[HADIS] HARTA HARAM TAK AKAN PERNAH MENGENYANGKAN
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Suatu saat Umar bin al-Khattab RA tiba-tiba berusaha memuntahkan kembali air susu yang baru saja beliau teguk dan masuk ke perutnya. Kenapa? Ternyata, kerana dia baru sedar, jangan-jangan air susu itu berasal dari unta sedekah milik Baitul Mal (Negara Khilafah, pen.) (Al-Kandahlawi, Fadhaa-il A’maal, hlm. 590).
Pelajaran apa yang dapat kita petik dari kisah di atas? Yang pasti, bagi sebahagian kita, memakan makanan yang syubhat meski zatnya halal—mungkin merupakan hal yang remeh.
Namun, bagi Sahabat Nabi SAW yang mulia seperti Umar bin al-Khattab RA, perkara-perkara syubhat sekali pun—yang belum tentu mutlak haram sudah dianggap sebagai hal besar. Ini kerana Umar RA faham bahawasanya hal-hal yang syubhat itu sangat dekat dengan keharaman, sebelum benar-benar terbukti kehalalannya. Umar RA juga begitu faham, makanan haram, meski hanya sesuap, akan menjadi bahan bakar api neraka yang boleh membakar perut dan tubuhnya di akhirat nanti.
Sayang, sebahagian kaum muslim saat ini tidak berfikir sejauh itu. Yang ada dalam benak mereka adalah bagaimana memperoleh harta kekayaan sebanyak-banyaknya dengan segala cara. Oleh sebab itu, jangankan yang syubhat, bahkan yang haram pun mereka tidak peduli.
Contoh kecil adalah harta ribawi. Disebabkan riba itu boleh mendatangkan manfaat dan keuntungan, memperoleh harta dengan cara-cara ribawi tetap dilakukan. Walaupun dengan melalui riba, boleh mendapatkan keuntungan yang besar dan menghasilkan kekayaan yang melimpah, yakinlah kekayaan itu tak akan mendatangkan keberkahan dan kebahagiaan.
Menurut Imam an-Nawawi al-Bantani dalam kitabnya, Nashâ’ih al-‘Ibâd, keberkahan dan kebahagiaan (al-‘afiyat) di dunia salah satunya hanya akan boleh diraih melalui harta yang diperoleh dengan cara-cara yang halal. Sebaliknya, kesempitan dan kebahagiaan hidup—meski di tengah keberlimpahan harta—tak akan dapat diraih jika harta berlimpah tersebut diperoleh dengan cara-cara yang haram.
Justeru itu, penting bagi kita untuk merenungkan kembali sabda Rasul SAW, sebagaimana dituturkan oleh Abu Said al-Khudri, berikut:
“Hamba manapun yang menyimpan harta haram, jika harta itu dia simpan, tak akan berkah; jika harta itu dia infakkan, tak akan Allah terima; jika dia mati dan harta haram itu masih ada pada dirinya, hal itu akan memasukkan dirinya ke dalam Neraka Jahanam.” (HR Ibn Abi Dunya).
Rasulullah SAW juga bersabda, sebagaimana dituturkan oleh Al-Hasan RA:
“Siapa saja yang memperoleh harta dengan haq, pasti dia akan diberkahi. Siapa saja yang memperoleh harta tanpa haq maka dia seperti orang yang makan, tetapi tidak pernah merasa kenyang.” (HR Ibn Abu Dunya).
Na’ûdzu bilLâh min dzâlik.