Aksi Bela Gaza, Justeru Hanya datang daripada Non-Muslim, Apakah Tindakan Kita?
Sejak akhir-akhir ini, banyak inisiatif daripada kalangan aktivis non-Muslim, telah mendapat pujian di media massa dan media sosial. Malangnya, terdapat sebahagian orang yang berfikiran sempit, khususnya kelompok yang memusuhi Islam, memanfaatkan momen ini untuk merendahkan perjuangan jutaan umat Islam serta menafikan keimanan serta perasaan mereka!
Mereka menutup mata terhadap reaksi, aksi tulus, dan usaha yang dilakukan oleh umat Islam dalam menentang penjajahan dan penindasan di Palestin, Turkistan Timur (Uighur), Syria, Mesir, dan sebagainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah menghina atau melebih-lebihkan aksi seperti kapal Madleen atau aksi “Global March to Gaza” saat ini, atau suara empati yang muncul daripada hati nurani para aktivis, ahli politik, atau pemimpin negara non-Muslim.
Hal ini kerana sesungguhnya, upaya mereka juga adalah bahagian daripada kehendak Allah SWT. Justeru, ini menjadi petanda bahawa pertolongan Allah sudah dekat menuju perubahan besar dan mendasar. Namun, perlu disedari bahawa perjuangan mereka hanya akan berlangsung selama hati nurani, keberanian, atau ego (nafsu) mereka mengizinkan.
Wahai orang-orang yang beriman! Apa pun yang telah kalian lakukan, baik untuk Gaza, Palestin, Sudan, Turkistan Timur (Uighur), dan di seluruh dunia; setiap tindakan, setiap kata yang kalian ucapkan untuk menentang penindasan, semua aksi boikot, tunjuk perasaan, penentangan, dan doa-doa yang kalian panjatkan…
Semua itu datang daripada keimanan kalian kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, dan Al-Quran. Ketahuilah bahawa setiap perbuatan baik tanpa iman tidak memiliki nilai di hadapan Allah dan tidak akan membawa apa-apa hasil di dunia.
Wahai Umat Islam!
Respon kalian terhadap penindasan bukan hasil emosi kalian yang tidak tenang semata, tetapi kerana Allah telah menyatakannya sebagai penindasan. Dan itulah yang menjadikan kalian sebagai saksi dan pemimpin umat manusia! Sesungguhnya, kalianlah yang pertama kali menyuarakan penindasan di Gaza ke dunia luar, dan menggerakkan fikiran dan hati rakyat! Kalianlah yang telah membuatkan hati dan fikiran mereka tergerak untuk bertindak.
Kini saatnya kalian mengarahkan semangat mereka dari pencapaian ini pada tujuan yang lebih besar. Jika kalian mampu membimbing orang-orang yang sedar ini menuju solusi yang tepat untuk Gaza dan Palestin, maka langkah mereka akan sampai pada solusi akhir. Namun jika kalian ikut terjebak pada pencapaian kecil, maka kalian hanya akan menyia-nyiakan semua perjuangan kalian untuk pembebasan dan penentangan.
Oleh kerana itu, wahai umat Islam, kini saatnya untuk kalian semakin kuat berpegang teguh pada tali agama Allah, dan berjuanglah untuk memimpin Gaza, Palestin, seluruh dunia Islam, bahkan seluruh umat manusia menuju solusi yang benar, mulia, dan hakiki!
Angkatlah pisau bedah yang diperlukan bagi memutuskan aliran kehidupan entiti Zionis, akar-akarnya yang tumbuh daripada pengkhianatan para penguasa yang bersekongkol dengan mereka. Saat akar itu diputus, tentera-tentera umat Islam hanya memerlukan beberapa jam untuk menghapuskan entiti Zionis dari tanah Palestin yang diberkahi. Ketika penjajah itu lenyap, cabang-cabangnya di seluruh dunia juga akan mengering. Maka bumi ini, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, udara, bahkan batu-batuan pun akan kembali mendapatkan kehidupan.
Maka bersegeralah menunaikan kewajipan sejati kalian! Berjuanglah dengan mengikuti metode kenabian untuk menegakkan kembali tatanan dan janji Allah, serta bisyarah (khabar gembira) daripada Rasulullah SAW: Khilafah Rasyidah yang kedua. Serulah secara terus-menerus kepada para tentera untuk memberikan nusrah (dukungan kekuatan nyata) yang sangat diperlukan! Maka, bersegeralah untuk mengemban tugas besar menjadi saksi dan pemimpin bagi umat manusia, Umat Terbaik (Ummatan Wasathan).
[وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ]
“Ada lagi limpah kurniaan yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir tiba. Sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” [TMQ Ash-Shaff (61): 13]
Dipetik daripada Kenyataan Media Bahagian Muslimah Pejabat Media HT
#FreePalestineWithJihadAndKhilafah #FreePalestine #ArmiesToGaza #ArmiesToAqsa #BreakTheSiege #SpeakUpForPalestine #StandWithPalestine