[Mafahim Islamiyyah] Keperibadian (Bahagian 1/9)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Manusia melakukan perbuatannya untuk memenuhi naluri-naluri serta keperluan jasmaninya. Kumpulan perbuatan-perbuatan tersebut adalah tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bergantung pada pemahaman-pemahaman (mafahim) manusia tentang segala sesuatu (asyya’), aktiviti, dan kehidupan. Tingkah lakulah yang menunjukkan keperibadian manusia. Adapun raut wajah, bentuk tubuh, warna kulit, atau jenis kelamin tidak menentukan keperibadian manusia.
Keperibadian adalah metode berfikir manusia terhadap realiti. Keperibadian juga merupakan kecenderungan-kecenderungan manusia terhadap realiti. Dengan erti yang lain, keperibadian manusia adalah pola fikir dan pola jiwanya. Dengan demikian, apakah pola fikir dan pola jiwa itu?
Pola Fikir
Allah SWT berfirman, “Apa jua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya untuk kamu lakukan, maka patuhilah larangan-Nya.” [TMQ Al-Hasyr (59): 7].
Manusia mengindera realiti (al-waqi), lalu mengikat realiti tersebut dengan informasi-informasi terdahulu tentang realiti tersebut yang ada pada dirinya. Kemudian dia menghukumi realiti itu sesuai kaedah berfikir yang telah diambilnya sebagai standardd dalam berfikirnya.
Misalnya, minyak tanah (nama lainnya adalah emas hitam) adalah realiti yang boleh diindera oleh manusia dan boleh membangkitkan cinta memiliki pada manusia. Selanjutnya manusia menghukumi bahawa minyak tanah itu boleh memenuhi naluri mempertahankan dirinya (gharizah baqa’).
Namun demikian, kaedah berfikir yang telah dijadikan manusia sebagai standard untuk menghukumi realiti tersebut menghasilkan hukum yang berbeza antara individu dengan individu lainnya. Seorang muslim berpendapat bahawa minyak tanah yang dapat memenuhi naluri mempertahankan diri itu merupakan kepemilikan umum. Ia hanya boleh mengambil haknya sebagaimana orang-orang mengambil haknya.
Jadi, semua individu masyarakat berhak memanfaatkan minyak tanah. Orang-orang kapitalis berpendapat bahawa minyak tanah yang boleh memenuhi naluri mempertahankan diri merupakan kepemilikan individu. Mereka menganggap semua manusia berhak memiliki minyak tanah sebanyak yang dia mampu memilikinya, tanpa memperhatikan hak-hak orang lain.
Contoh lain, perempuan cantik adalah realiti yang dapat membangkitkan kecenderungan seksual kaum lelaki. Kemudian dia menghukumi realiti itu bahawa perempuan dapat memenuhi sebahagian naluri seksual. Akan tetapi kaedah berfikir yang telah dijadikan manusia sebagai standard untuk menghukumi realiti tersebut menghasilkan hukum yang berbeza antara individu dengan individu lainnya.
Seorang muslim berpendapat bahawa perempuan yang boleh memenuhi naluri seksualnya adalah sesuatu yang wajib dijaga. Akan tetapi orang kapitalis berpendapat bahawa perempuan yang boleh memenuhi naluri seksual adalah komoditi yang dapat diambil faedahnya dalam memenuhi naluri seksual. Mereka juga menganggap perempuan sebagai komoditi untuk meraih keuntungan material, seperti espionaj (perisikan), mengintip, merakam, propaganda, iklan, dan berbagai cara untuk menarik pelanggan. Perempuan juga boleh memenuhi naluri mempertahankan diri dan meraih nilai material (kimah madiyah).
Adapun sebab terjadinya perbezaan dalam menghukumi minyak tanah dan perempuan antara orang muslim dengan orang kapitalis adalah datang daripada perbezaan kaedah fikriyah (standard berfikir). Sesungguhnya setiap orang dari dua golongan tersebut berfikir atas dasar kaedah pemikiran masing-masing.
Oleh sebab itu, akidah Islamiyah yang memancarkan hukum-hukum bagi orang muslim, bukan akidah kapitalisme yang memancarkan hukum-hukum bagi orang kapitalis.
Aqliyah (pola fikir) adalah metode (kaifiah) seseorang memahami sesuatu atau memikirkan sesuatu didasarkan pada asas tertentu. Juga bermakna metode di mana manusia mengikat realiti dengan informasi-informasi, iaitu dengan menstandardkan informasi-informasi itu kepada satu kaedah atau kaedah-kaedah tertentu.
Aqliyah Islamiah ini mampu memahami segala sesuatu (benda-benda) dan aktiviti-aktiviti, serta mampu menghukumi atas semuanya sesuai dengan kaedah pemikiran mendasar bagi orang muslim. Kaedah tersebut adalah akidah Islamiyah. Hukum-hukum syariat mengatur interaksi manusia dengan dirinya, dengan Tuhannya, dan dengan sesama manusia. Manusia menggunakan hukum-hukum tersebut untuk menghukumi segala sesuatu. Aktiviti-aktiviti hendaklah sesuai dengan hukum-hukum syariat yang memancar dari akidah Islamiyah.
Oleh kerana itu, seorang muslim hendaklah mengindera realiti, lalu mengikat realiti ini dengan informasi-informasi terdahulu. Dengan demikian, dia memahami hakikat realiti tersebut, lalu membahas hukum syarak bagi realiti tersebut sehingga dapat memutuskan hukum atas realiti tersebut. Rangkaian proses tersebut, iaitu mengindera realiti hingga memutuskan hukum syarak, itulah yang dinamakan aqliyah Islamiyah (pola fikir Islam).
Siapa saja yang menempuh metode ini dalam memahami realiti dan memberi hukum pada realiti tersebut, dia menggunakan aqliyah Islamiyah. Dia menghukumi bahawasanya jihad adalah fardhu. Dia menghukumi bahawasanya sedekah itu sunnah. Dia menghukumi bahawasanya buah epal itu mubah (harus) untuk dimakan. Dia menghukumi bahawasanya berubat dengan najis itu makruh. Dia juga menghukumi bahawasanya zina itu haram.
Oleh kerana itu, hukum syarak yang merupakan seruan (khithab) syarik (Allah Sang Pembuat Hukum) yang berhubungan dengan aktiviti para hamba Allah itu, tidak keluar dari lima hukum, yakni fardhu (wajib), mandub (sunnah), mubah (harus), makruh, dan haram.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Keperibadian #PerbuatanManusia #StandardPerbuatan