Tolak Trump: Allah SWT Larang Menunjukkan Kesetiaan Kepada Orang Kafir
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman menyatakan bahawa haram bagi umat Islam menyambut kedatangan Trump kerana Allah SWT melarang untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang kafir harbi fi’lan.
“Ini sangat tegas diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran, tidak boleh menampakkan atau pun menunjukkan kesetiaan atau pun kasih sayang kita kepada orang-orang kafir. Lebih-lebih lagi kafir harbi yang membunuh saudara-saudara kita, mengambil atau pun merampas harta-harta kita,” ujarnya dalam Kupas Tuntas Bersama Jurucakap HTM bertajuk Kedatangan Trump: Kenapa Wajib Ditolak?, Jumaat (19/9/2025)
Beliau memetik ayat pertama surah al-Mumtahanah yang mengandungi larangan Allah SWT dalam hal ini.
“Jadi Allah memerintahkan supaya jangan kita ambil musuh Allah dan juga merupakan musuh kita sebagai teman-teman setia,” ujarnya.
Oleh kerana itu, beliau mengatakan umat Islam tidak boleh menyambut kedatangan Trump.
“Jadi, ini kita letak satu kepercayaan, kita mengambil mereka sebagai partner business, partner tak kisahlah apa-apa. Jadi, sayang sangat dengan Trump ini sampai nak jemput Trump ini datang ke Malaysia,” jelasnya.
Kemudian, beliau membacakan ayat 118-119 surah ali-Imran di mana Allah SWT menyatakan bahawa orang kafir sangat benci pada orang Islam.
“Jadi Allah menyatakan, wahai orang yang beriman, Allah kata, janganlah kamu mengambil teman-teman kepercayaan orang-orang yang di luar daripada kamu, maksudnya orang-orang yang kafir ini, jangan kamu menjadikan mereka ni sebagai teman-teman yang kamu percaya kepada mereka ni,”
Beliau menjelaskan lagi, ayat ini sangat jelas menunjukkan perintah Allah SWT untuk umat Islam supaya jangan mengambil orang kafir sebagai teman-teman yang dipercayai kerana mereka tidak berhenti menimbulkan kemudharatan dan menyukai apa yang menyusahkan umat Islam.
“Ini jelas apa yang dilakukan oleh mereka kan, sentiasa memudaratkan umat Islam dan mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Inilah perangai mereka. Dia buat kita susah dan dia seronok dengan kesusahan kita. Dan telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka lebih besar lagi,” jelasnya.
Lanjutnya, permusuhan mereka terhadap orang Islam tidak hanya dilihat daripada apa yang dilakukan oleh Donald Trump tetapi termasuk juga mana-mana pemimpin Amerika.
“Jadi, mereka sangat memusuhi Islam, kebencian mereka kepada Islam itu nampak zahir di mulut-mulut mereka dan dalam hati mereka tu lebih besar lagi,” ujarnya.
Beliau juga mengungkapkan betapa orang kafir ini marah dan benci pada orang Islam.
“Jadi kepada mereka ini, Allah menyatakan apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata kami beriman. Kalau dia jumpa kita di depan-depan kita, dia menunjukkan bahawa dia merupakan orang yang baik, orang yang berpegang kepada agama, orang yang percaya kepada Tuhan dan sebagainya. Tetapi apabila mereka menyendiri kata Allah SWT mereka menggigit jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu,” ucapnya.
Beliau menyimpulkan bahawa ada perintah Allah SWT tentang bahasa yang kita sepatutnya lontarkan kepada orang yang memusuhi Islam.
“Apa Allah perintahkan kepada kita, katakanlah oleh kamu, matilah kamu dengan kemarahan kamu itu,” tegasnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/17agQJqEGm/