[Mafahim Islamiyyah] Metode Syarie untuk Melanjutkan Kehidupan Islam (Bahagian 3/12)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Negara Islam mempunyai lembaga eksekutif tertentu yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW di Madinah al-Munawwarah dan diikuti oleh Khulafaur Rasyidin setelah Rasulullah SAW wafar. Kemudian secara garis besarnya telah dilaksanakan oleh khalifah kaum Muslim setelah Khulafaur Rasyidin sehinggalah Negara Khilafah berjaya diruntuhkan pada 1924 M. Lembaga eksekutif ini terdiri dari beberapa bahagian, yakni khalifah, para pembantu khalifah (muawin), tentera (militer), para wali, para qadhi, lembaga administrasi, dan Dewan Syura.
Bentuk pemerintahan dalam negara Khilafah bukanlah sistem kerajaan atau republik, bukan pula kekaisaran atau berpelembagaan. Bentuk pemerintahan negara Khilafah hanyalah sistem Khilafah. Negara Islam adalah satu-satunya negara yang memiliki sistem tersebut. Sistem Khilafah membezakan negara Islam dengan negara-negara lain dilihat dari beberapa perkara.
Ada beberapa hal yang menjadi keutamaannya. Pertama, Negara Islam tidak memiliki batas-batas tetap yang membatasi aktivitinya dan tidak boleh melanggarnya. Sebab, Negara Islam telah diwajibkan ke atasnya oleh Asy-Syarik untuk mengemban Islam kepada seluruh manusia dan menerapkannya terhadap mereka, baik mereka Muslim atau non-Muslim. Jadi, batas-batas Negara Islam sejak dibangun pertama kali di Madinah al-Munawwarah adalah batas-batas yang mobil, tidak tetap. Negara Islam merangkul setiap orang yang tunduk kepadanya kepada tubuh negara, baik secara damai atau peperangan.
Rasulullah SAW bersabda, “Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad utusan Allah.’ maka apabila mereka telah mengucapkannya, mereka terpelihara dariku darah dan harta benda mereka, kecuali dengan haknya.”
Batas-batas Negara Islam sentiasa terbuka bagi semua kaum muslim. Mereka boleh masuk dan keluar dari negara bila-bila masa saja yang mereka mahu. Mereka mempunyai hak mengemban kewarganegaraan di mana saja mereka tinggal, kecuali keadaan-keadaan yang telah dikecualikan oleh syarak.
Kedua, Negara Islam wajib menerapkan hukum-hukum Islam dalam politik dalam negeri dan politik luar negerinya. Oleh sebab itu, haram atas Negara Islam berhukum kepada selain Islam, seperti sekularisme, demokrasi, undang-undang produk PBB, atau berbagai ketetapan melalui persidangan-persidangannya. Ini kerana semuanya merupakan sistem kufur. Negara Islam juga haram menjadi anggota PBB, walaupun hanya sehari. Apabila sang khalifah telah melakukan hal tersebut, maka umat perlu memuhasabahnya dan mengingkarinya dengan jalan syarak sehingga khalifah merujuknya kembali.
Ketiga, mendirikan parti-parti politik dalam Negara Khilafah adalah fardhu kifayah. Wajib atas parti-parti itu berdiri di atas asas Islam secara terang-terangan (legal), bukan secara sembunyi-sembunyi (illegal). Negara Islam juga wajib melaksanakan aktiviti-aktiviti politik dan pemikiran, bukan aktiviti-aktiviti fizikal. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah ada di antara kalian, umat yang mengajak kepada kebaikan, memerintah dengan kebajikan, dan mencegah daripada kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung.” [TMQ Ali Imran (3): 104].
Ini adalah sifat-sifat yang dimuat pada ayat di atas, iaitu berdakwah kepada Islam, memerintah dengan perkara yang halal, dan mencegah daripada perkara haram. Semuanya merupakan unsur-unsur utama sebuah parti dalam Islam. Oleh sebab itu, haram bagi kaum Muslim membentuk parti di atas asas selain Islam. Negara Islam juga haram menoleransi berdirinya kelompok-kelompok parti di atas asas selain Islam, seperti sekularisme, patriotisme, nasionalisme, atau lainnya kerana semuanya sangat bertentangan dengan Islam.
Semuanya bertentangan dengan tujuan syarie didirikannya Negara Islam, iaitu mengemban Islam dan memelihara akidah Islam, serta bertentangan dengan nas-nas syarak yang telah mengharamkan kaum Muslim berdakwah kepada selain Islam.
Keempat, Negara Islam haram memberikan kekuasaan atas kaum Muslim kepada orang-orang kafir, iaitu dengan mengadakan persekutuan-persekutuan dalam bidang ketenteraan atau perjanjian-perjanjian politik, ekonomi, kebudayaan, atau lain-lain dimana kesetiaannya serta komitmennya dimiliki oleh orang kafir. Allah SWT berfirman, “… Dan sekali-kali Allah tidak akan pernah menjadikan kepada orang-orang kafir kekuasaan (jalan) atas orang-orang mukmin.” [TMQ An-Nisa’ (4): 141].
Sejak berdirinya, Negara Islam wajib beraktiviti atas dasar kemampuan sendiri untuk menduduki kedudukan negara pertama (super power) di dunia. Ini sebagaimana telah ditunjukkan oleh perbuatan Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin setelahnya supaya menjadi negara yang memimpin dan berpengaruh, tidak menjadi negara pengikut dan ejen. Dengan demikian, Negara Islam berkesempatan untuk mengemban risalah Islam kepada seluruh manusia untuk menyelamatkan mereka dari gelap gelita kekufuran kepada cahaya Islam. Juga untuk menyelamatkan dari kesengsaraan akibat sistem-sistem buatan kepada keadilan hukum-hukum syarak.
Kelima, bahasa Arab dalam Negara Islam adalah bahasa rasmi. Selain itu juga menjadi bahasa antarabangsa, pendidikan dan pengajaran, media komunikasi dan informasi, menjadi rujukan maksud-maksud dalam keadaan berlakunya perselisihan atas pernyataan-pernyataan berbagai perjanjian dan kesepakatan antara Negara Islam dan negara-negara lain. Mempelajari bahasa-bahasa asing adalah fardhu kifayah dan Negara Islam harus memenuhinya sesuai keperluan.
Keenam, kehidupan umum dalam Negara Islam tunduk kepada hukum-hukum Islam. Oleh kerana itu, negara tidak boleh bertolak ansur dengan adanya indikasi apa pun yang bersifat kelompok yang tidak Islami, seperti Hari Raya Nairuz (hari tahun baru Iran), perayaan kelahiran (ulang tahun kelahiran), atau perayaan awal tahun (peringatan tahun baru). Negara juga tidak boleh bertolak ansur dengan individu manapun, baik orang pribumi (asli), mu’ahad, atau Duta Besar untuk menentang atau melanggar hukum-hukum Islam pada kehidupan umum dalam cara berpakaian atau dalam bertingkah laku, walaupun dia bukan seorang Muslim.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.