[Hukum Seputar Puasa di Bulan Syaaban]
Wajib
Wajib menqadha (mengganti) puasa yang belum tertunaikan sebelum datang Ramadhan.
Seorang yang meninggalkan puasa Ramadhan ada dua keadaan:
1. Meninggalkannya tanpa ada uzur
▪️ Dalam hal ini dia berdosa dan wajib mengqadha puasa dengan segera sejak 2 Syawal.
▪️ Apabila dia mengakhirkan (mengabaikan) qadha tanpa uzur –seperti sakit atau safar- maka dia berdosa
2. Meninggalkannya kerana uzur
▪️ Dalam hal ini dia memiliki keluasaan untuk mengqadha puasa pada bila-bila masa pun, meskipun disunnahkan untuk segera menggantinya di bulan Syawal.
▪️ Namun apabila telah datang bulan Syaaban dan tidak hari lain baginya untuk mengqadha puasanya, maka dia wajib mengqadha puasanya dengan segera.
▪️ Misalkan seseorang masih mempunyai hutang puasa 7 hari, dan saat ini sudah 22/23 Syaaban, maka dia wajib berpuasa pada baki 7 hari Syaaban tersebut, dan haram meninggalkan puasa di dalamnya.
Apabila sudah tiba Ramadhan, sedangkan dia masih memiliki hutang puasa yang belum tertunaikan, maka:
1) Dia berdosa
2) Tetap wajib mengqadha puasanya setelah bulan Ramadhan
3) Wajib membayar fidyah atas keterlambatan qadha
▪️ Namun, apabila dalam satu tahun tersebut seseorang mendapati uzur yang menyebabkannya tidak mampu berpuasa, seperti sakit, hamil dan menyusui bagi wanita, sehingga dia tidak menjumpai waktu untuk mengqadha hutang puasanya, maka: Dia tidak berdosa dan tidak ada kewajipan fidyah – Tetap wajib mengqadhanya setelah hilang uzurnya.
▪️ Misalnya: Seorang wanita tidak berpuasa 7 hari di bulan Ramadhan kerana haid, saat tiba awal Syawal dia hamil, dan dia tidak berpuasa sampai tiba Ramadhan tahun depan. Maka dalam ini tidak ada kewajipan fidyah baginya.
Al-Khathib Asy-Syirbini menjelaskan:
“Barangsiapa yang tidak mengqadha puasa Ramadhannya, sedangkan dia mampu mengqadha puasanya hingga tiba Ramadhan berikutnya maka selain tetap wajib mengqadha, dia juga wajib membayar 1 mudd untuk setiap harinya, hal ini kerana 6 sahabat berfatwa demikian dan tidak ada yang menyelisihi mereka. Dan dalam hal ini seseorang juga berdosa atas kelewatannya (dalam mengqadha)”[Al-Iqna’ fii halli Alfadhi Abi Syuja’, vol.1/hal.243]
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqiy:
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Siapa saja mendapati Ramadhan, lalu tidak berpuasa kerana sakit, kemudian sihat kembali dan belum mengqadhanya hingga Ramadhan seterusnya tiba, maka dia wajib menunaikan puasa Ramadhan yang sedang dijalaninya, setelah itu mengqadha hutang puasanya dan memberikan makan kepada seorang miskin satu hari yang ditinggalkan sebagai kaffarah.”
Sumber: @Fawaedsyafiiyyah