[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Zaynab binti Jahsy RA : Ummul Mukminin yang Dermawan
Zaynab binti Jahsy adalah isteri Rasulullah SAW yang dinikahkan oleh Allah dari langit ke tujuh. Keistimewaan ini memang setara dengan sifatnya yang tawaduk, bersikap benar dan dermawan. Ummu Salamah ra berkata, “Zaynab adalah seorang wanita yang solehah, rajin berpuasa dan solat malam”. Beliau bekerja sendiri dengan menyamak kulit haiwan dan seterusnya mendermakan hasil jualannya kepada orang yang memerlukan. Sikap dermawannya ini kekal sehingga saat beliau hampir menemui ajalnya dengan berkata, “Sesungguhnya aku telah menyiapkan kain kafanku sendiri. Barangkali Umar akan membelikan kafan untukku, maka jika ia benar-benar terjadi, maka sedekahkanlah salah satu kain kafan itu. Jika kalian telah memasukkan tubuhku ke liang lahad dan dapat mensedekahkan kain bawahku, maka lakukanlah”. Ketika wafatnya, Zaynab tidak meninggalkan warisan sedikitpun, meskipun hanya wang satu dirham atau satu dinar. Ini kerana, semua hartanya telah disedekahkan ketika beliau masih hidup. Inilah sikap Muslimah ideal yang tidak tergoda dengan manisnya dunia.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif