[Mafahim Islamiyyah] Hukum Dharar (Bahagian 2/5)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
(Sambungan dari Bahagian 1/5)
Allah SWT berfirman, “…maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;. …” (TMQ Al-Mulk [67]: 15).
Telah datang dalil-dalil lain yang mengkhususkan dalil-dalil umum. Kemudian dalil-dalil lain itu mengeluarkan sebahagian dari bermacam-macam memandang, makan, dan berjalan dengan menjadikan padanya hukum-hukum selain mubah, seperti haram, fardhu, mandub, dan makruh.
Begitu pula telah datang kaedah, “Setiap individu dari individu/ perkara yang mubah apabila ia membahayakan atau mendatangkan kepada bahaya, maka individu itu haram dan perkara itu tetap mubah.”
Kaedah ini mengeluarkan perbuatan yang membahayakan atau mendatangkan kepada bahaya dari keumuman perbuatan yang bersifat alami (jibiliyah) yang mubah dan menjadikan hukum haram. Ini kerana lafaz “perkara” (al-amru) bermakna perbuatan dan sesuatu. Rasulullah SAW bersabda pada akhir hadis Hijr, “Sesungguhnya tidak boleh keluar seseorang di antara kalian pada malam ini, kecuali disertai temannya.”
Namun, dua orang lelaki dari Bani Sa‘idah melanggar perintah: seorang daripada mereka keluar untuk keperluannya, lalu tercekik dalam perjalanan; seorang lagi keluar mencari untanya, lalu diterbangkan angin hingga jatuh di Gunung Thayyi. Rasulullah SAW mendapat berita tentang kedua lelaki tersebut, lalu beliau bersabda, “Apakah aku tidak melarang kalian agar seseorang di antara kalian tidak keluar, kecuali beserta temannya?”
Kemudian Nabi SAW mendoakan lelaki yang tercekik ketika dalam perjalanannya itu sehingga dia sembuh. Sedangkan lelaki yang jatuh di gunung Thayyi, maka orang Thayyi menyerahkannya kepada Rasulullah ketika Baginda datang ke Madinah al-Munawwarah.
Demikianlah, apabila suatu perbuatan (af’al) mendatangkan sesuatu yang membahayakan atau mendatangkan kepada bahaya, maka perbuatan itu menjadi haram. Contohnya, minum, berwudhuk, dan keluar pada malam hari seperti dalam hadis Hijr, serta minum seperti dalam hadis jurang Musyaqqaq. Namun perbuatan lainnya tetap mubah kerana bahaya itu bukan asli (eksternal) dan tidak ada pada pembentukan perbuatan tersebut. Oleh kerana itu, minum dan keluar pada waktu malam, juga berwudhuk adalah perkara-perkara yang tidak membahayakan dan telah dibolehkan oleh syarak.
Hanya saja bahaya itu terkan pada individu tersebut, maka pada individu-individu ini menjadi haram melalui nas kaedah syarak yang digali dari hadis-hadis Nabawiyah. Memberikan informasi-informasi (maklumat), hanya sekadar contoh adalah perkara mubah. Namun, memberi informasi tentang para pengemban dakwah kepada pihak berkuasa yang menentang dakwah, jika hal itu bakal menimpakan mudarat kepada para pengemban dakwah, maka hukumnya menjadi haram. Sebabnya, ini merupakan realiti yang sejalan dengan kaedah, “Setiap individu dari individu/ perkara yang mubah apabila ia membayakan atau mendatangkan kepada bahaya, maka individu itu haram dan perkara itu tetap mubah.”
Hal ini dinisbahkan kepada bahaya eksternal. Namun apabila bahaya itu telah ada pada tabiat perbuatan dan tidak ada dalam seruan syarie sesuatu yang menunjukkan atas hukum zat perbuatan ini, maka keberadaannya yang membahayakan itu menjadi dalil atas keharamannya. Ini kerana Allah SWT telah mengharamkan bahaya (dharar). Kaedah syaraknya adalah, “Hukum asal pada perkara-perkara yang membahayakan adalah diharamkan.”
Dalil kaedah ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak boleh membuat bahaya terhadap diri sendiri dan tidak boleh membuat bahaya terhadap orang lain.”
Juga sabdanya, “Siapa saja membuat bahaya, maka Allah menimpakan bahaya kepadanya. Dan siapa saja mempersulitkan, maka Allah mempersulitkan terhadapnya.”
Adapun bahaya, ia adalah lawan dari manfaat. Termasuk bahaya adalah bahaya kepada orang lain atau kepada dirinya. Rasulullah SAW benar-benar telah melarang perbuatan menimpakan bahaya apa saja melalui sabdanya, “Tidak boleh menimpakan bahaya terhadap diri sendiri dan tidak boleh menimpakan bahaya terhadap orang lain.” Ini kerana sesungguhnya kata nakirah dalam susunan (siyaaq)nya nafi menunjukkan maksud umum.
Manusia Menimpakan bahaya terhadap Orang Lain
Rasulullah SAW telah melarang dari setiap bahaya terhadap orang lain, sama saja bahaya itu besar atau kecil. Beliau bersabda, “Mencaci-maki seorang muslim adalah perbuatan fasik, sedangkan memeranginya adalah perbuatan kufur.”
Juga beliau bersabda, “Tidak halal bagi seorang muslim mengintimidasi muslim yang lain.” Juga sabda beliau SAW, “Siapa saja mengacungkan senjata tajam kepada saudaranya, maka malaikat melaknatnya.” (HR Tirmidzi dari Abi Hurairah).
Rasulullah SAW juga bersabda, “Siapa saja menolong membunuh orang mukmin dengan separuh kalimah, maka dia akan berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla di antara kedua matanya tertulis, ‘Yang terputus dari rahmat Allah.’”
Allah SWT benar-benar melarang menimpakan bahaya terhadap orang lain. Dia berfirman, “Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 282).
Demikian pula firman-Nya, “(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 131).
Juga firman-Nya, “Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).” (TMQ Al-Baqarah [2]: 233).
Jadi, menimpakan bahaya terhadap orang lain dilarang dengan larangan yang tegas, sama ada bahaya itu sedikit atau banyak. Hal ini diindikasikan berdasarkan sabda Nabi SAW, “Tidak halal”, dan indikasi sabdanya, “maka malaikat melaknatnya”, juga indikasi sabdanya, “yang terputus dari rahmat Allah”. Dengan demikian, menimpakan bahaya terhadap orang lain hukumnya adalah haram secara pasti.
Oleh kerana itu, apabila seorang di antara manusia berkata kepadamu, “Saya merasa terganggu oleh bau asap rokokmu, atau oleh suara radiomu, atau suara TV-mu, atau caramu membuka jendela”, maka wajib atas kamu menahan bahaya ini. Jika tidak, sesungguhnya kamu telah berdosa. Kenal pastikan!
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Dharar #HukumSyarak