[Hadits Shiyam] Garis-Garis Besar Islam (Bahagian 2/4)
Berkaitan pemerintahan, Allah SWT telah menentukan bentuk pemerintahan dan menjadikannya berbentuk kekhilafahan. Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslim di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syarak Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Khilafah merupakan imamah. Hal ini seperti yang ditunjukkan oleh banyak hadis sahih. Kaum muslim telah menegakkannya sejak wafatnya Rasulullah SAW. Apabila khalifah telah meninggal, kaum muslim segera membaiat khalifah yang lain. Tidak pernah ada zaman yang mereka tidak mempunyai seorang khalifah.
Keadaan seperti ini berterusan sehingga orang kafir berjaya menghancurkan kekhilafahan melalui tangan Mustafa Kamal Attartuk terlaknat pada tahun 1342 Hijriah atau 1924 Masihi. Sebelum itu, kaum muslim sentiasa ada seorang khalifah. Belum pernah ketiadaan seorang khalifah pun, melainkan kaum muslim segera membaiat khalifah yang lain sebagai penggantinya, bahkan dalam keadaan yang rosak.
Apabila khalifah ada, bererti negara Islam wujud. Sebab, khalifahlah yang menerapkan hukum syarak dalam negara Islam. Khalifah tersebut diangkat dengan dibaiat daripada ahlul halli wal aqdi. Baiat tersebut kadang-kadang diambil daripada ahlul halli wal aqdi, adakalanya daripada kaum muslim, dan adakalanya juga daripada syaikhul Islam, terutama pada zaman kemundurannya. Inilah aktiviti yang berlaku sepanjang zaman Islam.
Tidak pernah ada satu pun khalifah, selain dengan dibaiat. Belum pernah ada khalifah dengan pewarisan, tanpa dibaiat selain terdapat penyelewengan dalam melakukan pembaiatan.
Baiat diambil oleh seorang khalifah untuk anak lelaki, saudara lelaki, atau anak lelaki bapa saudaranya daripada mereka ketika dia masih hidup. Kemudian baiat diperbaharui lagi untuk orang tersebut setelah kematian khalifah. Ini merupakan penyelewengan dalam melakukan baiat, bukan wilayatul ahdi. Oleh kerana itu, bentuk sistem pemerintahan dalam Islam adalah berbeza sama sekali dengan sistem pemerintahan lain di dunia.
Struktur pemerintahan dalam negara Islam mempunyai lapan bahagian, iaitu khalifah sebagai ketua negara dan pembantu khalifah yang sentiasa ada sepanjang zaman Islam. Mereka yang menjadi pembantu dan pelaksana khalifah. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri seperti kementerian yang wujud dalam pemerintahan demokrasi. Mereka hanya pembantu dan badan pelaksana. Adapun masalah bidang kuasa, semuanya terletak pada khalifah. Selain itu, terdapat wali, qadhi, amir jihad, serta perangkat administratif. Semuanya wujud pada setiap zaman Islam. Bagi tentera Islam pula, dunia percaya bahawa mereka tiada tandingan.
Syura telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW, pada zaman Khulafaurasyidin setelah beliau, dan zaman khalifah-khalifah selepas mereka. Pada zaman itu, syura belum mempunyai bentuk kerja yang teratur, belum ada pengkhususan sebagai ahli tetap, dan belum ada yang menentukan pembentukan majlis untuk mereka. Ini kerana syura bukanlah salah satu daripada bahagian pemerintahan.
Syura adalah salah satu hak rakyat terhadap penguasa. Apabila hal itu tidak dilakukan, jelas telah berlaku kecuaian. Namun, walaupun terjadi kecuaian dalam syura tersebut, pemerintahan ini tetap pemerintahan Islam. Ini kerana syura hanyalah untuk mengambil pendapat, bukan sebahagian daripada pemerintahan (legislatif, pembuat undang-undang) yang berbeza dengan sistem demokrasi. Demikianlah sistem pemerintahan Islam.
Bagi sistem ekonomi pula, terdapat dua aspek. Pertama adalah kaedah memperoleh kekayaan daripada umat oleh negara untuk menyelesaikan masalah manusia. Kedua adalah kaedah pembahagian.
Kaedah memperolehinya ialah negara telah memungut zakat atas harta, haiwan, tumbuh-tumbuhan, serta buah-buahan sebagai ibadah. Kemudian, semua itu hanya dibahagikan kepada lapan asnaf (golongan) yang telah disebutkan dalam Al-Quran. Ini tidak boleh digunakan untuk mengurus kepentingan negara, selain daripada untuk golongan tersebut.
Negara mengumpul kekayaan untuk menguruskan kepentingan negara Islam dan membina tentera mengikut syariat Islam. Negara mengambil kharaj atas tanah (wang sebagai pertukaran untuk menggunakan tanah setelah mereka ditundukkan melalui peperangan), jizyah daripada non-muslim (wang jaminan bagi kafir zimmi), dan usyur (pajak, cukai kastam) dari sempadan negara untuk perdagangan dalam dan luar negara.
Negara tidak akan memungut semua kekayaan tersebut, melainkan mengikut aturan syariat Islam. Pengagihan dilakukan sesuai dengan hukum-hukum syarak. Walaupun dalam hal ini terdapat penyelewengan dalam pelaksanaannya.
Sistem sosial yang menentukan interaksi antara lelaki dan wanita serta akibat daripada interaksi ini, iaitu tingkah laku individu, semua ini dilaksanakan mengikut hukum syarak. Sehingga kini, ia masih diguna-pakai mengikut syariat Islam, walaupun khilafah telah hancur malah dengan adanya pemerintahan kufur di negara umat Islam.
Strategi pendidikan dibina atas dasar Islam untuk membentuk aqliyah Islam (cara berfikir), serta nafsiyah Islam (cara memenuhi tuntutan keperluan jasmani dan naluri) untuk membentuk keperibadian Islam.
Pemahaman masyarakat ditambah dengan ilmu pengetahuan, serta ilmu yang berkaitan dengan kepentingan hidup. Tsaqafah Islam (seperti akidah, bahasa Arab, Al-Quran, hadis, dll.) merupakan dasar kurikulum pendidikan.
Tsaqafah asing hendaklah dielakkan agar tidak diambil jika bertentangan dengan Islam. Sains gunaan boleh digunakan. Pengetahuan sukan dan industri boleh diambil dengan mudah, kemudian digunakan. Dahulu, hanya negara Islam sahaja yang menjadi tumpuan golongan intelektual dan pelajar.
Universiti-universiti di Cordova, Baghdad, Damsyik, Kaherah, dan Iskandariah (Sepanyol) telah mempunyai pengaruh yang luas dalam mengarahkan perhatian pendidikan di dunia pada masa itu. Tidak pernah ada sebarang kecuaian dalam membuka sekolah pada penghujung zaman Khilafah Uthmaniyyah, melainkan selepas adanya kemerosotan berfikir yang telah sampai pada kemuncaknya.
Politik luar negara telah dibina di atas dasar Islam. Dengan demikian, Khilafah tersebut akan menetapkan interaksinya dengan negara lain mengikut landasan Islam, serta mengemban dakwah Islam ke seluruh negara sehingga ia akan dipandang sebagai sebuah negara Islam. Semua hubungan luar negara akan dibina atas dasar Islam dan kepentingan kaum muslim. Hal ini telah menjadi terkenal di dunia.
Daripada semua ini, kita mesti melihat bahawa sistem pemerintahan Islam secara nyata akan diterapkan kepada umat Islam secara keseluruhan. Sistem ini diterapkan kepada orang Arab mahupun bukan Arab sejak zaman Rasulullah SAW dan hanya sistem itu sahaja terus dilaksanakan sehingga runtuhnya kekhilafahan Islam.
Pada akhir zaman Kekhilafahan Uthmaniyyah, yakni abad ke-19, aspek pemikiran umat telah merosot dan penyakit mula muncul. Sementara itu, orang-orang kafir berputus asa untuk memerangi negara Islam dan memecah-belahkannya sehingga mereka mempunyai opini umum bahawa tentera Islam tidak mungkin dapat dikalahkan.
Mereka menyerang umat Islam dengan pemikiran Barat untuk menggoncangkan kewujudan umat sehingga mereka dapat menghancurkan negara Islam. Sebab, apabila kewujudan umat telah digoncang, maka kewujudan negara ini akan tergoncang. Selepas itu, sangat mudah untuk menghancurkannya. Untuk mencapai tujuan ini, orang kafir melancarkan perang pemikiran melalui misi kristianisasi, sekolah, hospital, buku, risalah, dan kelompok rahsia.
Mereka telah menyerang semua sektor, tetapi hanya memberi perhatian kepada sektor politik dan pemikiran. Dengan cara ini, mereka dapat membelot (memihak kepada musuh) dari kalangan pelajar, mahasiswa, dan pendidik yang bertugas serta yang berkhidmat dalam negara dan tentera.
Sumber: Hadits Shiyam