Isu Palestin – Solusi Jihad dan Khilafah Belum Menjadi Pendapat Mainstream
Oleh: Rahmah
Aktivis Dakwah Indonesia, Ustazah Ir. Ratu Erma Rachmayanti menyatakan bahawa di peringkat antarabangsa, penyelesaian bagi menghentikan isu Palestin belum menjadi mainstream kerana masih di peringkat kelompok dakwah sedangkan ia adalah penyelesaian sesuai syarak.
“Untuk kita berbicara tentang khalayak antarabangsa (public international), sudah tentu penyelesaian (jihad) itu belum lagi menjadi arus perdana. Segala yang dibincangkan tadi masih menuntut kepada bentuk penyelesaian yang praktikal, di mana kita melihat bahawa pihak yang sudah memahami, mendukung penyelesaian menurut syarak tadi masih di peringkat kelompok dakwah sahaja. Realiti ini seharusnya menjadi muhasabah bagi kita umat Islam,” ujarnya dalam saluran Youtube Muslimah Ulul Albab bertajuk Intelektual Muslimah: Misi Besar Pembebasan Umat, Ahad (31/8/2025).
Beliau mengungkapkan bagaimana respon dunia terhadap isu Gaza di mana hampir sebahagian besarnya menyebelahi rakyat Palestin. Namun gambaran perang yang penuh biadap yang dilakukan Israel menyebabkan masyarakat menganggap solusi perang (jihad) sebagai menghentikan kebiadapan Israel bukanlah solusi sebenar.
“Saya ingin menjelaskan psikologi manusia. Ketika melihat perang sebegitu rupa pasti mereka itu emosional. `Hentikan! Damai! Gencatan senjata! Kasihan, Kasihan!’ Betul, kalau kita mahu ulas, sebenarnya itu disebabkan ketidakfahaman, kerana jihad di dalam Islam tidak mungkin mengebom kemudahan awam seperti itu. Tidak mungkin orang tua, anak perempuan dibunuh seperti itu. Tapi kerana umat manusia tidak melihat gambaran jihad yang sesungguhnya, bagi mereka tidak ada cara lain. Yang ada pemahaman yang bergerak secara emosional; gencatan senjata, damai, berhenti. Hanya itu yang mampu mereka lakukan,” katanya.
Justeru, beliau menjelaskan bahawa umat Islam mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membetulkan pemahaman sehingga solusi membebaskan penjajahan ini dapat direalisasikan. Menurutnya, umat Islam perlu memperhatikan bagaimana pendapat tentang jihad dan Khilafah itu disesatkan dan dijauhkan sebegitu rupa daripada umat Islam.
“Terminologi manusia dalam syariat itu ialah Muslim dan kafir. Kedua-dua ini memang sedang berperang. Dan itu adalah perang hegemoni kekuasaan mereka untuk menguasai dunia, begitulah temanya jika kita sedari. Untuk pendapat jihad dan Khilafah itu, musuh-musuh kita luar biasa dalam merancang penyesatan. Kita tidak mempunyai pelindung sejak 1924 hingga hari ini — itu sudah satu abad. Bayangkan, 100 tahun generasi umat Islam tidak memahami tentang Khilafah,” ungkapnya.
Tambahnya lagi, Barat menjayakan strategi penyesatan pendapat ini melalui media yang dikuasai dengan konsep Islam moderat dan bersungguh-sungguh menyerang isu-isu yang dapat memicu kebangkitan sebenar umat Islam.
“Islam moderat itu isunya bukan bercakap pasal haji, umrah, bukan. Islam moderat itu topiknya adalah jihad, Khilafah, penguasa kafir, riba, jilbab. Itu topik yang diganggu-gugat oleh Islam moderat. Nak umrah berulang kali, haji berulang kali, nak bersedekah, tak pernah diganggu-gugat hukum-hukum itu. Ini masalahnya,” jelasnya.
Menurutnya lagi, yang menjalankan agenda penyesatan pendapat dari Barat ini adalah penguasa Muslim yang menjadi ejen mereka hingga umat Islam menghadapi tekanan.
“Kerana penguasa Muslim adalah ejen mereka, mereka juga menjalankan agenda itu, maaf, akhirnya umat Islam berada di bawah tekanan rejim itu, intelektual sangat merasakannya di kampus. Saya ceritakan ini agar dapat menjelaskan apa yang terjadi. Kita ditakut-takutkan. Jaga-jaga begini, jaga-jaga begitu. Jangan ikut ini, jangan ikut itu. Cerita ini agar kita semua jangan memahami solusi persoalan kita sendiri,” jelasnya.
Beliau menyimpulkan bahawa umat Islam hendaklah memahami realiti masalah dan kemudian mencari solusinya sebagai bekal untuk mencerahkan pemikiran umat. Telah jelas tuntunan syarak terhadap persoalan Palestin iaitu jihad dan Khilafah.
“Apa yang boleh kita lakukan? Syarak pun telah menuntunkan ‘waltakun minkum ummah yad’u na ilal khair yakmuruna bil makruf, wa yanhauna anil munkar’. Umat itu ada kelompok, jangan sendiri-sendiri kerjanya. Lalu, tugas kelompok itu apa? Ya, mengkaji semuanya. Jadi, difahami semuanya itu cara hidup, cara kita menjalani hubungan dengan negara lain dan itu dipelajari dalam kelompok dakwah dan bagaimana hukum-hukumnya. Kemudian dia terlibat aktif dalam mengarahkan umat tadi untuk pencerdasan di setiap peluang yang Allah berikan. Makanya topik Gaza- Palestin ini tidak akan pernah kita tinggalkan kerana priority per problem umat hari ini itu yang paling tricky adalah masalah Palestin. Tapi tentu saja tidak sampai membuat kita melupakan masalah dalam negeri. Tidak! Kerana itu sama akibat dari hukum-hukum Allah itu tidak diterapkan,” akhirinya.
Sumber: https://youtu.be/CIZFmbKml_k?si=w4OJmrQIfh0iCOh-