Palestin Kian Membara, Umat Perlu Bergerak Nyata
Palestin kian membara. Pada hari Sabtu (19-10-2024) petang Z!onis Israel melancarkan serangan udara yang telah membunuh rakyat Palestin di Beit Lahia, Gaza Utara. Serangan itu mengakibatkan 87 orang mati syahid dan sejumlah besar mangsa cedera. Sebahagian daripada mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.
Pada masa yang sama, pada hari Ahad (20-10-2024) Zionis Israel mengebom kem pelarian Jabalia dan Maghazi di Gaza Utara. Serangan itu menyebabkan 44 rakyat Palestin mati syahid dan lebih 80 mangsa cedera.
Penjajah Zionis terus-menerus mengepung dan menyerang utara Gaza sejak 6 Oktober 2024 (serangan terbaru) menyebabkan 600 orang mati syahid dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal. Israel mendakwa bahawa serangan itu bertujuan untuk menghalang militan Hamas daripada berkumpul semula.
Gaza Utara adalah kawasan yang mengalami kerosakan paling teruk akibat serangan dan telah dikepung oleh penceroboh Zionis sejak akhir 2023, berikutan serangan Taufan Al-Aqsa. Sejak 7 Oktober 2023, jumlah kematian di Semenanjung Gaza telah mencecah 42,603 orang. Manakala 99,795 yang lain tercedera. Selain itu, lebih seribu orang disyaki mati syahid tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Penduduk yang masih hidup terpaksa menghadapi kelaparan dan perpindahan.
Belenggu Nasionalisme
Sungguh menyedihkan, di tengah-tengah serangan Israel yang menghancurkan wilayah Gaza, dunia masih diam seribu bahasa. PBB hanya mengecam. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) hanya boleh mendesak Z!onis Israel supaya mengikut perintah mahkamah tinggi PBB untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Jordan juga hanya mengkritik. Arab dan negara Islam lain masih membisu.
Hamas menyatakan bahawa sikap berdiam diri dunia Arab dan masyarakat antarabangsa menyebabkan Z!onis Israel terus melakukan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Hamas menyeru dunia Arab dan Islam, PBB dan badan antarabangsa lain untuk menghentikan “holocaust” yang dilakukan oleh “Nazi baru” (Israel).
Sesungguhnya sikap berdiam diri bangsa Arab dan dunia Islam adalah pengkhianatan luar biasa terhadap saudara seagama kita di Palestin. Sedangkan Allah SWT telah berfirman dalam QS Al-Hujurat ayat 10, “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”
Namun, para penguasa muslim telah “buta, tuli, dan bisu” sehingga tidak menjawab jeritan pertolongan daripada anak-anak Palestin yang terluka, kelaparan dan kehilangan keluarga. Tangan dan kaki para penguasa muslim telah dibelenggu oleh nasionalisme sehingga mereka tidak merasakan urusan Palestin adalah urusan mereka, sebaliknya menyibukkan diri dengan urusan dalaman negara mereka. Nasionalisme telah menghalang pemerintah umat Islam daripada mengambil tindakan sebenar untuk mempertahankan Palestin iaitu dengan mengerahkan tentera untuk jihad fisabilillah.
Bukan sahaja menjangkiti para penguasa, nasionalisme juga telah mengubah mafahim, maqayi dan qanaat (persepsi, piawaian dan ketundukan) umat Islam sehingga ada di antara mereka yang tidak ambil peduli akan penderitaan yang dialami oleh sesama Islam di Palestin. Hal ini dapat dilihat misalnya ketika konsert muzik Tamer Hosny pada hari Jumaat (18-10-2024) di Iskandariah, Mesir, yang dihadiri ratusan ribu umat Islam, sedangkan di sebelahnya ada saudaranya iaitu rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa. Sungguh, nasionalisme telah mematikan hati nurani mereka.
Sebenarnya, nasionalisme bukan berasal dari Islam dan bertentangan dengan Islam. Rasulullah SAW bersabda, “Bukan dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada asabiah (nasionalisme/sukuisme), orang yang berperang kerana asabiah, dan orang-orang yang mati kerana asabiah.” (HR Abu Dawud). Disebabkan itu, umat Islam perlu membebaskan diri dari gagasan nasionalisme dan memandang isu Palestin sebagai masalah umat Islam yang perlu diselesaikan bersama.
Penguasa Muslim Tirani
Selain faktor nasionalisme, keberadaan para penguasa di negara-negara umat Islam menjadi penyebab diamnya dunia Islam terhadap masalah Palestin. Shabir Ahmed dan Abid Karim dalam buku ‘Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam’ menjelaskan bahawa Barat telah menanam sebuah mekanisme yang menyebabkan kaum muslim tetap terpecah-belah. Mekanisme ini adalah kehadiran pemerintah kolonial di kalangan umat Islam.
Dahulu mereka mendapat kuasa selepas bersekongkol dengan Barat, bukan kerana pilihan rakyat. Selepas berkuasa, mereka menegakkan sempadan wilayah mereka yang telah merobek tanah umat Islam. Malah mereka sanggup berperang dengan sesama sendiri untuk meluaskan wilayah mereka.
Mereka juga melakukan kezaliman dan ugutan terhadap orang yang ingin menegakkan Islam di pentas politik. Mereka bertindak demikian di bawah pengaruh dan kawalan orang kafir penjajah. Kecintaan kepada kuasa dan kedudukan menjadikan para penguasa ini mati rasa dengan penderitaan umat Islam Palestin.
Sungguh, para penguasa itu tidak dapat menjadi harapan umat untuk membebaskan Palestin. Pembelaan mereka terhadap Palestin hanya terhad kepada retorik berupa kritikan tanpa tindakan nyata menghantar tentera ke Palestin, walaupun mereka mempunyai tentera yang kuat dengan senjata yang canggih. Mereka juga masih mengekalkan hubungan perdagangan dengan Zionis Israel dan tidak melakukan boikot.
Begitu juga dengan pertubuhan negara Islam seperti Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Mereka hanya mengkritik tanpa ada usaha nyata untuk memerintahkan dunia Islam melaksanakan jihad akbar.
Terus Berjuang Membebaskan Palestin
Umat Islam perlu sedar bahawa genosid di Palestin adalah urusan umat Islam, bukan hanya urusan kaum muslim di sana. Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak dapat tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR Bukhari dan Muslim).
Umat Islam bertanggungjawab untuk terus bersuara tanpa jemu dan menuntut para pemimpin negera umat Islam agar segera mengirimkan pasukan dengan kekuatan penuh untuk berjihad di bumi Palestin. Tentera Islam wajib datang untuk membebaskan Palestin, bukan sebagai pasukan pengaman di bawah perintah PBB yang tidak mengambil tindakan sebenar untuk membebaskan Palestin. Kesombongan Israel hanya boleh ditutup dengan jihad, bukan retorik. Umat Islam tidak boleh berhenti mempertahankan Palestin. Kita mesti terus bersemangat menyuarakan pembebasan Palestin walaupun terdapat banyak muslihat Barat untuk memadamkan perjuangan ini.
Perjuangan dan pembelaan umat Islam terhadap Palestin merupakan amal soleh yang luar biasa besar pahalanya di sisi-Nya. Allah Taala berfirman, “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)” [TMQ Al-Maaidah (5): 21]
Harapan Hanya Ada pada Khilafah
Pembebasan Palestin hanya akan terwujud dengan adanya sulthan[an] nashira (kekuasaan yang menolong), iaitu kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi dalam bentuk negara, sistem dan penguasanya yang benar-benar telah menolong dan memenangkan Islam dan kaum muslim.
Kekuasaan ini akan menjadi junnah (perisai) yang melindungi umat Islam dari musuhnya. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya imam (khalifah) itu perisai yang (orang-orang) akan berperang mendukungnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)-nya.” (HR Muttafaqun ’alaih).
Kekuasaan yang menjadi junnah itu adalah Khilafah. Khilafah akan menyatukan negeri-negeri muslim, baik wilayahnya, rakyatnya, mahupun militernya. Selanjutnya Khilafah akan menjadikan pembebasan Palestin sebagai agenda utama segera setelah Khilafah tegak. Khilafah akan menolak solusi yang disodorkan lembaga-lembaga internasional seperti PBB dan negara Barat (AS dan Eropa), yaitu solusi dua negara yang pada hakikatnya melanggengkan penjajahan terhadap Palestin. Khilafah juga akan memboikot semua produk dan pemikiran yang terafiliasi dengan Israel.
Khilafah akan melakukan aksi nyata membebaskan Palestin dengan mengirimkan pasukan dalam jumlah besar untuk menghancurkan entiti Israel hingga ke akarnya. Khilafah juga akan berjihad melawan negara lain seperti AS yang membela Israel.
Khilafah akan membina semula Palestin supaya umat Islam di sana dapat menjalani kehidupan yang baik. Pembangunan ini meliputi infrastruktur utama iaitu bangunan, kemudahan pengangkutan, telekomunikasi, dan lain-lain serta infrastruktur berupa sistem pendidikan, kesihatan, dan lain-lain. Khilafah akan menempatkan tentera yang mencukupi untuk berkawal di tanah ribath (sempadan) Palestin jika pada bila-bila masa berlaku serangan daripada musuh-musuh umat Islam.
Agenda besar umat pada hari ini adalah untuk menegakkan Khilafah. Umat Islam perlu sedar bahawa Khilafah adalah satu-satunya penyelesaian atas penjajahan di Palestin.
Perlu ada kelompok dakwah di tengah-tengah umat yang terus menyedarkan umat akan posisinya sebagai umat terbaik sebagaimana firman Allah di dalam TMQ Ali Imran ayat 110, “Kalian (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (selama) kamu menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
Kelompok dakwah ini juga perlu menyadarkan umat tentang kewajipan menegakkan Khilafah. Rasulullah SAW telah memberikan teladan tentang jalan penegakan Khilafah yang menerapkan Islam secara kaffah. Jalan tersebut adalah:
- Pengkaderan (at-tatsqîf).
- Interaksi dengan umat (at-tafâ’ul ma’al ummah), termasuk di dalamnya adalah pencarian sokongan dan pertolongan (thalab an-nushrah).
- Penerimaan kekuasaan dari pemilik kekuasaan (istilâm al-hukmi).
Sirah Rasulullah SAW menunjukkan atas tiga tahapan tersebut dalam mendirikan Negara Islam di Madinah. Dengan demikian kita wajib mengikuti kaedah tersebut. Kita wajib terikat dan konsisten dengan tiga tahapan sebagaimana yang Nabi SAW contohkan.
Pada tahap yang kedua, iaitu interaksi dengan umat, salah satu perkara yang penting untuk dilakukan adalah mewujudkan ra’yu amm (pandangan umum) di tengah-tengah umat. Tujuannya adalah agar masyarakat tidak lagi percaya pada sistem sekular kapitalisme yang gagal melindungi Palestin dan mengalihkan kepercayaannya pada sistem Islam, iaitu Khilafah.
Caranya adalah dengan membongkar kerosakan kapitalisme dan idea terbitannya, iaitu nasionalisme agar kebathilannya dapat dilihat secara jelas dari sudut falsafah normatif, sejarah dan empirikal. Seterusnya, menawarkan sistem Islam sebagai penyelesaian. Pemahaman bahawa Islam adalah mabda’ (ideologi) yang mempunyai pegangan rasional dan sistem (peraturan) hidup yang mampu menyelesaikan masalah hidup perlu terus dizahirkan. Dengan cara ini, rakyat sebagai pemilik kuasa yang sebenar akan memahami, mengamalkan, berkehendak dan menuntut pelaksanaan kafah Islam.
Besarnya pendapat umum yang meminta penegakan Islam kaffah di tengah umat akan mendorong ahlul quwwah (simpul umat) untuk menumbangkan penguasa tirani tanpa kekerasan. Tidak boleh ada kekerasan fizikal/bersenjata untuk menegakkan Khilafah. Sifat dakwah khilafah adalah fikriyah (pemikiran), siyasiyah (politik), dan la unfiyah (tanpa kekerasan). Inilah dakwah yang perlu kita lakukan untuk mewujudkan Khilafah sebagai pembebas Palestin. Wallahualam bissawab.
Sumber: muslimahnewsid