Kamu akan Dibunuh dengan Apa yang Kamu Cintai
Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman
Nabi Muhammad SAW bersabda,
أنت مع من أحببت
“Engkau akan bersama siapa saja yang engkau cintai.” (HR Muttafaq Alaih dari Anas bin Malik)
Kata Anas, “Belum pernah aku mendengar hadis yang lebih aku sukai melebihi hadis ini.” Kerana hadis ini memberikan jaminan, bahawa kita boleh masuk syurga, dan menikmati kenikmatan apa jua di sana, kerana apa dan sesiapa sahaja yang kita cintai di dunia.
Maka Anas mengatakan, “Ya Allah, aku mencintai-Mu, mencintai Nabi-Mu, Abu Bakar dan Umar, agar kelak Engkau kumpulkan aku bersama mereka, walaupun belum mampu beramal seperti mereka.”
Itulah, mengapa Imam Syafie mengatakan dalam bait syairnya,
أحب الصالحين ولست منهم
لعلي أن أنال بهم شفاعة
“Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan daripada kalangan mereka, agar kelak aku boleh mendapat syafaat melalui mereka.”
Ya, kita akan dikumpulkan dengan apa dan siapa yang kita cintai, baik di dunia mahupun di akhirat. Jika seseorang di dunia mencintai harta, takhta dan wanita yang semuanya itu dipergunakan untuk maksiat, maka itu semua akan mengheretnya kelak di akhirat di tempat yang sama, iaitu neraka.
Sebaliknya, apabila semua itu digunakan dalam ketaatan, maka semuanya akan membawa mereka kelak di tempat yang sama, iaitu jannah Allah. Maka, seperti yang dikatakan syair,
أنت القتيل بكل من أحببته
“Engkau akan dibunuh (menjadi mangsa) apa dan siapa sahaja yang Engkau cintai.”
Kerana itu, Allah berfirman:
وإذا النفوس زوجت
“Dan apabila jiwa-jiwa dipertemukan (dengan tubuhnya),” [TMQ at-Takwir (81): 7]
Berkata Ibn al-Qayyim al-Jauziyah, “Jiwa itu akan dipasangkan dengan jiwa yang bentuk dan modelnya sama. Yang taat dengan yang taat, dan jahat juga dengan yang jahat.”
Maka, di dunia dengan apa dan siapa kita berteman, maka mereka juga kelak akan dikumpulkan bersama kita di akhirat. Itulah, sebabnya penting untuk kita memilih circle dan persahabatan. Kerana mereka kelak akan menjadi circle dan sahabat kita di akhirat kelak.
Begitulah keadaannya. Ruh-ruh akan dikumpulkan dengan yang sejenis. Yang baik akan dikumpulkan dengan baik, begitu juga yang buruk akan dikumpulkan dengan yang buruk.
Jika Imam Syafie sendiri masih memerlukan syafaat daripada orang soleh, apatah lagi kita?
#nafsiyah #circlesoleh #CintaRasul #CintaSahabat #CintaOrangSoleh