[Seputar Gerakan Islam] Fasa Mekah (Bahagian 22/22)
[Sambungan dari Bahagian 21/22]
Saya berpendapat bahawa ayat-ayat, perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan Rasul SAW sepanjang perjalanan dakwah beliau tidak meninggalkan ruang bagi seseorang atau penyeru untuk mengatakan bahawa boleh menggunakan kekerasan dan kekuatan. Demikian pula untuk menyatakan boleh melakukan tindakan fizikal dalam fasa aktiviti membangkitkan dan mengubah masyarakat, serta mewujudkan masyarakat Islam yang khas. Perkara ini sudah sangat jelas.
Ketujuh, pengintensifan usaha mencari dukungan dan pertolongan (thalab al-man’ah wa an-nushrah) dari penduduknya dan meminta perlindungan kepada mereka. Ini dilakukan untuk mengambil perjanjian dan baiat atas mereka untuk menolong agama ini (Islam), serta untuk memerangi orang-orang berkulit merah atau berkulit hitam.
Mereka adalah orang-orang yang berdiri menghadang dakwah untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah. Mereka adalah orang-orang yang berdiri untuk menghalangi kemenangan agama ini, serta menghalang secara keras kemenangan, kebenaran, dan ketinggian kalimat Allah di muka bumi. Hal itu Rasul SAW lakukan sampai beliau menemukan apa yang beliau cari, yakni pertolongan penduduk Yathrib dari kaum Khazraj dan Aus.
Mereka adalah orang-orang yang membaiat beliau untuk menolong, mendukung, dan bersedia melindungi beliau. Mereka juga mengerahkan segala hal, baik mahal mahupun murah, berupa jiwa dan harta di jalan itu. Baiat itu dinamakan Baiat Aqabah I dan Baiat Aqabah II yang dikenal sebagai Baiat Perang.
Kemudian Allah SWT mengizinkan Rasul-Nya untuk berhijrah. Beliau SAW dan sahabat beliau (Abu Bakar) pergi ke Yathrib berhijrah meninggalkan harta, perhiasan, wanita (isteri), dan anak-anak di belakangnya, yakni di Mekah. Mereka semua menemukan kemuliaan, keagungan, dukungan, kekuatan, dan pertolongan di Yathrib. Selanjutnya Rasul SAW mendirikan Daulah Islamiyah yang pertama di Madinah.
Selanjutnya, kami akan memaparkan fasa Madinah secara ringkas. Sebabnya, buku ini ditulis untuk fokus pada masalah metode (kaedah) aktiviti membangkitkan umat Islam dan tatacara yang menghasilkan perubahan untuk mewujudkan masyarakat muslim dan melanjutkan kehidupan Islam.
Dengan begitu, gerakan-gerakan yang berjuang untuk mengubah masyarakat, serta berjalan untuk mewujudkan kebangkitan yang sahih dan hukum-hukum Allah di muka bumi dapat mengambil manfaat dari sini. Sungguh metode itu telah menjadi jelas bagi kita dengan pelajaran-pelajaran yang jelas daripada sirah Rasul SAW pada Fasa Mekah.
Fasa Mekah adalah fasa yang di dalamnya tercapai perubahan. Seterusnya terwujudlah masyarakat Islam dan tertegaknya Negara Islam (Daulah Islamiyah) yang pertama di tangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang mulia, baik dari kalangan Ansar mahupun Muhajirin, dengan petunjuk dan wahyu daripada Tuhan mereka.
Hal itu memperkuat keyakinan bahawa metode ini adalah metode yang sahih untuk mewujudkan kebangkitan. Ini juga menunjukkan bahawa semua itu wajib diambil sebagai metode bagi gerakan, jemaah, atau parti dakwah yang berjuang untuk mewujudkan perubahan dan kebangkitan kaum muslim.
Ini akan menjadi pelita yang menerangi jalan, juga petunjuk serta dalil yang menjelaskan berbagai tahapan perjalanan dan strateginya, berserta perbezaan sarana dan cara. Jemaah dakwah tidak boleh keluar dari metode ini kerana ia merupakan hukum syariat yang telah ditetapkan. Ia tidak meninggalkan ruang atau pilihan bagi seorang pun untuk mengikuti metode yang lain, baik berupa aktiviti fizikal atau yang lainnya.
Inilah metode dakwah Rasul SAW, bukan yang lain. Keluar dan menyelisihi metode dakwah beliau SAW dinilai keluar dan menyalahi hukum syariat yang sudah ditetapkan.
Dari sini maka pembicaraan mengenai fasa Madinah akan menjadi luas sekali. Oleh kerana itu, pembahasannya cukup dihadkan pada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti terpenting Rasul SAW setelah beliau sampai di Madinah al-Munawwarah. Tepatnya setelah Allah memenuhi janji-Nya kepada beliau, serta setelah kaum muslim merasa tenteram dengan pertolongan Allah dan mereka yakin secara sempurna bahawa Allah tidak akan pernah menyalahi janji-Nya.
Sumber: Muhammad Said Abu Za’rur, Seputar Gerakan Islam.