Tolak Trump: Umat Islam Wajib Perang, Bukan Sambut
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan bahawa umat Islam wajib menolak kedatangan Trump kerana perintah Allah SWT adalah untuk memeranginya, bukan menyambut malah memuliakannya sebagai tetamu.
“Ada banyak ayat-ayat dalam al-Quran dan juga dalam hadis untuk negara, untuk orang yang memusuhi Islam. Maka jawapan Allah SWT kepada orang ini adalah untuk kita, umat Islam ini, adalah berperang dengan mereka, bukan menyambut mereka, bukan berbaik dengan mereka, apatah lagi nak memuliakan mereka sebagai tetamu,” ujarnya dalam Kupas Tuntas Bersama Jurucakap HTM bertajuk Kedatangan Trump: Kenapa Wajib Ditolak?, Jumaat (19/9/2025)
Beliau menjelaskan, umat Islam wajib menolak kedatangan Trump yang dijemput untuk menghadiri ASEAN Summit 2025 pada bulan ini kerana haram bagi umat Islam untuk menjemput dan melayan Trump sebagai tetamu.
“Amerika itu merupakan sebuah negara kafir harbi muhariban fi’lan. Jadi kafir harbi muhariban fi’lan ini maksudnya adalah negara kafir harbi yang sedang berperang dengan umat Islam. Maksudnya kafir harbi fi’lan yang secara nyata negara ini sedang berperang dengan umat Islam,” jelasnya.
Lanjutnya, Amerika sama seperti Yahudi yang sedang memerangi umat Islam. Dahulu, Amerika menjajah dan berperang dengan umat Islam di Iraq, Afghanistan, Yaman dan Pakistan. Walaupun sekarang Amerika tidak berperang secara langsung dengan umat Islam tetapi Amerikalah yang membekalkan senjata kepada entiti Yahudi yang memerangi umat Islam secara nyata.
“Pembantaian yang berlaku di Palestin, di Gaza, oleh entiti Yahudi laknatullah ke atas umat Islam itu boleh berlaku kerana adanya sokongan, adanya bantuan, khususnya bantuan ketenteraan daripada Amerika,” ujarnya.
Beliau mengungkapkan bahawa penglibatan Amerika dalam peperangan dengan umat Islam bukan sekadar di Gaza, malah di Pakistan dan India.
“Di belakang itu adalah Amerika. Jadi Amerika ini kalau dia tidak perang secara langsung sekali pun, dia menggunakan proksi dia untuk perang dengan negeri kaum Muslimin,” katanya
Tambahnya, semua ini menjadikan Amerika sebagai negara kafir harbi muhariban filan, musuh yang nyata bagi Islam, musuh umat Islam, musuh Allah SWT dan musuh RasulNya. Maka, tidak boleh ada apa-apa perjanjian ekonomi, diplomatik, pengangkutan dan sebagainya dengan Amerika.
“Tidak ada apa-apa hubungan yang boleh wujud dengan negara kafir harbi fi’lan ini kecuali hubungan perang sahaja,” tegasnya.
Beliau menyampaikan beberapa ayat al-Quran tentang perang. Contohnya, ayat 190 dan 191 surah al-Baqarah yang menyatakan perintah Allah untuk berperang di jalan Allah SWT.
“Perintah Allah kepada kita khususnya kepada pemimpin kaum Muslimin, khususnya kepada tentera kaum Muslimin… Perangilah orang-orang ini, orang orang yang memerangi kamu ini,” tuturnya.
Seterusnya beliau menjelaskan perintah Allah SWT dalam ayat 193 surah al-Baqarah.
“Dan perangilah mereka ini, musuh-musuh Allah ini, musuh-musuh kamu ini dan perangilah mereka, kata Allah SWT, sehingga tidak ada lagi fitnah, tidak ada lagi kekufuran, tidak ada lagi kesyirikan dan agama ini semata-mata menjadi milik Allah SWT,” ujarnya.
Beliau turut menunjukkan bahawa ada hadis Rasulullah SAW tentang perintah perang.
“Kata Rasulullah, aku ini diutuskan, aku ini diperintahkan untuk memerangi manusia, berperang dengan manusia sehingga mereka mengucap laa ilaaha illallah. Perangi manusia sehingga mereka mengucap laa ilaaha illallah. Apabila mereka telah mengucap sedemikian, maka terlindunglah daripada aku darah-darah mereka dan harta-harta mereka di tangan Allah SWT,” ucapnya.
Tambahnya, Rasulullah SAW diutuskan untuk berperang dengan kafir harbi fi’lan iaitu kafir yang memerangi Islam, bukan dengan semua orang kafir.
“Orang-orang kafir harbi fi’lan ini memang diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita perangi, bukan buat baik, apatah lagi nak sambut dia dengan sambutan kenegaraan, penuh kemuliaan, sambutan yang luar biasa kebesaran dia,” simpulnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1AA4o4putZ/