Hukum Hadiah Dari Bank Kepada Nasabahnya (Pelanggan)
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi | Pakar Fiqih Kontemporari
Soalan:
Apakah hukum tentang hadiah yang diperoleh daripada undian bank, contohnya mendapat jam tangan, kereta dan sebagainya, adakah ini tetap haram?
Jawapan:
Hadiah dari bank kepada pelanggannya, baik hadiah langsung atau hadiah yang diundi, baik dari bank konvensional (ribawi) atau dari bank syariah, hukumnya haram menurut syariah, sehingga tidak boleh diterima oleh pelanggan, kerana hadiah tersebut merupakan riba. Padahal riba telah diharamkan oleh Allah SWT:
وَاَحَلَّ اللّٰهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبٰواۗ
“Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.” (TMQ. Al-Baqarah [2]: 275).
Mengenai haramnya hadiah daripada bank konvensional, ini kerana status simpanan (bahasa Inggeris: saving, Arab: wadī’ah / amanah) dari pelanggan di bank, adalah pinjaman (qardh). (Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Matrak, Al-Ribā wa Al-Mu’āmalat Al-Mashrifiyyah fī Nazhar Al-Syarī’ah Al-Islāmiyyah, hlm. 347).
Oleh itu, hadiah dari bank konvensional kepada pelanggannya sudah pasti adalah riba yang telah diharamkan dalam Islam, seperti sabda Rasulullah SAW:
إِذَا أَقْرَضَ فَلاَ يَأْخُذْ هَدِيَةً
“Jika seseorang memberi pinjaman (qardh) maka janganlah dia mengambil suatu hadiah.” (Bahasa Arab: idzā aqradha falā ya`khudz hadiyyatan). (HR. Al-Bukhari, dalam Al-Tārīkh Al-Kabīr, 4/2/231; Al-Baihaqi, As-Sunan Al-Kubrā, V/530).
Dalil lain ialah sabda Rasulullah SAW:
إِذَا أَقْرَضَ أَحَدُكُمْ قَرْضًا فَأَهْدَى لَهُ أَوْ حَمَلَهُ عَلَى الدَّابَّةِ فَلَا يَرْكَبْهَا وَلَا يَقْبَلْهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ جَرَى بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ قَبْلَ ذَلِكَ
“Jika salah seorang di antara kamu memberi pinjaman (qardh) (kepada orang lain), lalu orang yang meminjam itu memberi dia hadiah, atau menaikkannya di atas tunggangannya, maka janganlah dia (pemberi pinjaman) menaiki tunggangan itu, dan jangan pula menerima hadiahnya, kecuali perkara ini telah terjadi sebelumnya antara orang yang memberi pinjaman dan orang yang meminjam.” (HR. Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, no. 2432).
Adapun larangan pemberian hadiah dari bank syariah kepada pelanggannya, baik pelanggan yang memiliki akaun mudhārabah (bagi keuntungan) mahupun yang memiliki akaun wadīah (deposit murni), hal ini disebabkan adanya penjamin (dhomān) yang diberikan oleh bank syariah kepada pelanggannya, berdasarkan pada program jaminan simpanan yang diikuti oleh bank di LPS (Lembaga Penjamin Simpanan -Agensi Insurans Deposit). Ini bermakna sekiranya bank syariah menjadi bank yang gagal, dana pelanggan tidak akan hilang (hangus), tetapi akan dikembalikan oleh bank syariah kepada pelanggan.
Kewujudan jaminan ini telah mengubah status modal mudharabah yang disimpan oleh pelanggan kepada pinjaman (qardh). Akibatnya, jika mudharabah mendapat untung dan bank syariah berkongsi keuntungannya, yang berlaku sebenarnya bukanlah perkongsian untung (profit sharing), tetapi perkongsian riba (riba sharing). Dan jika bank syariah memberi hadiah kepada pelanggannya, hadiah itu haram hukumnya kerana hadiah itu muncul daripada qardh (pinjaman) daripada pelanggan kepada bank syariah.
Adapun akad wadī’ah di bank, pada hakikatnya juga merupakan akad qardh (pinjaman), kerana wadī’ah di bank syariah tidak memenuhi kriteria wadī’ah dalam Syariah Islam. Mengapa? Kerana bank syariah telah menggunakan dana yang disimpan (sepatutnya dana wadī’ah tidak boleh digunakan), dan kerana bank syariah telah memberikan jaminan (dhomān), maka secara automatik status dana yang disimpan (wadī’ah) berubah menjadi dana pinjaman (qardh) daripada pelanggan kepada perbankan Islam. (‘Abdullāh Husayn Al-Maujān, Ahkām Al-Wadī’ah fī Al-Syarī’ah Al-Islāmiyyah, hlm. 41-42).
Dengan demikian, hadiah oleh bank syariah kepada pelanggannya juga dihukumi sebagai riba, kerana dana wadi’ah pada hakikatnya telah berubah menjadi pinjaman (qardh), sehingga hadiah yang muncul dari akad qardh adalah riba yang haram diambil oleh pelanggan. Sabda Rasulullah SAW:
إِذَا أَقْرَضَ فَلاَ يَأْخُذْ هَدِيَةً
“Jika seseorang memberi pinjaman (qardh) maka janganlah dia mengambil hadiah.” (Bahasa Arab: idzā aqradha falā ya`khudz hadiyyatan). (HR. Al-Bukhari dan Al-Baihaqi). Wallahu a’lam.