[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 4/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 3/6)
- Seruan yang Baik kepada Bangsa-Bangsa Kafir di Luar Negeri-Negeri Kaum Muslim
Pada poin sebelumnya, kami telah memaparkan sesuatu yang berkaitan dengan seruan yang baik kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri dunia Islam. Adapun seruan kepada bangsa-bangsa di negeri-negeri kafir, maka hal itu difokuskan pada tiga perkara:
Pertama, penjelasan tentang kerosakan dan keburukan ideologi kapitalisme. Kedua, penjelasan tentang rosaknya politik negara-negara yang tegak di atas asas ideologi kapitalisme, di antaranya tujuan negara-negara itu dalam menghancurkan Daulah Islamiah. Ketiga, penjelasan tentang kebaikan ideologi Islam dan tujuan-tujuannya yang ingin membahagiakan umat manusia.
Di antara hal itu adalah tujuan-tujuan negara yang tegak di atas asas ideologi Islam ini. Sebelum kami mula memaparkan rincian masalah ini, terlebih dahulu kami perlu menyebutkan realiti penting dalam masalah ini.
Sesungguhnya terdapat penyesatan yang besar pada diri bangsa-bangsa kafir dalam memandang lslam dan kaum muslim. Penyesatan tersebut dimanfaatkan dalam rangka menghentam kaum muslim dan menguasai kekayaan mereka. Juga dimanfaatkan dalam rangka melanjutkan ketundukan kepada imperialisme di negeri kaum muslim. Dahulu, penyesatan itu telah dimanfaatkan pada abad-abad yang berbeza. Di antara yang paling menonjol adalah penyesatan yang terjadi sepanjang tempoh perang salib melawan negeri-negeri kaum muslim, khususnya Baitulmaqdis.
Bagi seorang muslim pemikir yang selalu memonitor berbagai peristiwa, tentu tidak akan hilang dari ingatannya hal yang telah dilakukan oleh Amerika dan negara-negara Eropah dalam bentuk politik penyesatan ekstensif yang diarahkan ke negeri-negeri kaum muslim, khususnya gerakan-gerakan Islam yang mukhlis.
Dalam masalah ini, Amerika bahkan sampai melakukan perbuatan-perbuatan jenayah terhadap bangsanya dan bangsa-bangsa lain. Amerika juga merekayasa berbagai peristiwa mengerikan yang kejahatannya telah melenyapkan ribuan nyawa demi melakukan penyesatan kepada bangsa-bangsa dan membangkitkan kedengkian di dalam jiwa-jiwa mereka terhadap Islam dan negeri-negeri kaum muslim.
Hal itu mereka lakukan untuk merealisasikan berbagai kepentingan imperialismenya. Cara penyesatan paling terkenal dan tetap dilakukan sampai sekarang oleh Amerika terhadap bangsanya, juga untuk menyesatkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia, tidak lain adalah masalah terorisme dan melabelkannya kepada Islam dan kaum muslim. Amerika menjadikan masalah yang disesatkan itu sebagai sarana untuk meluluskan projek-projek imperialisme yang kotor demi melawan bangsa-bangsa di dunia.
Dengan dalih terorisme dan war on terror, Amerika telah memimpin perang keji dengan tujuan-tujuan dan target-target buruk melawan bangsa-bangsa lemah di Afganistan dan Iraq. Kemudian, Amerika menjajah kawasan-kawasan itu dan mula melakukan berbagai pembunuhan, merampas harta, dan menghambakan bangsa-bangsa tersebut. Amerika juga merekayasa peristiwa-peristiwa jahat demi melanjutkan perang tersebut dan memperluasnya dengan dukungan dari bangsa-bangsa Amerika dan Eropah.
Pada saat Daulah Islamiah berdiri nanti yang mana waktunya makin dekat, Amerika dan seluruh negara-negara kafir tidak akan kendur dalam memanfaatkan berbagai politik (strategi) penyesatan yang jahat itu. Hal itu mereka lakukan demi memprovokasi bangsa-bangsa kafir agar melawan Daulah Islamiah untuk memukul dan menguburnya hidup-hidup ketika masih “bayi“.
Oleh kerana itu, seruan mestilah diarahkan kepada bangsa-bangsa kafir yang disesatkan itu dengan segala sarana dan cara yang mungkin dilakukan. Hal itu untuk menjelaskan berbagai kebenaran dan membongkar kepalsuan politik negara mereka dan para pemimpin kapitalisme. Juga untuk menjelaskan fakta Islam sebagai sebuah ideologi yang bertujuan membahagiakan umat manusia dan menyelamatkan mereka dari situasi perit kehidupan mereka yang dipenuhi kesesatan, kekosongan pemikiran, dan moral. Juga untuk menjelaskan tujuan-tujuan Daulah Islamiah yang menggalas pemikiran (ideologi Islam) itu sebagai metode hidup yang ingin disebarkan ke seluruh penjuru bumi.
Adapun langkah-langkah seruan yang baik kepada bangsa-bangsa kafir adalah sebagai berikut:
Pertama, menjelaskan kerosakan dan kepalsuan ideologi kapitalisme yang diemban dan dijadikan agama oleh bangsa-bangsa kafir.
Sebelum mula memaparkan poin penting ini, kita perlu meninjau sebentar sejarah kontemporer, iaitu ketika pemikiran sosialisme berdiri pada permulaan abad lalu. Ketika itu, seruannya diarahkan kepada bangsa-bangsa di negara-negara Eropah dan Amerika. Seruan itu dilakukan dengan dua cara.
Pertama, menyerang ideologi kapitalisme dan menjelaskan kepalsuannya dengan jalan menampakkan hakikat-hakikat praktikal yang ada di negeri-negeri Barat, khususnya aspek ekonomi.
Kedua, memaparkan pemikiran sosialisme yang baru, di atas dasar bahawa pemikiran sosialisme adalah pembebas dan penyelamat baru bagi bangsa-bangsa di Eropah dan Amerika.
Pada hakikatnya, Kesatuan Soviet pada awalnya meraih kejayaan besar dan mampu menghancurkan siyasah Barat di pelbagai medan. Kesatuan Soviet juga mampu memikat sebahagian besar negara-negara di Eropah Timur dan di beberapa kawasan di Eropah Barat, hingga di Amerika sendiri.
Kesatuan Soviet juga mampu menciptakan kebencian bangsa-bangsa Barat melawan politik para pemimpin politik mereka. Hal itu mendorong banyak intelektual di Eropah dan Amerika berpaling kepada pemikiran-pemikiran ideologi komunisme dan mengadopsi politik baru dalam masalah perekonomian, di antaranya politik sosialisme negara.
Walaupun berbagai upaya perlindungan dilakukan oleh negara-negara Barat, tetapi pemikiran komunisme tetap mendapat penerimaan di bahagian yang cukup luas dari negeri-negeri Barat. Selain itu, idea komunisme juga mampu menggerakkan bangsa-bangsa itu untuk menentang politik imperialistik negeri mereka di banyak kawasan.
Pada hakikatnya, pemikiran Islam lebih kuat daripada pemikiran komunisme. Pemikiran Islam lebih mampu mengarahkan pandangan bangsa-bangsa Barat kepada kerosakan dahsyat yang mereka jalani dan kepada kerosakan besar yang dilakukan oleh pemerintahan-pemerintahan yang sedang memimpin di negeri mereka.
Oleh kerana itu, dengan metode dan cara-cara yang memungkinkan, seruan diarahkan kepada bangsa-bangsa kafir di negara-negara Eropah dan Amerika. Dalam seruan ini, seperti yang sudah kami sebutkan, difokuskan pada kerosakan ideologi kapitalisme, mulai dari asas-asasnya hingga cabang-cabangnya.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.