[Mafahim Islamiyyah] Mafahim Islamiyyah – Pendahuluan (Bahagian 1/2)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Berfikir adalah menilai realiti, manakala sarana berfikir adalah bahasa. Bahasa bukanlah pemikiran, tetapi hanya alat untuk menggambarkan pemikiran itu. Perkataan kita, “Manusia adalah binatang yang boleh bercakap.” ialah ayat yang mempunyai penunjukan (madlul) dan penunjukan ini adalah pemikiran.
Jika penunjukan ini mempunyai realiti eksternal yang difahami oleh akal, seperti dalam kalimat “Manusia adalah binatang yang bercakap”, pemikiran ini menjadi pemahaman (mafhum) bagi orang yang menemui atau memahami sebutan itu. Jika pemikiran itu tidak mempunyai penunjukan seperti perkataan “Manusia terdiri daripada jirim dan roh”, pemikiran ini tidak mempunyai pemahaman. Ini kerana pancaindera tidak dapat menjangkau penunjukan pemikiran ini. Begitu juga akal manusia tidak dapat menemukan realiti penunjukan ini.
Oleh kerana itu, penunjukan ini menjadi pemikiran yang tidak memiliki pemahaman. Dengan demikian pemikiran-pemikiran Plato dalam bukunya yang berjudul “Jumhuriyah (Republik)”, bukanlah sebuah fahaman. Ini kerana penunjukan dari pemikiran (fahaman) Plato yang ada di dalam buku tersebut diekspresikan dengan bahasanya, tetapi tidak memiliki realiti yang dapat diindera dalam kehidupan.
Jadi, pemikiran-pemikiran boleh menjadi pemahaman-pemahaman bagi manusia, jika penunjukan pemikiran ini mempunyai realiti di sisi manusia. Malah, buku ini mengandungi beberapa fahaman (mafahim) yang akal manusia boleh mencari petunjuk langsung dalam realiti eksternal. Ini seperti pemahaman dari ungkapan “Manusia itu hanya terbentuk daripada jirim”.
Ungkapan ini bukan hanya makna-makna lafaz, tetapi merupakan ekspresi dari pemahaman yang memiliki penunjukan di dalam realiti eksternal dan akal manusia dapat menemukannya secara langsung.
Buku ini juga mengandungi beberapa pemahaman yang tidak dapat ditemui langsung oleh akal. Tetapi akal boleh menemuinya melalui jejaknya (atsar) atau dari penampakan-penampakannya (mazhair). Ini seperti pada pemahaman “Dalam diri manusia ada potensi (khasiyat) yang dinamakan naluri seksual”.
Manusia dengan akalnya tidak dapat menemukan naluri seksual (gharizatun nau) secara langsung kerana pancainderanya tidak dapat menjangkaunya. Tetapi akal manusia boleh menemukan penampakan-penampakannya. Akal memahami bahawa manusia sangat menyayangi anak-anak mereka, cenderung kepada kedua ibu bapa, dan cenderung kepada lawan jenis.
Dengan adanya penampakan-penampakan inilah spesies manusia akan dipelihara. Akal memahami bahawa dalam diri manusia terdapat potensi yang mendorong mereka ke arah kecenderungan ini. Potensi ini dipanggil naluri seksual.
Termasuk dalam pemahaman-pemahaman ini ialah pemahaman ruh (rahsia kehidupan/nyawa). Manusia telah menemukan kewujudan ruh dengan menemukan keberadaan penampakan-penampakannya, membiak, membesar, dan bergerak. Ayat mulia juga telah datang untuk menjelaskan kepada manusia ketidakberdayaan mereka dalam memahami hakikat ruh.
Allah SWT berfirman, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang rûh, katakanlah, ‘Ruh itu termasuk urusan Tuhan-Ku dan tidaklah kalian diberi pengetahuan melainkan sedikit.’” [TMQ Al-Israa’ (17): 85]
Sumber: Mafahim Islamiyyah