[HADIS] MENINGGALKAN PERKARA SIA-SIA
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Di antara kebaikan seorang muslim adalah meninggalkan perkara yang sia-sia alias tak berguna. Di dalam Islam kita diajari agar mengisi seluruh waktu kita dengan pelbagai amal kebajikan. Bukan dengan perkara yang sia-sia. Kita diajari untuk mengisi semua waktu kita dengan amal-amal soleh: solat malam, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, meraih ilmu, berdakwah, dll. Sebaliknya, kita dijari agar tidak mensia-siakan waktu kita sepanjang hidup kita dengan hal-hal yang tidak bermanfaat. Apatah lagi dengan perkara maksiat. Kesimpulannya, semua perkara yang sia-sia alias tak berguna perlu kita tinggalkan. Lebih-lebih lagi yang mempunyai unsur dosa dan maksiat.
Rasulullah SAW telah bersabda:
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
“Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tak berguna.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Bahkan dalam hadis yang lain Rasul SAW bersabda:
لَا يَبْلُغُ الْعَبْدُ أَنْ يَكُونَ مِنْ الْمُتَّقِينَ حَتَّى يَدَعَ مَا لَا بَأْسَ بِهِ حَذَرًا لِمَا بِهِ الْبَأْسُ
“Seseorang tidak akan mencapai darjat takwa sebelum dia meninggalkan hal-hal yang tidak berguna kerana khuatir jatuh pada kesia-siaan.” (HR at-Tirmidzi dan Ibn Majah).
Dalam hadis ini jelas, ketakwaan seeorang dikaitkan dengan sejauh mana dia sanggup meninggalkan hal-hal yang tak berguna alias sia-sia. Hal ini juga merupakan antara ciri orang yang berjaya mewujudkan takwa. Semoga orang itu adalah kita. Aamiin.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.