[Kisah Inspirasi] Permintaan Khalifah Kepada Al-A’masy Sulaiman bin Mihran
Pada suatu hari, Al-A’masy Sulaiman bin Mihran diminta oleh Khalifah Hisham bin Abdul Malik untuk menuliskan kebaikan Uthman bin Affan dan keburukan Ali bin Abi Thalib. Apabila utusan itu datang menemuinya, Al-A’masy memasukkan sesuatu ke dalam mulut kambing dan berkata, “Inilah jawapannya.” Namun, utusan itu berkeras tidak mahu pulang. “Jika saya kembali tanpa membawa jawapan, saya akan dibunuh,” kata utusan itu dengan sedih.
Al-A’masy akhirnya menulis, “Bismillahirrahmanirrahim. Seandainya Uthman mempunyai kebaikan untuk penduduk bumi, dia tidak akan memberi manfaat kepada kamu. Jika Ali bin Abi Thalib mempunyai kejahatan, dia tidak akan memudaratkan kamu. Jaga diri kamu. Wassalam.” [Hepi Andi Bastoni, 101 Kisah Tabiin].
Hikmah
Itulah pendapat seorang imam yang benar-benar memahami kedudukan setiap sahabat Nabi SAW. Walau apa pun risiko, dia tidak mahu memburuk-burukkan mereka atau meninggikan mereka melebihi apa yang sepatutnya. Padahal dia tahu apa yang dimahukan oleh khalifah. Boleh jadi apabila dia menulis tentang keutamaan Uthman, dia akan menerima anugerah daripada khalifah. Namun, dia tidak melakukan sedemikian semata-mata untuk melindungi mereka berdua daripada perbalahan yang semakin memuncak antara penyokong Uthman dan Ali.
Begitulah sikap seorang ulama yang sangat berhati-hati dalam menentukan pendapatnya. Dia menyahut permintaan khalifah dengan bijaksana. Sesiapa yang memahami kepentingan menjaga ikatan akidah dan ukhuwah Islamiah, dia tidak akan terperangkap dalam usaha memecahbelahkan, menakluki atau pelbagai naratif yang ingin menyalahkan dan menghancurkan Islam.
Sumber: muslimahnewsid