Banyak Mengingati Penghancur Nikmat
Oleh: Arief B. Iskandar
Mati itu pasti. Setiap manusia apatah lagi seorang muslim pasti meyakini akan perkara ini. Allah SWT berfirman:
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya hanya pada hari kiamatlah akan disempurnakan balasan kamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (TMQ Ali Imran [3]: 185).
Selain sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kematian juga merupakan suatu kepastian. Dalam erti kata, ia tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan. Allah SWT berfirman:
ِفَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
“Apabila telah tiba waktunya, mereka tidak dapat melambatkannya dan tidak (pula) dapat percepatkannya walau sesaat.” (TMQ an-Nahl [16]: 61).
Kematian juga merupakan salah satu rahsia Allah SWT. Tiada manusia yang tahu bila ajal akan menjemputnya.
Justeru, sewajarnya setiap umat Islam tidak lalai dalam mempersiapkan diri menghadapi kematian. Serta menghadapi kehidupan selepas mati. Kerana, jika tidak, penyesalan di akhirat tidak dapat dielakkan.
Kematian merupakan pengakhiran dari kehidupan manusia di dunia. Dengan demikian, dunia hanyalah tempat sementara bagi manusia sebelum dia berpindah kepada kehidupan yang lain iaitu kehidupan di akhirat.
Mengapa kita sering merasakan kita mempunyai banyak masa dan sering merasakan hidup lama di dunia ini? Tidak lain adalah kerana kita jarang mengingati mati. Sedangkan banyak mengingati mati itu sangat penting agar kita tidak terlalu lama berangan-angan.
Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَائِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ
“Perbanyaklah mengingati penghancur nikmat (yakni kematian, pen.)” (HR at-Tirmidzi).
Oleh itu, marilah kita banyak mengingati mati agar kita dapat melakukan banyak kebajikan dan menjauhi maksiat.
Wa maa tawfiiqii illia bilLaah.