[Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam]
Larangan Islam terhadap Nasionalisme (Bahagian 3/3)
Memerintah sesuai dengan hukum Islam hanya dapat dilaksanakan di dalam suatu negara dan dengan seorang khalifah. Diriwayatkan dalam Shahih Muslim bahawa Abdullah bin Amr bin al-Ash menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang membaiat seorang imam lalu dia memberikan jabatan tangannya dan buah hatinya, hendaklah dia mentaatinya. Jika datang seseorang yang lain hendak merebut kekuasaannya, penggallah leher orang tersebut.”
Abu al Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika baiat diberikan kepada dua orang khalifah, bunuhlah yang terakhir.”
Arfaja berkata bahawa dia mendengar Rasul SAW bersabda, “Jika seseorang datang kepadamu ketika kamu bersatu di bawah pimpinan satu orang dan dia hendak menghancurkan kekuatanmu dan memecah persatuanmu, bunuhlah.” (HR Muslim).
Persatuan umat Islam sangatlah diutamakan. Hal ini jelas pada piagam yang ditulis oleh Rasulullah SAW ketika beliau mendirikan Negara Islam Madinah. Dengan piagam ini yang ditujukan untuk mengatur hubungan antara orang muslim dan non-muslim di dalam negara Islam, Rasulullah mengatakan tentang orang muslim sebagai berikut,
“Perjanjian Allah di antara mereka adalah satu.”
“Orang-orang yang beriman adalah saudara terhadap yang lain.”
“Kedamaian orang-orang mukmin itu tidak terbagi. Tidak ada perdamaian terpisah yang perlu dibuat ketika orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah.”
Pernyataan-pernyataan ini menunjukkan bahawa kaum muslim adalah satu tubuh, bahawasanya mereka tidak boleh diperlakukan secara terpisah-pisah. Selain itu, kewajipan untuk memiliki satu negara dan bukannya banyak negara nasionalistik adalah merupakan hasil dari ijmak para sahabat.
Ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat berkumpul dan bermusyawarah untuk menentukan khalifah, yakni pengganti beliau di perkampungan Bani Sa’idah. Seseorang telah mengusulkan bahawa orang Ansar perlu memilih pemimpinnya sendiri. Namun kemudian, Abu Bakar membacakan satu hadis yang melarang kaum muslim memiliki lebih dari satu pemimpin. Jadi para sahabat tidak pernah setuju adanya lebih dari satu pemimpin dan kesepakatan mereka merupakan dalil paling kuat bagi kita.
Oleh kerana itulah, Islam tidak menyisakan ruang bagi Negara Saudi, Negara Mesir, Negara Malaysia, Negara Iran, mahupun Negara Pakistan. Islam menyerukan adanya satu negara dengan satu pemerintahan sehingga seluruh umat Islam di dalamnya diikat dengan ikatan akidah, iaitu akidah Islam. Demikianlah Islam telah mengatur dan kita pun mestilah mengikutinya.
Allah SWT telah berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (TMQ Al Hujuraat: 13).
Ayat ini turun seketika setelah Rasulullah SAW memasuki kota Mekah dengan kemenangan yang besar. Setelah mengumumkan pernyataan pembebasan atas orang-orang Quraisy, maka Rasulullah SAW memerintahkan Bilal mengumandangkan azan. Pada saat itu terdapat tiga orang muslim baru yang mengamati kejadian diperintahkannya Bilal untuk mengumandangkan azan tersebut. Seorang dari mereka menyatakan betapa bahagianya dia kerana dia tidak melihat orang tuanya hadir di situ menyaksikan pemandangan yang menjijikan itu. Satu orang lagi, iaitu Haris bin Hisyam berkomentar bahawa Rasulullah SAW tidak lagi dapat menemukan orang yang sesuai, selain seekor burung gagak hitam untuk mengumandangkan azan. Sedangkan orang yang ketiga, iaitu Abu Sufyan, berkecuali dan memilih untuk tidak memberikan komentar. Dia menyatakan bahawa jika dia mengatakan sesuatu, Allah SWT pasti akan menurunkan wahyu kepada Muhammad SAW berkenaan dengan pernyataannya.
Allah SWT kemudian mengirimkan Jibrail as. untuk memberikan informasi kepada Rasulullah SAW tentang percakapan yang baru saja terjadi di antara ketiga-tiga orang tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada mereka tentang percakapan mereka tersebut. Rasulullah hendak mengesahkan apa yang telah disampaikan Jibrail. Demikian ayat Al-Quran itu diwahyukan.
Ketiga-tiga orang Quraisy tersebut membezakan dirinya dari Bilal ra. sehingga Allah SWT mewahyukan ayat-Nya. Ayat itu menyebutkan bahawa satu-satunya kriteria yang digunakan Allah untuk menilai seseorang adalah ketakwaannya. Bilal telah memiliki ketakwaan itu, sedangkan ketiga-tiga orang itu sebaliknya belum memilikinya. Ayat ini menyerang dasar nasionalisme dalam Islam.
Pada bahagian awal ayat, Allah mewahyukan bahawasanya seluruh umat manusia berasal dari satu pasangan Adam dan Hawa. Pernyataan ini juga menolak anggapan orang bahawa manusia berasal dari binatang melalui proses evolusi.
Potongan ayat, “… dan menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. …” biasanya diertikan sebagai bangsa-bangsa dan suku-suku untuk menjustifikasi adanya perbezaan-perbezaan yang telah dibuat dengan memasang sempadna-sempadan wilayah, khususnya di dunia Islam. Sayangnya lagi, salah pengertian tersebut sebaliknya dimanfaatkan untuk menyusupkan rasa kebangsaan ke dalam dada kaum muslim dengan afiliasi-afiliasi kesukuan semacam ini.
Sungguh sangat disayangkan bahawa kaum muslim secara terburu-buru membuat kesimpulan tanpa melihat apa yang telah difirmankan oleh Allah Taala. Pemahaman yang menyimpang terhadap ayat ini dimanfaatkan untuk melegitimasi keadaan umat Islam saat ini yang berada dalam banyak negara. Umat Islam terbahagi-bahagi dan tanpa kekuatan akibat dihancurkannya Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924 oleh seorang ejen kafir, Mustafa Kemal.
Lebih lanjut lagi, salah faham tersebut memberikan legitimasi terhadap pembahagian wilayah yang terus berlanjutan di negeri kaum muslim yang telah terbahagi-bahagi. Hal ini terjadi pada sepanjang abad ke-20. Anak benua India terbagi menjadi India, Pakistan, dan Kashmir. Kemudian Pakistan terpecah lagi dengan dibentuknya Bangladesh dan menjadi tempat penyewaan para pemecah-belah wilayah Khilafah Islam oleh ejen British, Sykes dan ejen Perancis, Picot sepanjang Perang Dunia I. Pada saat itu mereka hanya menggunakan pensil dan penggaris untuk membahagi dan memecah-belah umat Islam.
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (TMQ Al-Ahzab: 36).
Kepada mereka yang masih mempertahankan nasionalisme, ingatlah firman Allah SWT berikut ini,
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (TMQ An-Nur: 63).
Sumber: Sejarah Nasionalisme di Dunia Islam