[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Kabsyah binti Rafi’ (Ummu Sa’ad)
Tahukah anda bahawa Kabsyah binti Rafi’ yang juga dikenali dengan nama Ummu Sa’ad lebih mengutamakan Rasulullah SAW dari anaknya yang syahid? Ketika sampai berita kekalahan pasukan Islam dan ramai yang gugur dalam perang Uhud, Ummu Sa’ad antara muslimah yang segera ke lokasi pertempuran. Ketika matanya memandang sosok Rasulullah SAW yang masih segar bugar, dia mengucapkan Tahmid dan berkata,” setelah melihatmu selamat, maka musibah apapun yang aku terima terasa ringan”. Mendengarkan katanya, Rasulullah SAW mengucapkan takziah atas kematian anaknya, Amr bin Mu’adz yang gugur sebagai syahid pada usia 32 tahun. Beliau redha dengan pemergian anaknya. Ummu Sa’ad tetap tenang dan mengutamakan keselamatan Rasulullah, mencontohkan keteguhan iman dan ketaatan yang tiada tandingannya.
Keberanian dan ketabahan Ummu Sa’ad dalam menghadapi musibah ini memberi pengajaran besar tentang bagaimana iman dan kesetiaan kepada agama serta Rasulullah SAW mampu mengatasi segala bentuk kesedihan dan kehilangan. Beliau adalah contoh muslimah yang mengutamakan perjuangan agama dan pemimpin mereka di atas segala-galanya, menunjukkan bahawa wanita yang memiliki iman yang kuat mampu mendidik generasi pemimpin yang berjiwa besar dan bersedia berkorban demi kebaikan umat.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif