Sudan: Tragedi Abad Ini Yang Tersembunyi Daripada Pandangan Dunia
(Terjemahan)
Negara Islam iaitu pelindung rakyatnya telah tiada. Umat Islam telah hidup dalam kesengsaraan, penderitaan, dan bencana di seluruh dunia. Sudan kini sedang mengalami salah satu bencana kemanusiaan yang paling teruk dalam sejarah moden akibat daripada pertempuran berdarah yang telah berlangsung selama dua tahun antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF), yang membawa kepada tragedi ngeri yang tidak dibincangkan atau cuba dihentikan oleh sesiapa. Ini adalah konflik yang dilupakan, media tidak membuat siaran, dan perihalnya tidak didedahkan oleh mana-mana negeri atau institusinya.
Orang awam terbelenggu dalam kekejaman yang amat dahsyat, termasuk pembunuhan besar-besaran, pemindahan paksa dan suaka, kebuluran, penyakit, keganasan seksual, dan malapetaka lain, tanpa sesiapa yang memantau atau bertanggungjawab!
Dengan kekejaman yang dilakukan oleh kedua-dua pihak yang bertelagah, dianggarkan bilangan kematian dan kecederaan yang mengejutkan, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua. Angka kematian dianggarkan sekurang-kurangnya 150,000 orang, termasuk lebih 60,000 di negeri Khartoum sahaja, dalam tempoh 14 bulan pertama konflik.
Bilangan yang cedera telah melebihi 70,000, dengan kesukaran yang ketara untuk mendapatkan rawatan perubatan akibat keruntuhan sistem kesihatan, 70-80% kemudahan kesihatan tidak beroperasi, dan penyebaran penyakit seperti taun, campak, dan cirit-birit. Pendidikan juga telah runtuh, hampir 20 juta kanak-kanak di Sudan kini tidak bersekolah.
Banyak kawasan menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan, hukuman mati, penculikan, dan penyiksaan, termasuk dalam kalangan kanak-kanak. Ini termasuk pembunuhan beramai-ramai di Wad al-Nura, al-Hilaliya, Jalqani, al-Sariha, Tamboul, kem Zamzam, kampung-kampung di Darfur Utara, al-Geneina, Ardamata, dan kampung-kampung di negeri White Nile di tengah Sudan.
Pembunuhan beramai-ramai ini membawa kepada kematian beribu-ribu orang awam dan ratusan ribu orang terpaksa berpindah. Ini tidak termasuk jenayah keganasan seksual dan rogol berkumpulan terhadap wanita, remaja perempuan, dan juga kanak-kanak.
Pertempuran ini telah menyebabkan lebih 14 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Daripada jumlah ini, lebih daripada 11 juta telah dipindahkan secara dalaman di Sudan, dan lebih daripada 3 juta adalah pelarian yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Mesir, Ethiopia, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan, Chad, dan malah Jordan.
Kanak-kanak mewakili 53% daripada pelarian dalaman, menjadikan Sudan sebagai krisis perpindahan terpaksa dalaman terbesar di dunia. Orang yang berpindah merupakan kira-kira satu pertiga daripada populasi Sudan iaitu kira-kira 50 juta. Kem pelarian kekurangan perkhidmatan asas, dan mereka mengalami kekurangan makanan, air bersih, dan penjagaan kesihatan. Kem-kem ini juga tertakluk kepada serangan berulang, memburukkan lagi penderitaan mereka yang dipindahkan.
Semua ini telah membawa kepada krisis makanan yang teruk, lebih-lebih lagi kedua-dua pihak menggunakan kebuluran sebagai senjata perang dengan menghalang makanan daripada memasuki kawasan yang mereka kuasai. Lebih kurang 25juta orang—hampir separuh penduduk—memerlukan bantuan makanan, terutamanya di kem pemindahan. Beratus-ratus ribu kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, dan sebilangan besar daripada mereka berisiko untuk mati. Laporan menunjukkan bahawa kira-kira 3.7 juta kanak-kanak di Sudan mengalami kekurangan zat makanan.
Jumlah ini dijangka meningkat jika keadaan berterusan, dan kira-kira 220,000 kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk mungkin akan mati.
Ini bermakna, Sudan yang dianggap sebagai negara pertanian kerana banyaknya tanah pertanian, air, dan ternakan, kini mempunyai penduduk yang menderita kelaparan, kemiskinan, penyakit, dan perpindahan terpaksa. Ia kini menghadapi bencana kemanusiaan terbesar dalam semua aspek akibat perang terkutuk antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (Rapid Support Forces), untuk terus memenuhi cita-cita tuan mereka (Amerika), di Sudan dan kekayaannya. Harga yang mahal berupa penderitaan berpanjangan pula hanya dibayar oleh rakyat Sudan.
Perjuangan ini akan berterusan di Sudan dan negeri-negeri umat Islam yang lain selagi cita-cita penjajah berterusan dan pemerintah Ruwaibidha (jahil dan tidak layak) menindas mereka.
Maka, wahai manusia, berusahalah untuk menjatuhkan mereka dan tegakkan Khilafah Rasyidah yang kedua di atas jalan kenabian supaya Sudan dan semua negeri umat Islam dapat terbebas daripada cengkaman penjajahan dalam segala bentuk dan kaedahnya. Allah SWT berfirman,
﴿ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ
لَمْ يَكُ مُغَيِّراً نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ﴾
“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [TMQ Al-Anfal (8): 53].
Dan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abdullah bin Umar RA, dia berkata, Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata,
«يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ: خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ
فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ
وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ، وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا
الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا، وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوّاً مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ
تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللهُ إِلَّا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ».
“Wahai Muhajirun, ada lima perkara yang dengannya kamu akan diuji, dan aku berlindung kepada Allah supaya kamu tidak melihatnya: Tidak sekali-kali nampak perbuatan maksiat di antara suatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan bala dan penyakit yang tidak pernah diketahui oleh orang-orang terdahulu tersebar di kalangan mereka. Mereka tidak menipu dalam timbangan dan sukatan tetapi mereka akan ditimpa kelaparan, malapetaka yang teruk dan penindasan penguasa mereka. Mereka tidak menahan zakat harta mereka, akan tetapi hujan akan dicegah dari langit, dan sekiranya terjadi bukan untuk haiwan, hujan tidak akan turun ke atas mereka. Mereka tidak melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, tetapi Allah akan membolehkan musuh-musuh mereka mengalahkan mereka dan mengambil sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Kecuali jika pemimpin mereka memerintah menurut kitab Allah dan mencari kebaikan dari apa yang diturunkan Allah, niscaya Allah akan menjadikan mereka bergaduh sesama sendiri”.
Demi Allah, ini telah menjadi keadaan kita di negeri-negeri umat Islam sejak lenyapnya sinar Khilafah serta pelindung dan pemimpin yang memerintah dengan Syariah dan agama Allah.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Muslimah Ash-Shami (Umm Suhaib)
Sumber: https://www.facebook.com/share/1BEErBAPFd/