Jatuhkah Talak Dalam Keadaan Dipaksa?
Oleh: Ustaz M Taufik NT
Menceraikan isteri dalam keadaan dipaksa, jika memenuhi syarat-syaratnya, maka tidaklah jatuh talak tersebut. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
“Sungguh Allah tidak menghukum umatku kerana tersalah, terlupa dan kerana dipaksa orang lain.” [HR. Ibnu Majah]
Dalam Fath al-Qarib, hal 244, dijelaskan bahawa tidak akan jatuh talak itu jika paksaan tersebut terjadi tanpa hak. Namun, jika paksaan itu berdasarkan hak, seperti paksaan hakim kepada orang yang telah melakukan‘ila terhadap[1] isterinya, dan berakhir tempoh ‘ila yang dibenarkan dalam Islam, maka jika hakim memaksanya untuk menceraikan isterinya, maka jatuhlah talak.
Namun begitu, tidak semua bentuk paksaan menyebabkan tidak jatuh talak. Terdapat beberapa syarat paksaan yang jika dipenuhi menyebabkan talak tidak sah iaitu[2]:
- Qudrotul mukrih(Pemaksa dipercayai mampu untuk melaksanakan ancamannya).
- ‘Ajzul mukrah ‘an daf’il mukrih(orang yang dipaksa tidak mampu untuk menolak ancaman pemaksa). Menolak ancaman itu dengan cara melarikan diri atau dengan meminta bantuan orang lain untuk menghalangi terjadinya ancaman tersebut.
- Ada dugaan (dzan) yang kuat pada diri yang dipaksa bahawa jika dia enggan melaksanakan apa yang dipaksakan, maka ancaman tersebut benar-benar akan dilakukan oleh pemaksa.
- Tidak terdapat tanda-tanda bahawa hal yang dilakukan itu adalah atas pilihan pihak yang dipaksa. Jika terdapat tanda bahawa yang dipaksa melakukan paksaan itu dengan sukarela, maka tetaplah jatuh talak. Contohnya, jika dipaksa menjatuhkan talak tiga, tetapi dia menjatuhkan talak satu, maka jatuhlah talak, kerana talak satu bererti atas kehendak diri sendiri.
Telah diriwayatkan dari Umar RA bahawa terdapat seorang lelaki yang menghulurkan tali untuk mengambil madu di gunung, kemudian isterinya datang dan berkata:
لأقطعن الحبل ، أو لَتُطَلِّقِنِّي
“Sungguh saya akan memotong tali tersebut atau kamu akan menceraikan saya”
Lelaki tersebut bersumpah dengan nama Allah agar isterinya tidak memotong tali tersebut, isterinya tetap menolak, maka dia menceraikannya. Setelah kejadian itu suami tersebut mendatangi Umar RA dan menceritakan kejadian tersebut, Umar RA lalu berkata:
ارجع إلى امرأتك ؛ فإن هذا ليس بطلاق
“Kembalilah kepada isterimu, kerana hal tersebut bukanlah talak.”
[Zadul Ma’ad, 5/208].
Kejadian di atas tidak menjadikan talak yang dilafazkan oleh suaminya sah kerana syarat-syarat paksaan telah terpenuhi.
Sebaliknya, jika suami menyangka bahawa ucapan isteri hanyalah gurauan, maka suami menjatuhkan talak, sama ada niat menjatuhkan talak secara gurauan atau serius, maka jatuhlah talak. Begitu juga jika ugutan isteri untuk memotong tali itu disampaikan melalui siaran langsung (streaming) dari lokasi lain,sedangkan di sekitar tempat itu tidak ada orang lain yang boleh disyaki sebagai suruhan isteri, kemudian suami menceraikannya, maka talak itu tetap jatuh kerana syarat pertama dan ketiga tidak dipenuhi.
Pengancam/Pemaksa
Pengancam atau pemaksa boleh jadi sesiapa saja, tidak semestinya isteri sahaja. Mertua, bekas isteri, atau sesiapa saja yang mengancam dan memenuhi syarat-syarat ancaman di atas, maka paksaan tersebut menyebabkan tidak jatuhnya talak yang diucapkan suami walaupun suami mengucapkannya.
Jenis Ancaman / Ugutan
Ugutan yang boleh memaksa seseorang untuk menceraikan isterinya, yang tidak mengakibatkan penceraian walaupun suami melafazkannya, tidak semestinya berbentuk ugutan bunuh.
Dalam Kasyful Asrar Syarah Ushul al-Bazdawi, (4/385) dijelaskan[3]:
أَمَّا مَا يَئُولُ إلَى إذْهَابِ الْجَاهِ، مِثْلُ أَنْ تَقُولَ لِلْمُحْتَشِمِ لَأُسَوِّدَنَّ وَجْهَك أَوْ لَأَطُوفَنَّ بِك فِي الْبَلَدِ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ أَوْ لَأُتْلِفَنَّ مَالَك فَلَا يَكُونُ ذَلِكَ إكْرَاهًا إذَا كَانَ يُكْرِهُهُ عَلَى قَتْلٍ أَوْ قَطْعٍ وَإِنْ كَانَ يُكْرِهُهُ عَلَى إتْلَافِ مَالٍ أَوْ عَلَى طَلَاقٍ أَوْ عَتَاقٍ فَهُوَ إكْرَاهٌ عَلَى قَوْلِ بَعْضِ أَصْحَابِنَا
“Adapun sesuatu yang mengakibatkan hilangnya kehormatan (pembunuhan watak), seperti engkau berkata kepada seorang yang terhormat: “Saya akan menghitamkan wajahmu, atau saya akan mengarak engkau keliling kota, atau yang lain, atau saya akan musnahkan hartamu”, maka hal itu bukan termasuk paksaan, jika paksaannya berupa membunuh atau mencacatkan seseorang, (namun) jika paksaannya berupa merosakkan harta atau untuk menjatuhkan talak, atau memerdekakan (budak), maka hal itu dianggap paksaan, menurut pendapat sebahagian sahabat kami. ”
Sedangkan jika suami mengatakan “saya terpaksa menceraikan isteri saya kerana tidak kuat menghadapi ejekan isteri dan cercaan mertua” maka paksaan dalam keadaan ini tetaplah menyebabkan talak itu sah.
Jika mertua mengatakan, ‘ceraikan anak saya, kamu mengabaikannya dan tidak memberinya nafkah’, ungkapan seperti ini tidak boleh dihukumi sebagai paksaan. Jika hal ini suami menceraikan isterinya, maka perceraiannya sah. Wallahu a’lam.
Nota kaki:
[1] Ila’ adalah sumpah suami bahawa dia tidak akan mencampuri isterinya dalam tempoh lebih empat bulan atau dengan tidak menyebut masanya. Islam membatasi waktu Ila’ paling lama empat bulan. Apabila tempoh empat bulan itu sudah cukup, suami harus memilih rujuk atau talak. Apabila yang dipilih rujuk, suami harus membayar kafarat sumpah.
عن عائشة قالت : آلى رسول الله صلعم. من نسائه وحرّم، فجعل الحرام حلالا، وجعل لليمين كفّارة
Dari Aisyah RA berkata, “Rasulullah SAW telah bersumpah Ila’ diantara isterinya dan mengharamkan berkumpul dengan mereka. Lalu baginda menghalalkan yang telah diharamkan dan membayar kafarat bagi yang bersumpah.” [HR. Tirmidzi dan para rawinya dapat dipercaya]
وشرط الإكراه قدرة المُكرِه – بكسر الراء – على تحقيق ما هدد به المُكرَه – بفتحها- بولاية أو تغلب، وعجز المكرَه – بفتح الراء – عن دفع المكرِه – بكسرها – بهرب منه أو استغاثة بمن يخلصه ونحو ذلك، وظنه أنه إن امتنع مما أكره عليه فعل ما خوَّفه. ويحصل الإكراه بالتخويف بضرب شديد أو حبس أو إتلاف مال ونحو ذلك. وإذا ظهر من المكرَه – بفتح الراء – قرينة اختيار، بأن أكرهه شخصٌ على طلاق ثلاث فطلق واحدةً وقع الطلاق.
[3] Selengkapnya berbunyi:
وَذَكَرَ الْإِمَامُ مُحْيِي السُّنَّةِ – رَحِمَهُ اللَّهُ – وَحَدُّ الْإِكْرَاهِ أَنْ يُخَوِّفَهُ بِعُقُوبَةٍ تَنَالُ مِنْ بَدَنِهِ عَاجِلًا لَا طَاقَةَ لَهُ بِهَا، مِثْلُ أَنْ يَقُولَ إنْ فَعَلْت كَذَا وَإِلَّا لَأَقْتُلَنَّكَ أَوْ لَأَقْطَعَنَّ عُضْوًا مِنْك وَلَأَضْرِبَنَّكَ ضَرْبًا مُبَرِّحًا أَوْ لَأُخَلِّدَنَّكَ فِي السِّجْنِ وَكَانَ الْقَائِلُ مِمَّنْ يُمْكِنُهُ تَحْقِيقَ مَا يُخَوِّفُهُ بِهِ فَإِنْ خَوَّفَهُ بِعُقُوبَةٍ آجِلَةٍ بِأَنْ قَالَ لَأَضْرِبَنَّكَ غَدًا أَوْ بِضَرْبٍ غَيْرِ مُبَرِّحٍ بِأَنْ قَالَ لَأَضْرِبَنَّكَ سَوْطًا أَوْ سَوْطَيْنِ أَوْ بِمَا لَا يَنَالُ مِنْ بَدَنِهِ بِأَنْ قَالَ لَأَقْتُلَنَّ وَلَدَك أَوْ زَوْجَتَك فَلَا يَكُونُ إكْرَاهًا. وَالنَّفْيُ عَنْ الْبُلْدَانِ كَانَ فِيهِ تَفْرِيقٌ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ إكْرَاهٌ كَالتَّخْلِيدِ فِي السِّجْنِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ وَجْهَانِ، أَمَّا مَا يَئُولُ إلَى إذْهَابِ الْجَاهِ، مِثْلُ أَنْ تَقُولَ لِلْمُحْتَشِمِ لَأُسَوِّدَنَّ وَجْهَك أَوْ لَأَطُوفَنَّ بِك فِي الْبَلَدِ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ أَوْ لَأُتْلِفَنَّ مَالَك فَلَا يَكُونُ ذَلِكَ إكْرَاهًا إذَا كَانَ يُكْرِهُهُ عَلَى قَتْلٍ أَوْ قَطْعٍ وَإِنْ كَانَ يُكْرِهُهُ عَلَى إتْلَافِ مَالٍ أَوْ عَلَى طَلَاقٍ أَوْ عَتَاقٍ فَهُوَ إكْرَاهٌ عَلَى قَوْلِ بَعْضِ أَصْحَابِنَا وَعِنْدَ بَعْضِهِمْ لَيْسَ بِإِكْرَاهٍ؛ لِأَنَّهُ لَا يُصِيبُ بَدَنَهُ بِهِ مَا لَا يُطِيقُهُ هَذَا كُلُّهُ مِنْ التَّهْذِيبِ.
Sumber: https://mtaufiknt.wordpress.com/2019/02/14/jatuhkah-talak-dalam-kondisi-dipaksa/
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#perceraian #talak #fikihnikah