Kukuhnya Paradigma Sekular Penyebab Sistem Mata Wang Islam Tidak Dipertimbangkan
Oleh: Rahmah
Dalam menanggapi usaha bersama China dan Indonesia menjayakan dedolarisasi melalui skema LCT (Local Currency Transaction), Pengarah The Economic Future Institute (TEFI), Dr Yuana Tri Utomo menyatakan bahawa kukuhnya paradigma sekular menyebabkan sistem mata wang Islam tidak dipertimbangkan.
“Jadi Indonesia ini kan memang tidak mempertimbangkan sistem mata wang Islam kerana kukuhnya paradigma sekular dalam negeri kita ini dan ini hujah yang paling vital,” ujarnya dalam saluran YouTube Khilafah News bertajuk “China Ingin Tumbangkan Dolar, Ekonomi Ingatkan Begini” Ahad (21/9/2025).
Beliau menegaskan bahawa usaha dedolarisasi bagi memperkukuh daya tahan sistem kewangan serantau dalam menghadapi dinamika global hanya memindahkan ketergantungan dan selama hal ini tidak berubah, sistem krisisnya akan terus berlaku.
“LCT dengan yuan atau mata wang tempatan lainnya pada dasarnya memang hanya memindahkan ketergantungan, bukan menghapus akar ketidakstabilan monetari global. Jadi akar masalahnya itu pada sistem fiat money global sebenarnya yang berasaskan hutang dan hegemoni politik ekonomi negara adikuasa,” katanya.
Dalam nada optimis, beliau menjelaskan bahawa dunia Muslim boleh memimpin transformasi kewangan global dengan penerapan mata wang Islam rentas negara dengan adanya kemahuan yang kuat oleh para penggubal dasar, para ahli politik dan para ahli ekonomi.
“Itu hanya mungkin boleh dilakukan kalau adanya kemahuan yang visioner, kesatuan politik ekonomi yang visioner, keberanian melawan tekanan global, serta konsistensi menerapkan sistem Islam yang kaffah. Jadi bukan sekadar kosmetik syariah di atas asas kapitalisme itu,” ungkapnya.
Beliau menghuraikan bagaimana potensi dunia Muslim dengan sumber daya alam yang sangat besar jika dapat disatukan menjadi satu tekad dan kemahuan, dapat menggugat dominasi dolar dan yuan, bahkan boleh menjadi pusat graviti baharu kewangan global.
“Majoriti rizab minyak serta gas dan mineral itu sangat melimpah di Timur Tengah, di Afrika, di Asia Tengah. Kemudian juga menjadi pasaran yang besar, hampir dua bilion penduduk dengan daya beli kolektif yang sangat besar, itu benar-benar potensi. Kemudian adanya rizab emas misalnya di Turki, di Arab Saudi, di Emiriah Arab Bersatu itu juga melimpah juga,” tambahnya.
Oleh kerana negara-negara Muslim masih berpecah-belah, beliau menyatakan adanya cabaran-cabaran yang harus dihadapi dengan akidah dan kemahuan yang kuat.
“Ini kan kita masih terfragmentasi oleh negara-negara Muslim yang belum bersatu dalam visi ekonominya. OIC saja misalnya Indonesia, Malaysia dan negara-negara yang Muslim masih bergantung secara sistemik itu masih kuat terhadap IMF, terhadap pasaran kewangan Barat. Itu mesti ditinggalkan”.
“Kemudian dominasi elit global, dominasi elit tempatan di negeri-negeri Muslim tadi banyak di dunia Islam. Ini rejim-rejimnya justeru bersekutu dengan kuasa global. Kemudian ancaman geopolitik di mana setiap usaha untuk keluar dari sistem fiat akan direspon dengan tindakan ketenteraan,” ungkapnya.
Bukti adanya jaminan kemandirian geopolitik dan ekonomi adalah dunia Islam pernah menjadi pusat perdagangan dunia lebih dari 1000 tahun tanpa krisis kewangan dan dominasi negara tertentu, dan ini menurut Dr Yuana, dapat terjadi kerana adanya kesedaran untuk tunduk kepada syariat Islam dan bukannya tunduk pada permainan kadar tukaran dolar atau yuan.
“Kita punya identiti sendiri, kita punya karakter sendiri, Islam punya prinsip sendiri, punya ajaran-ajaran yang kaffah. Antaranya adalah penggunaan dinar dan dirham,” akhirinya.
#monetaryglobal #tradewar #china #as #sistemkewanganglobal #kapitalisme #matawang #ekonomi #fiatmoney