[Siri Buku Nizhamul Ijtimaie]
PENGARUH PANDANGAN TERHADAP HUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN
2.1 Memahami Konteks Naluri
Naluri manusia hanya menuntut kepuasan apabila ia dirangsang. Sekiranya naluri ini tidak dipenuhi boleh menyebabkan kegelisahan, namun tidaklah membawa kepada kematian atau gangguan samada fizikal, mental mahupun akal. Kepuasan naluri bukanlah satu keperluan seperti mana pemenuhan keperluan jasmani sebaliknya bertujuan untuk memperoleh ketenangan dan ketenteraman.
Terdapat dua faktor luaran yang berpotensi merangsang naluri: Pertama, realiti yang dapat dikesan melalui pancaindera. Kedua, fikiran yang boleh mengundang makna (apa yang tergambar dalam fikiran). Tanpa kedua-dua faktor ini, naluri tidak akan bergejolak. Hakikat ini turut berlaku pada semua jenis naluri iaitu naluri mempertahankan diri (gharizal al-baqa’), naluri beragama (gharizah at-tadayyun), dan naluri melestarikan jenis (gharizah an-naw’). Tambahan lagi, gelojak naluri tidak timbul hanya kerana faktor dalaman seperti keperluan jasmani, tetapi muncul akibat faktor luaran.
Naluri untuk melestarikan keturunan, seperti naluri yang lain, hanya akan menuntut kepuasan apabila ia dibangkitkan oleh realiti yang terindera atau apa yang tergambar dalam fikiran. Oleh itu, manusia boleh mengawal atau mencegah timbulnya naluri ini. Sekiranya dengan melihat wanita, menonton video lucah, atau mendengar imaginasi seksual boleh mencetuskan rangsangan naluri ini, maka menjauhi perkara-perkara tersebut sudah tentu dapat menghindarkan dari gejolaknya. Maka, naluri ini tidak tercetus secara tiba-tiba, melainkan sengaja dirangsang melalui faktor luaran tersebut.
2.2 Menangkis Pandangan Barat Terkait Hubungan Lelaki & Wanita
Pandangan masyarakat Barat (berideologi Kapitalis) dan golongan Komunis terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan adalah berdasarkan pandangan bersifat seksual bagi pemuasan nafsu semata-mata, bukan untuk melestarikan keturunan. Percampuran bebas lelaki dan perempuan serta sebaran bahan-bahan porno melalui media, buku, hiburan dan gaya hidup adalah dibenarkan menurut pandangan mereka. Tanggapan mereka, jika pemuasan nafsu mesti dipenuhi. Jika tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada tubuh, emosi dan fikiran manusia. Maka tidak menghairankan didapati banyak karya penulisan dan lukisan berunsur seksual serta kewujudan rumah-rumah pelacuran yang mendominasi budaya kelompok masyarakat tersebut.
Sebaliknya, pandangan Islam dalam konteks hubungan lelaki dan perempuan adalah cara untuk melestarikan jenis manusia, bukan bersifat seksual semata. Islam membenarkan hubungan seksual dikendalikan melalui perkahwinan atau pemilikan hamba sahaya. Sementara segala perkara yang boleh membangkitkan nafsu seperti berdua-duaan (berkhalwat), bertabarruj dan berhias di hadapan lelaki bukan mahram adalah dilarang kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
Islam juga menolak dakwaan bahawa mengekang nafsu seksual akan mengakibatkan gangguan kesihatan. Ini kerana nafsu bukan seperti keperluan makan dan minum yang mesti dipenuhi. Jika tidak dipenuhi, hanya menyebabkan kegelisahan bukannya kemudaratan besar. Oleh itu, pandangan Islam jauh berbeza daripada Barat dan Komunis, kerana ia menekankan kesucian, ketenangan dan kehormatan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Islam jugalah satu-satunya yang mampu mencegah kerosakan yang timbul akibat naluri seksual yang tidak diatur secara benar dalam masyarakat dengan menjadikannya sebagai kemaslahatan dan kedamaian di tengah masyarakat.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#NizhamulIjtimaie