GENCATAN SENJATA DAN STRATEGI MENGUSIR ISRAEL DARI PALESTIN DENGAN TEGAKNYA KHILAFAH
Oleh: Muhammad Ayyubi (Pengarah Komuniti Mufakkirun Siyasiyyun)
Rakyat Palestin layak bersyukur dan bahagia dengan gencatan senjata yang telah disepakati selama 42 hari oleh Pemerintah Israel dan Hamas dalam fasa pertama ini.
Hamas dan Israel mencapai kesepakatan gencatan senjata Gaza pada Ahad 19 Januari 2025. Kesepakatan ini termasuk pembebasan tahanan yang ditahan di sana selama 15 bulan pertumpahan darah yang menghancurkan Gaza dan mengobarkan Timur Tengah.
Keadaan ini layak disyukuri paling tidak dapat mengurangkan ketegangan dan bertambahnya mangsa jiwa di pihak rakyat Palestin.
Peperangan yang berlangsung sejak 1948 telah menyebabkan hampir 75 peratus wilayah Palestin menyusut, ratusan ribu terkorban jiwa, hancurnya bangunan dan hilangnya mata pencarian.
Gencatan senjata meski hanya 42 hari di tahap awal ini bagaikan haba di tengah lautan padang pasir yang panas dan tandus. Sebagaimana kita tahu bahawa peperangan antara Israel dan Palestin telah berlangsung lebih kurang 77 tahun ini, tidak ada satu pun negara muslim di sekitar Palestin membantu secara benar untuk membebaskannya. Para pemimpin negeri muslim itu hanya bersandiwara dan bermain kata untuk menarik perhatian dunia.
Sementara Israel dengan dukungan penuh dari Amerika dan negara-negara Eropah semakin angkuh dan besar kepala tanpa merasa bersalah. Penjajahan yang mereka lakukan seolah kebenaran yang harus dipertahankan hingga darah dan nyawa menjadi taruhan.
Termasuk di dalam gencatan senjata yang akan bermula pada 19 Januari 2025 ini (telah bermula). Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan mengunjungi Washington dan menemui Joe Biden, secara politik, langkah ini dianggap sebagai bentuk laporan pertanggungjawaban atas ‘kemenangan sementara’ buat Palestin.
Solusi Akhir Masalah Palestin
Euforia gencatan senjata Israel dan Hamas tidak boleh melenakan rakyat Palestin dan kaum muslimin seluruh dunia, bahawa masalah utama rakyat Palestin adalah penjajahan atas negara yang sah. Maka tidak ada solusi yang logik kecuali mengusir para penjajah Israel kembali ke negara asalnya.
Rakyat Palestin tidak boleh berpuas hati dengan gencatan senjata, mereka perlu terus meneruskan perjuangan mereka untuk merdeka dari Israel.
Penjajahan Israel ini bermula pada saat Khilafah Uthmaniyyah, dimana Turki menjadi ibu kotanya dihancurkan oleh Mustafa Kemal. Maka, tidak ada jalan lain untuk membebaskan Palestin kecuali dengan tegaknya Khilafah.
Khilafah ini adalah solusi tuntas yang akan membebaskan Palestin dari Israel. Hal ini telah terbukti melalui sejarah, empirik dan normatif.
Secara normatif dalil disebutkan,
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
“Seorang imam itu ibarat perisai, seseorang berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan) nya” (HR Muslim).
Secara empirik, para pemimpin yang berdiri atas dasar nasionalisme tidak berbuat apa pun untuk membebaskan Palestin dengan mengirimkan alat perang dan tenteranya, mereka hanya beretorika semu semata.
Secara historik, kita dapat membaca dalam kitab-kitab sejarah, bagaimana Umar bin Khattab membebaskan Palestin dari penjajahan Romawi, Shalahuddin Al Ayyubi mengusir tentera Salib dari Al Quds setelah pendudukan mereka selama puluhan tahun.
Sebagaimana dikisahkan dalam buku Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II karya Muhammad Harb, mereka mencuba berbagai cara untuk menghadap Sultan.
Pertama, pada 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid II, untuk mendapatkan izin tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab sultan dengan tegas. Pemerintan Uthmaniyyah memberitahukan kepada segenap kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin. Mendengar jawapan seperti itu kaum Yahudi terpukul berat, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.
Kedua, Theodor Hertzl, si Bapa negara Yahudi moden sekaligus penggagas berdirinya Negara Yahudi, pada 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid II sambil meminta izin mendirikan bangunan di al-Quds. Permohonan itu dijawab Sultan dengan penolakan.
“Sesungguhnya Daulah Uthmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Oleh itu, simpanlah kekayaan kalian itu di dalam poket kalian sendiri,”demikian jawapan Sultan.
Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan konferens Basel di Swiss, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah.
Disebabkan gencarnya aktiviti Zionis Yahudi, akhirnya pada 1900 Sultan Abdul Hamid II mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan peziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan. Pasport Yahudi perlu diserahkan kepada petugas khilafah terkait. Pada 1901, Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.
Pada 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya menghadap Sultan Abdul Hamid II. Kedatangan Hertzl kali ini untuk menyogok sang penguasa kekhalifahan Islam tersebut. Di antara sogokan yang disodorkan Hertzl adalah wang sebanyak 150 juta pound sterling khusus untuk Sultan; Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling waktu itu.
Jawapan Sultan Abdul Hamid II : “Nasihatkan Hertzl agar jangan meneruskan rencananya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah ini adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmani runtuh, kemungkinan besar mereka akan dapat mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”
Walhasil, gencatan senjata hari ini tidak lain hanyalah strategi menarik nafas untuk kemudian meneruskan perjuangan mengusir Israel dari Palestin dengan tegaknya Khilafah Islamiyyah, Allahu Akbar.[]