Umat Islam adalah Shahibul Bait Baitul Maqdis
Ahli Fikh Islam K.H. Muhammad Shiddiq Al-Jawi mengingatkan bahawa sesungguhnya umat Islam adalah shahibul bait (pemilik rumah) atas Baitul Maqdis (Palestin).
“Dalam fikh Islam, seorang imam ketika dia mengimami solat jemaah, itu adalah shahibul bait, iaitu adalah pemilik rumah. Jadi ini adalah ibarat isyarat, ketika Nabi itu ada di Baitul Maqdis menjadi imam kepada semua para nabi, itu bererti isyarat bahawa tempat itu, shahibul bait-nya, pemiliknya itu adalah Nabi,” ungkapnya dalam YouTube One Ummah TV: Live 2601, Puluhan Ribu Massa di Depan Kedutaan Besar AS! Ahad (26-1-2025).
Beliau mengatakan hal itu, kerana dalam peristiwa Israk Mikraj ketika Rasulullah SAW sampai di Baitul Maqdis, Beliau melakukan solat berjemaah bersama para nabi dan menjadi imam kepada para nabi.
Lebih lanjut beliau mengatakan, padahal pada waktu itu wilayah Palestin atau secara umum wilayah Syam berada di bawah kekuasaan Romawi Kristian, tetapi Nabi SAW menjadi imam solat di Baitul Maqdis. “Itu menjadi isyarat bahawa walaupun secara dasarnya pada waktu itu Baitul Maqdis berada di bawah kekuasaan Romawi yang Kristian. Itu isyarat bahawa ‘inilah, waktu itu shahibul bait-nya itu adalah Nabi Muhammad SAW, atau umat Nabi Muhammad’,” tegasnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa kepemimpinan Nabi Muhammad SAW ini juga yang kemudian membuat Umar bin Khattab pada 15 Hijriyah menaklukkan Baitul Maqdis dan menjadikan umat Islam sebagai shahibul bait di Palestin. Kerana itu dia mengingatkan umat Islam bahawa kedudukan umat Islam sebagai shahibul bait atas Palestin saat ini diambil alih oleh orang-orang Yahudi, padahal sebenarnya sejak penaklukan yang dilakukan oleh Umar bin Khattab, Palestin sudah menjadi milik umat Islam.
“Kenapa pula sekarang dirampas, diduduki oleh orang-orang Yahudi. Jadi, ini ada kaitannya. Ini bererti tanah yang dirampas itu adalah milik kita, tanah itu sedang dijajah, mari kita ambil semula kerana ianya adalah milik kita. Ini diisyaratkan dalam peristiwa Israk Mikraj itu oleh nabi,” tambahnya lagi.
Dua Landasan
Kiai Shiddiq mengingatkan umat Islam agar melakukan pembelaan terhadap Palestin kerana dorongan iman. Kalaupun ada dasar kemanusiaan, ini sifatnya sekunder sahaja.
Beliau menjelaskan, sekurang-kurangnya ada dua hal yang menjadi landasan. Pertama, adalah kerana kita dengan saudara-saudara kita di Palestin itu adalah sesama Muslim. Orang yang sama akidahnya. Di dalam Al-Quran itu disebutkan innamal mukminuna ikhwatun (sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dalam persaudaraan),” ungkapnya.
Di samping dorongan akidah kerana ukhuwah Islamiah, hal kedua, yang menjadi landasan umat Islam membela Palestin, dijelaskan Kiai Shiddiq juga adalah kerana di Palestin ada tempat suci bagi umat Islam, iaitu Baitul Maqdis. Di situlah Nabi SAW singgah ketika melakukan Israk dan Mikraj.
“Dua landasan itu, pertama, dasar keimanan kerana kita ini sesama muslim dengan saudara-saudara kita di Palestin, yang kedua kerana di Palestin itu ada tempat suci kita,” tutupnya.[] Saptaningtyas
Sumber: Tintasiyasi