Ketidakadilan, Punca Kehancuran
Penulis: M Taufik NT
Jika kita perhatikan keadaan masyarakat pada masa kini, pelbagai kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada hilangnya rasa keadilan dan berleluasanya penipuan serta rasuah bukannya kerana agama, syariah, atau perkara-perkara lain yang sering dijadikan bahan propaganda.
Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwaththa’, bahawa ketika Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Rawahah RA ke Khaibar bagi menilai hasil tanaman yang hendak dibahagi antara kaum Muslimin dan Yahudi, orang-orang Yahudi mengumpulkan pelbagai jenis perhiasan milik isteri-isteri mereka untuk diberikan kepada Abdullah bin Rawahah sebagai “hadiah”. Mereka berkata kepadanya:
هذَا لَكَ وَخَفِّفْ عَنَّا وَتَجَاوَزْ فِي الْقَسْمِ
“Ini semua untuk kamu, berikanlah sedikit kelonggaran kepada kami dan tambah sedikit bahagian kami.”
Abdullah bin Rawahah menjawab:
يَا مَعْشَرَ الْيَهُودِ، وَاللهِ إِنَّكُمْ لَمِنْ أَبْغَضِ خَلْقِ اللهِ إِلَيَّ وَمَا ذَاكَ بِحَامِلِي عَلَى أَنْ أَحِيفَ عَلَيْكُمْ. فَأَمَّا مَا عَرَّضْتُمْ مِنَ الرَّشْوَةِ فَإِنَّهَا سُحْتٌ، وَإِنَّا لاَ نَأْكُلُهَا
“Wahai kaum Yahudi! Demi Allah, kalian adalah makhluk ciptaan Allah yang paling aku benci, namun demikian kebencianku tidak akan membuatku bersikap zalim kepada kalian. Adapun semua perhiasan yang kalian berikan kepadaku sebagai rasuah , itu semua adalah haram, dan kami tidak memakannya.”
Mereka menjawab:
بِهذَا قَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
“Dengan keadilan seperti inilah langit dan bumi berdiri teguh.”[1]
Jika kita bandingkan ucapan Abdullah bin Rawahah dengan keadaan sekarang, ia mungkin dianggap sebagai kenyataan ‘radikal’, di mana beliau terang-terangan mengucapkan ‘ucapan kebencian’ dan melanggar prinsip sensitiviti kaum dan agama, iaitu terang-terangan menyatakan kebenciannya kepada Yahudi. Namun, keengganan beliau untuk melakukan ‘rasuah’ yang kini dikenali sebagai gratifikasi, sogokan, atau bahkan bisyarah (pemberian ikhlas -pent) serta terus berlaku adil terhadap kaum yang dibencinya, telah menyebabkan golongan yang dibencinya itu turut memuji: “Dengan keadilan seperti inilah langit dan bumi berdiri teguh.”
Sesungguhnya ungkapan seperti ‘membela keadilan’, ‘menjaga kepelbagaian’, ‘demi perpaduan’ dan pelbagai lagi ungkapan indah lain, jika tidak disertai dengan perlakuan yang adil, ia tidak akan mampu menyelamatkan sesebuah bangsa daripada kehancuran, walaupun mulut berbuih-buih menyuarakannya.
Imam Bukhari meriwayatkan satu kisah ketika seorang wanita telah mencuri selepas peristiwa pembukaan kota Mekah. Kemudian kaumnya meminta pertolongan kepada Usamah ibn Zaid. Usamah pun menyampaikan maksud dari kaum tersebut, maka wajah Rasulullah SAW berubah murka, dan baginda bersabda:
أَتُكَلِّمُنِي فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ
“Adakah kamu mengajakku untuk berkompromi dengan satu hukum di antara hukum-hukum Allah?”
Usamah pun menyesal lalu berkata:
اسْتَغْفِرْ لِي يَا رَسُولَ اللَّهِ
“Mohonkan keampunan untukku, wahai Rasulullah.”
Kemudian Rasulullah SAW berpaling lalu berdiri dan berkhutbah, setelah memuji Allah, kemudian bersabda:
أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ النَّاسَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
“Amma Ba’du, sesungguhnya hancurnya manusia (umat) sebelum kalian kerana apabila ada yang mencuri dari kalangan bangsawan mereka, mereka membiarkannya, dan apabila yang mencuri dari kalangan lemah, mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi dzat yang diri Muhammad di tanganNya, seandainya Fatimah anaknya Muhammad mencuri, pasti aku potong tangannya.” [2]
Kehancuran itu akan bermula apabila rosaknya sistem perundangan, di mana hukum Allah yang adil dan diketahui umum akan digantikan dengan undang-undang yang meraikan penyelewengan yang dilakukan.
Pada suatu ketika, sekumpulan orang Yahudi melintasi di hadapan Nabi sambil membawa seorang lelaki yang mukanya dihitamkan dan sedang didera kerana berzina. Lalu Baginda memanggil mereka dan bersabda:
هَكَذَا تَجِدُونَ حَدَّ الزَّانِي فِي كِتَابِكُمْ؟
“Beginikah hukuman bagi penzina yang kamu dapati dalam kitab Taurat kalian?”
Mereka menjawab, “Ya benar.” Lalu baginda memanggil seorang lelaki yang tergolong dari ulama mereka, baginda bertanya:
أَنْشُدُكَ بِاللهِ[3] الَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ عَلَى مُوسَى، أَهَكَذَا تَجِدُونَ حَدَّ الزَّانِي فِي كِتَابِكُمْ
“Aku memintamu dengan nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa, benarkah begini hukuman zina yang kamu dapati dalam kitab kamu?”
Dia menjawab,
لَا، وَلَوْلَا أَنَّكَ نَشَدْتَنِي بِهَذَا لَمْ أُخْبِرْكَ، نَجِدُهُ الرَّجْمَ،
“Tidak, sekiranya engkau tidak menyumpahku dengan nama Allah, nescaya aku tidak akan mengatakan perkara yang sebenar. Sesungguhnya kami dapati dalam kitab kami (Taurat), hukuman bagi penzina ialah rejam.”
وَلَكِنَّهُ كَثُرَ فِي أَشْرَافِنَا، فَكُنَّا إِذَا أَخَذْنَا الشَّرِيفَ تَرَكْنَاهُ، وَإِذَا أَخَذْنَا الضَّعِيفَ أَقَمْنَا عَلَيْهِ الْحَدَّ،
“Akan tetapi ramai pembesar kami yang berzina, dan apabila pembesar-pembesar kami tertangkap, kami membiarkan mereka begitu sahaja. Namun, jika yang tertangkap ialah rakyat biasa, kami laksanakan hukum mengikut Taurat.”
قُلْنَا: تَعَالَوْا فَلْنَجْتَمِعْ عَلَى شَيْءٍ نُقِيمُهُ عَلَى الشَّرِيفِ وَالْوَضِيعِ، فَجَعَلْنَا التَّحْمِيمَ، وَالْجَلْدَ مَكَانَ الرَّجْمِ،
“Kemudian kami berkata: marilah kita sepakat pada satu hukum yang boleh kita laksanakan ke atas pembesar dan rakyat biasa. Maka kami putuskan untuk menghitamkan muka dan mendera pelaku zina sebagai ganti hukuman rejam.”
Setelah lelaki itu selesai berkata, maka Rasulullah SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنِّي أَوَّلُ مَنْ أَحْيَا أَمْرَكَ إِذْ أَمَاتُوهُ. فَأَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah orang pertama yang menghidupkan kembali perintahMu setelah mereka memadamkan perintah itu.” Selepas itu, baginda memerintahkan supaya orang Yahudi yang berzina itu dihukum rejam.”[4] [HR. Muslim].
Lihatlah,apabila keadilan hilang, hukum Allah SWT diubah-ubah. Dan apabila hukum Allah SWT hilang, kerosakan pun akan terjadi. Tidakkah kita percaya kepada Rasulullah SAW saat baginda mengingatkan:
وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ
“Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan melaksanakan hukum-hukum Allah serta memilih-milih apa yang diturunkan oleh Allah, melainkan Allah akan menurunkan azab di antara mereka.” [HR. Ibnu Majah dengan sanad hasan].
#kehancuran #keadilan #hukumsyariah #hukumAllah #IslamKaffah