasuk dalam skop perjuangan mereka dan kepedulian mereka. Terkait hal ini, kita sudah banyak menyaksikan hipokrasi perjuangan feminis yang bersikap double standard dan tidak mampu memperjuangkan keadilan yangt untas bagi nasib wanita.
Sumber berita: https://carnegieendowment.org/sada/2024/03/palestinian-women-in-gaza-cruel-realities-of-displacement?lang=en
#muslimahideal #muslimahpalestin #inspirasimuslimahdaribumibarokah