Standard Baik dan Buruk, Kiai Labib: Mengikut Allah SWT
Oleh: Hidayah Muhammad
Dalam saluran YouTube One Ummah bertajuk Standard Baik dan Buruk Seorang Muslim, Ulama Aswaja K.H. Rokhmat S. Labib mengatakan bahawa standard memandang sesuatu baik atau buruk bagi seorang Muslim adalah mengikut Allah SWT.
“Baik dan buruk bagi seorang Muslim itu bukan hanya didasarkan kepada bagus dan tidak bagus, baik dan tidak baik menurut akal manusia. Tetapi bagi seorang Muslim, baik dan buruk adalah mengikut Allah SWT,” terangnya, Selasa (26/03/24).
Terdapat satu ayat di antaranya yang menggambarkan ini. “Sebagai contoh dalam surah al-Baqarah ayat 221. Apabila Allah SWT menerangkan kepada kita tentang larangan untuk berkahwin dengan orang-orang musyrik dan musyrikah,” katanya.
Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.”
“Jadi, kita wajib ambil apa yang jadi kayu ukur daripada Allah SWT. Kalau Allah kata baik, kita kata baik, kalau Allah kata buruk, kita kata buruk, kerana ada kesannya,” tegasnya.
Bagi seorang mukmin, bahkan bagi sesiapa pun, tiada ada nilainya jika dibandingkan dengan syurga. “Jadi walau pun itu cantik, sekali pun kaya raya, cerdas, memiliki segala-galanya, tetapi kalau itu mengajak kepada neraka, itu jelas jauh jika dibandingkan dengan syurga yang luasnya seluas langit,” katanya.
“Maka, begitulah seorang mukmin selalu menjadikan syariat sebagai miqyasul amal (standard perbuatan). Apa yang dikatakan baik oleh syariat, itu baik. Apa yang dikatakan buruk, itu adalah buruk dan harus ditinggalkan sekalipun itu menarik bagi kalian,” tutupnya.
Sumber: https://youtu.be/0t1FD97epig?si=ALsjSJUnyJJusy0M