Kebiadaban dan Keganasan Amerika Syarikat (AS)
Sejak penubuhannya, AS dibina atas dasar genosid, perhambaan dan penjajahan. Sejarah menjadi saksi bahawa negara ini didirikan di atas darah jutaan penduduk asal (orang asli) yang dibunuh secara kejam. AS juga telah memperhambakan jutaan orang Afrika, sebelum berkembang menjadi sebuah empayar penjajah yang terus-menerus mencetuskan peperangan di serata dunia demi kepentingannya.
Keganasan AS Sepanjang Sejarah
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, AS telah melaksanakan dasar-dasar biadap yang telah meragut jutaan nyawa manusia. Namun begitu, AS tetap mendakwa dirinya sebagai “pelindung demokrasi dan hak asasi manusia.” Antara jenayah paling menonjol yang pernah dilakukan oleh AS termasuklah:
- Perang Dunia: Umat Islam tidak pernah memainkan peranan dalam mencetuskan Perang Dunia I dan II. Sebaliknya, AS dan negara-negara Eropahlah yang menjadi punca kehancuran dunia dan pembunuhan berjuta-juta manusia.
- Bom Nuklear: AS telah menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, yang mengorbankan ratusan ribu rakyat Jepun yang tidak bersalah.
- Genosid terhadap Penduduk Asli: Lebih daripada 100 juta penduduk asal benua Amerika terbunuh dalam genosid yang mengerikan.
- Perhambaan dan Eksploitasi: Lebih 180 juta warga Afrika telah diculik dan diperhambakan. Sebahagian besar daripada mereka mati dalam perjalanan sebelum sempat tiba ke tanah penjajah kulit putih.
- Peperangan Moden: AS telah menceroboh Afghanistan dan Iraq, serta menghancurkan Libya, Syria dan Yaman. Akibatnya, jutaan orang terbunuh, manakala berjuta-juta lagi menjadi pelarian. AS juga terus membekalkan senjata kepada entiti Zionis Yahudi untuk membunuh dan mengusir rakyat Palestin.
Double Standard Amerika Syarikat
Walaupun telah melakukan pelbagai jenayah kemanusiaan, AS tetap berusaha mempromosikan imejnya sebagai “pembela kebebasan” ke seluruh dunia. Dalam masa yang sama, AS terus bersikap double standard dalam menangani isu-isu antarabangsa:
Ketika AS menceroboh sesebuah negara, tindakan itu dinamakan sebagai “pembebasan.” Namun, apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan, mereka segera dilabelkan sebagai “pengganas.”
Ketika entiti Zionis Yahudi membunuh kanak-kanak dan para wanita, AS menyatakannya sebagai “hak Israel untuk mempertahankan diri.” Tetapi apabila rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka, mereka pula dilabel sebagai “pengganas.”
Ketika Amerika mendukung rejim diktator bonekanya, ia dinamakan sebagai “usaha menjaga kestabilan.” Namun, apabila umat Islam bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan, mereka dituduh sebagai ekstremis dan pengganas.
Penyelesaian Syarie yang Wajib Ditegakkan oleh Umat
Keadaan umat Islam pada hari ini merupakan akibat logik daripada ketundukan mereka kepada hegemoni AS dan Barat, serta penerimaan mereka terhadap sistem-sistem pemerintahan fungsional yang berada di bawah kawalan kuasa-kuasa tersebut. Sistem-sistem ini memerintah bukan berdasarkan wahyu Allah, malah menjadi penghalang kepada pembebasan sebenar umat. Penyelesaian sebenar bukanlah dengan merayu atau mengadu kepada badan-badan antarabangsa, tetapi dengan mengambil langkah yang praktikal dan berpaksikan kepada perintah Islam:
- Menyedari Realiti Konflik
Masalah ini bukan sekadar persoalan penjajahan atau ketidakadilan politik semata-mata. Lebih daripada itu, ia adalah konflik antara Islam dan musuh-musuhnya yang berusaha menghancurkan agama ini serta menghalang umat Islam daripada kembali memperoleh kekuatan mereka.
- Menumbangkan Rejim Boneka
Rejim-rejim yang wujud hari ini tidak lain hanyalah alat penjajahan moden yang ditugaskan untuk melindungi kepentingan AS dan kuasa Barat. Umat Islam tidak akan mampu mencapai kebebasan yang hakiki melainkan dengan menggulingkan mereka dan menegakkan sistem Islam yang sebenar.
- Menggerakkan Tentera
Kewajipan para tentera umat Islam hari ini adalah membantu umat, bukannya melindungi para penguasa zalim. Firman Allah SWT:
وَإِنِ ٱسۡتَنصَرُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ فَعَلَيۡكُمُ ٱلنَّصۡرُ ٧٢
”Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya…” [TMQ al-Anfal (8): 72]
- Menegakkan Khilafah ‘alâ Minhâj an-Nubuwah
Tiada jalan keluar bagi umat ini kecuali dengan menegakkan sebuah Negara Islam yang berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Negara inilah yang akan menyatukan seluruh umat Islam di bawah panji Islam, serta membebaskan negeri-negeri umat Islam daripada penjajahan.
Sudah tiba masanya umat Islam bangkit daripada tidur yang panjang. Sudah tiba waktunya untuk mereka sedar bahawa penyelesaian hakiki bukanlah dengan tunduk kepada Amerika atau berkompromi dengan musuh-musuh Islam, tetapi dengan kembali kepada Islam sebagai sistem dan pemerintahan. Jalan itu telah pun jelas: Tiada kemuliaan bagi umat ini kecuali dengan mendirikan Negara Islam (Khilafah Islamiyah) yang akan memerintah berlandaskan wahyu Allah, memimpin kita dalam menghapuskan kezaliman, serta membebaskan negeri-negeri umat Islam daripada pengaruh penjajah.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ ٧
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [TMQ Muhammad (47): 7]
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
Sumber: Alwaie
#isusemasa #FreePalestinWithJihadAndKhilafah #KebebasanHakiki #HegemoniBarat #KeganasanAmerika