KEPERLUAN MEMAHAMI ANAK DI USIA KECIL
Oleh: Ustazah Yanti Tanjung
Ibu bapa yang tidak memahami karakter anak di usia 0-6 tahun menyebabkan ibu bapa merasa kesal dan penat akibat dari cara menangani sikap anak yang tidak tepat. Inilah sebab betapa pentingnya ibu bapa memahami anak sebagai cahaya mata.
Kesilapan dalam menangani sikap anak di usia kecil juga boleh memberi kesan pada pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, sosial dan moral anak tersebut.
Beberapa alasan penting kenapa kita memerlukan pemahaman terhadap karakteristik anak di usia ini:
- Usia kecil adalah fasa peletakan dasar-dasar pembentukan keperibadain Islam anak yang dibentuk untuk sepanjang hidupnya.
- Pengalaman awal anak di usia ini cenderung bertahan dan mempengaruhi perilaku anak di tahap usia selanjutnya dan akan berkembang menjadi kebiasaan. Maka, ibu bapa perlu merancang pengalaman-pengalaman belajar yang boleh menguatkan asas akidah dan syariah.
- Pertumbuhan dan perkembangan fizikal, motor skill, tahap berfikir dan naluri anak menjalani kecepatan yang luar biasa berbanding usia berikutnya. Pada usia 0-4 tahun, anak menyerap 50 % kecerdasan intelektualiti dan pada usia 8 tahun, anak menyerap kecerdasan intelektualiti sebanyak 80 %.
Oleh sebab itu, ada beberapa karakteristik umum yang dimiliki anak usia kecil, dimana ibu bapa juga perlu memiliki pemahaman tentang mereka, diantaranya;
- Anak itu unik, memiliki khas masing-masing disebabkan perbezaan bawaan lahir, suasana persekitaran, pola asuh dan proses pembelajaran terkait anak. Maka, kajian terhadap anak itu lebih kepada kajian potensi hidup berbanding kajian ilmiah.
- Di saat baqa’nya tinggi, iaitu naluri mempertahankan dirinya sangat menonjol, sifat keakuannya menyebabkan si anak hanya memahami satu sudut pandang iaitu kepentingan diri sendiri.
- Aktif dan energik, seakan tenaga anak tidak pernah habis untuk melatih tulang-tulang dan ototnya agar tumbuh dengan baik dan kuat. Tenaga anak akan habis ketika dia sedang tidur.
- Rasa ingin tahu yang sangat tinggi, terutama pada hal-hal yang baru dia indera dan setiap kejadian yang dilihat di sekitarnya akan timbul banyak persoalan.
- Eksploratif dan berjiwa besar yang sentiasa perlu difasilitasi, diarahkan dan dikendalikan.
- Bersifat spontas, anak akan bersegera dalam mengekspresikan keperluan naluri dan pemikirannya.
- Selalu senang dan riang gembira. Kaya dengan idea dan imaginatif serta tidak mengenal konsep dimarahi.
- Mudah merasa kecewa apabila keinginannya tidak terpenuhi dan merasa kecewa dengan melepaskannya dengan cara menangis atau marah.
- Tahap fokus yang pendek, tidak boleh duduk diam untuk tempoh yang lama, akan sentiasa bergerak.
- Semangat belajar yang tinggi yang membuatkan ibu habis tenaga dan waktu untuk sentiasa bersedia malayani.
- Kurang pertimbangan dalam melakukan satu tindakan; adakah ianya merbahaya untuk dirinya atau orang lain, selalu ingin mencuba.
- Selalu menunjukkan minat terhadap teman sebaya, khususnya pada usia 4-6 tahun.
Dengan memahami anak seperti ini semoga para ibu bapa mendapatkan pola dalam mengasuh dan mendidik anak anda. Harapannya, semoga ibu bapa dapat memperindah kesabaran saat menghadapi tingkah laku anak-anak yang dinilai orang dewasa sebagai sikap yang tidak sopan dan negatif, sedangkan saat inilah stimulasi dan konsep diri positif itu diberikan sebaik mungkin.
Wallaahu a’lam bishshawab