[TRIVIA MUSLIMAH IDEAL]
Ummu Kultsum RA
Siapakah muslimah yang diturunkan ayat Al-Quran untuk menyelamatkannya dari cengkaman kaum musyrik? Beliau adalah Ummu Kultsum ra, anak kepada Uqbah bin Abu Mu’aith. Beliau memeluk Islam dalam kalangan ahli keluarga yang musyrik. Bapanya adalah seorang yang sangat memusuhi Rasulullah SAW. Ummu Kultsum tertahan dari hijrah ke Madinah kerana beliau berada dibawah pengawasan kedua ibu bapanya yang kafir. Setelah perjanjian Hudaibiyah, Ummu Kultsum berjaya hijrah ke Madinah tanpa pengetahuan ibu bapanya. Beliau hijrah seorang diri dengan bantuan penunjuk jalan dari suku Khuza’ah. Saat menemui Rasulullah SAW, beliau berkata, “Sesungguhnya aku telah melarikan diri dari Quraisy untuk menyelamatkan agamaku. Maka pertahankanlah aku dan jangan kembalikanku kepada mereka.” Maka turunlah firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji keimanan mereka. Maka jika kamu telah ketahui bahawa mereka benar-benar beriman, maka janganlah engkau kembalikan mereka kepada orang-orang kafir……”.(Al-Mumtahanah: 10). Allah menurunkan ayat Quran ini kerana hijrahnya Ummu Kultsum ra. Hijrahnya Ummu Kultsum adalah penuh dengan pengorbanan dan berkah kerana perlu meninggalkan keluarga dan kampung halaman. Muslimah ideal ini wajar diteladani pengorbanannya dalam usaha untuk menjaga agamanya.
Hari ini, kisah Ummu Kultsum menjadi teladan bagi kita bahawa mempertahankan prinsip kebenaran kadang-kadang memerlukan keberanian untuk melepaskan perkara yang kita sayangi. Keimanan bukan sekadar keyakinan dalam hati, tetapi juga tindakan nyata yang menunjukkan komitmen kita kepada Allah dan agama-Nya.
#MuslimahIdeal #SeniMembinaGenerasiPemimpin #IbuMuslimahInspiratif