[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Fatimah binti Rasulullah SAW
Tahukah anda bahawa Fatimah menggantikan peranan ibunya setelah Siti Khadijah ra wafat? Para sahabat menggelar Fathimah sebagai “ibu Rasulullah atau ibu ayah Rasulullah SAW” kerana beliau merawat ayahnya dengan kasih sayang dan cinta. Ibunya wafat ketika usia Fatimah dalam lingkungan 15 tahun. Disaat tiada yang sanggup membela Rasulullah tatkala najis unta diletakkan di atas badan beliau, Fatimah dengan berani membuang kotoran tersebut. Beliau selalu bersama ayahnya ketika menghadapi penganiayaan kafir Quraisy Mekah. Fatimah juga banyak menyertai perang bersama Rasulullah SAW sebagai perawat dan pemberi minum kepada perajurit tentera. Aisyah ra berkata, “Aku tidak mengetahui orang yang penampilannya, sikap dan perilakunya mirip Rasulullah SAW selain Fatimah”. Fatimah tidak hanya menunjukkan kesetiaan dan keberanian, tetapi juga mencerminkan akhlak mulia dan sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW. Keberanian dan pengorbanannya menjadikannya seorang wanita yang sangat dihormati, dan dengan darjatnya yang tinggi, beliau dianugerahkan Allah SWT sebagai pemimpin wanita syurga. Fatimah adalah contoh yang sempurna tentang bagaimana seorang anak perempuan boleh menjadi pemimpin dan penyokong yang luar biasa dalam perjuangan agama, membentuk generasi yang berani, penyayang, dan beriman.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif