[Khilafah Rasyidah] Bentuk-Bentuk Perang Fizikal Kaum Kafir (Bahagian 1/2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Para Penguasa Kaki Tangan Kaum Kafir
Sesungguhnya Daulah Islamiah akan berjuang untuk menghancurkan kekufuran, ideologi, dan bentuk-bentuk imperialisme di negara-negara Muslim. Sehubungan dengan itu, aktiviti pertama Daulah Islamiah adalah untuk menghapuskan (pengaruh) kaki tangan politik kaum kafir yang terdiri daripada para penguasa dan penyokong-penyokong mereka.
Oleh kerana itu, negara-negara kafir benar-benar akan memberikan perhatian serius terhadap masalah ini. Bagi para kaki tangan tersebut, perkara ini adalah masalah hidup dan mati. Begitu juga bagi tuan-tuan mereka, iaitu kaum kafir, masalah ini adalah masalah hidup dan mati.
Dengan demikian, bahaya pertama yang mengancam Daulah Islamiah adalah para kaki tangan politik, iaitu para penguasa, khususnya penguasa dari negara-negara jiran. Untuk tujuan itu, mereka akan menjalin pakatan ketenteraan tanpa mengira tujuan kesetiaan mereka, sama ada kepada Amerika atau negara-negara Eropah.
Masalah utamanya hanya satu, iaitu mereka mempunyai musuh bersama. Para penguasa yang menjadi kaki tangan itu, dengan pakatan ketenteraan dan bala tenteranya, akan berusaha untuk menggempur Daulah Islamiah untuk menghancurkannya sebelum tubuhnya berdiri teguh dan kuat di atas kedua kakinya.
Pangkalan-Pangkalan Tentera
Kaum kafir akan memanfaatkan pelbagai pangkalan tentera yang dekat dengan Daulah Islamiah dan memobilisasikannya dengan cepat untuk membantu para penguasa kaki tangan kafir Barat dalam perang melawan Daulah Islamiah. Antara pangkalan tentera yang dimaksudkan adalah Pangkalan Tentera Dahran yang terletak di Arab Saudi, Pangkalan Tentera Al-Khafjah, serta pangkalan tentera yang terdapat di Jordan dan di An-Naqab.
Pangkalan-pangkalan tentera ini akan digunakan secara besar-besaran memandangkan kedekatannya dengan Daulah Islamiah. Ini juga kerana pergerakan dari pangkalan-pangkalan tentera tersebut dapat dilakukan dengan cepat. Tidaklah sesuatu yang asing atau aneh bahawa pada satu waktu atau pada masa-masa tertentu, Amerika dan penguasa kaki tangannya, bersama dengan bala tenteranya, menjalankan pelbagai manuver ketenteraan dari pangkalan-pangkalan tentera tersebut.
Pelbagai manuver ini merupakan langkah awal bagi kejadian yang mungkin berlaku dalam situasi seperti ini.
Koalisi Ketenteraan Antarabangsa
Pembentukan koalisi atau pakatan ketenteraan antarabangsa akan dilakukan sekiranya masalah bagi para penguasa ejen Barat itu menjadi berat dan sukar untuk melancarkan serangan tentera dengan cepat (serangan kilat). Dengan kata lain, ia melibatkan mobilisasi tentera dari negara-negara kafir di seluruh dunia untuk menyerang Daulah Islamiah. Ini akan dilakukan melalui ketetapan antarabangsa dan pembentukan pelbagai koalisi ketenteraan.
Pada hakikatnya, pembentukan koalisi-koalisi ketenteraan untuk menghadapi sesuatu insiden telah dimulakan oleh Barat sejak beberapa dekad yang lalu. Tepatnya setelah pelbagai perjanjian rahsia dimeterai dalam NATO. Amerika telah mengikat perjanjian dengan Rusia di Konferens Tasqend, begitu juga dengan China, sejak beberapa waktu lalu apabila AS merasakan ancaman Islam di Asia Tengah.
Koalisi tentera ini mengingatkan kita tentang penyatuan negara-negara kafir Eropah dan Rusia menentang Daulah Islamiah pada akhir zaman Khilafah Uthmaniyyah. Ia juga mengingatkan kita tentang penyatuan Quraisy dengan kabilah-kabilah Arab dahulu untuk memusnahkan Daulah Islamiah pertama di Madinah al-Munawwarah dan menghapuskan kewujudannya.
Pembentukan koalisi tentera ini merupakan senario yang sangat mungkin berlaku apabila Daulah Islamiah berdiri kelak. Barat, seperti yang telah kami sebutkan, tidak akan pernah lemah dalam memerangi Daulah Islamiah. Barat tidak akan pernah berdiam diri, berpangku tangan dan membiarkan bahaya menghampiri mereka.
Bagaimana Daulah Islamiah dan rakyatnya menghadapi cabaran pertama ini?
Hal ini secara global boleh dinyatakan dalam beberapa perkara berikut:
- Mobilisasi umum, baik secara fizikal mahupun maknawi.
- Inovatif dalam melaksanakan pelbagai manuver politik dan dalam menghadapi pelbagai krisis.
- Memujuk dengan baik pelbagai bangsa di negara-negara umat Islam serta di negara-negara kafir.
Ketiga-tiga perkara utama di atas berkaitan dengan beberapa butiran. Kami akan menjelaskan dan memperincikannya dalam perbincangan seterusnya, insyaAllah.
Akan tetapi, sebelum penjelasan dan perinciannya disampaikan, pertama-tamanya kami perlu menyebutkan bahawa senjata yang paling kuat secara mutlak dalam menghadapi bahaya dan krisis adalah senjata iman dan tsiqah (kepercayaan penuh) kepada Allah Ta’ala. Keimanan bahawa Allah SWT akan meneguhkan umat Islam di muka bumi. Hal ini adalah sama seperti dahulu Allah SWT telah menganugerahkan umat ini dengan kedudukan yang teguh melalui tegaknya Daulah Islamiah pertama.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.