UIY: Runtuhnya Khilafah Punca Kepada Kehancuran Dunia Islam
Oleh: Hidayah Muhammad
Ulama Islam, Ustaz Ismail Yusanto (UIY) menyuarakan bahawa keruntuhan khilafah adalah punca kehancuran dunia Islam dan ia telah menimbulkan pelbagai bencana yang menimpa dunia Islam masa kini.
“Runtuhnya khilafah menjadi punca kehancuran dunia Islam dan telah menimbulkan pelbagai bencana yang menimpa dunia Islam,” jelasnya , Khamis (30/10/2024).
“Kemiskinan dan penderitaan berada dimana-mana. Jenayah dan kemaksiatan terus berleluasa ,dan kemungkaran tidak dapat dibendung lagi,” ujarnya dalam video akaun TikTok @ismailyusanto berjudul Keruntuhan Khilafah di Dunia Islam Adalah Malapetaka Besar.
Pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi tidak membuahkan hasil.
“Rejim-rejim di serata negara umat Islam khususnya di negara ini sudah berulang kali bertukar, namun tiada perubahan yang ketara, hasilnya tetap sama,” katanya.
Seterusnya beliau menambah, dunia Islam akan bangkit daripada kemunduran sekiranya tertegaknya penubuhan Khilafah. “Khilafahlah yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia, menerapkan syariat Islam secara kaffah, melancarkan dakwah, dan mengatasi kuasa besar jahiliah,” tegasnya.
“Sekiranya kita kembali kepada syariah Allah, yakinilah bahawa kita akan dapat mengembalikan semula kebahagiaan, keadilan, kedamaian, kesejahteraan, serta penyatuan, sekaligus terhindar daripada pelbagai ancaman khususnya ancaman neoliberalisme dan neoimperialisme,” beliau menyimpulkan.