[Khilafah Rasyidah] Kaedah Menghadapi Potret Penyesatan (Bahagian 1/2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Sesungguhnya potret penyesatan yang diputarbelitkan itu bukanlah perkara yang sukar bagi Daulah Islamiah dan para dai Daulah Islamiah yang mukhlis untuk membantahnya satu demi satu. Demikian juga untuk mengukuhkan potret yang benar di dalam pemikiran Barat.
Masalah penyesatan pertama ialah pengobaran semangat permusuhan dan mobilisasi melawan Daulah Islamiah. Masalah ini dapat dibantah dengan menonjolkan potret yang benar daripada sejarah Islam kepada bangsa-bangsa kafir.
Pertama, dipaparkan bahawa Islam tidak berperang demi kepentingan duniawi yang remeh sebagaimana yang dilakukan Barat. Demikian pula Daulah Islamiah tidak berperang demi perang itu sendiri untuk membunuh, menghancurkan, dan memusnahkan. Akan tetapi Daulah Islamiah berperang demi membawa ideologi Islam kepada bangsa-bangsa yang disesatkan. Ini dilakukan demi mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kebengkokan berbagai pemikiran, serta dari kezaliman manusia.
Islam dalam setiap pembebasannya yang berlangsung sepanjang sejarah Islam tidak pernah bertujuan, meski hanya sekali saja, untuk merampas sesuatu dari bangsa-bangsa yang dibebaskan. Sebaliknya, Islam menjaga harta, kehormatan, dan darah mereka selepas pembebasan, malah turut memelihara tempat-tempat ibadah mereka.
Tiada seorang pun yang diperintah untuk memeluk Islam secara paksaan. Ini berbeza dengan berbagai perang agama yang terjadi di antara kelompok-kelompok Nasrani, baik Katolik atau Protestan. Di Maria, jutaan nyawa dilenyapkan, kekayaan-kekayaan dirompak, kehormatan dicabul, dan manusia dipaksa untuk meninggalkan keyakinan atau pegangan mereka.
Demikian juga pembebasan oleh Islam adalah bertentangan dengan perang-perang agama yang dilakukan oleh Barat terhadap kaum muslim di Andalusia. Masyarakat Andalusia dibantai kerana agama mereka dan mereka dipaksa memeluk Nasrani atau mati.
Begitu pula berbeza seratus lapan puluh darjah daripada perang Salib yang dilancarkan orang-orang Nasrani di negeri-negeri Islam di Timur. Dalam Perang Salib itu, manusia dibunuh, walaupun mereka berlindung di rumah-rumah ibadah. Ini seperti yang berlaku dalam peristiwa pembantaian Al-Quds di Masjid Al-Aqsa al-Mubarak.
Islam adalah agama yang dibawa oleh para pemeluknya dengan keyakinan yang bersifat aqliyah (rasional). Manusia tidak akan dipaksa untuk memeluknya. Pada masa yang sama, Islam menjaga tempat-tempat ibadah agama lain. Islam juga menyediakan suasana yang aman bagi para penganutnya untuk menunaikan agama mereka.
Berkaitan dengan masalah sistem kebebasan dan sikap Islam secara syarie dan tegas, masalah ini memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam menjelaskannya kepada Barat. Sesungguhnya sistem kebebasan merupakan sistem yang secara rasional adalah batil dan merosakkan. Sistem kebebasan merupakan perhambaan terhadap umat manusia lebih daripada perhambaan yang dilakukan oleh gereja.
Memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam memahamkan bahawa Islam merupakan agama pembebas bangsa-bangsa. Islam membebaskan umat manusia daripada penyembahan kepada manusia menuju penyembahan kepada Allah Taala. Oleh kerana itu, dalam hal ini beberapa potret dalam bentuk sebagai berikut wajib diluruskan:
Pertama, sistem kebebasan di Barat datang dari pemikiran yang batil dan tidak bersandar kepada akal. Sistem kebebasan itu merupakan hasil idea kompromi antara dua perkara yang sama-sama salah, iaitu dominasi golongan agamawan dan idea penghapusan agama, sebagaimana yang dituntut oleh golongan reformis.
Jalan tengah (kompromi) ini merupakan pemikiran yang tidak boleh diterima oleh akal. Sebabnya, kompromi itu tidak bersandar kepada aspek rasional yang sahih. Berbagai perkara, situasinya, jika tidak benar, maka ia sudah pasti salah. Tidak ada keadaan pertengahan di antara keduanya (separuh benar dan separuh salah).
Kedua, di dalam idea kebebasan terdapat pelanggaran terhadap aspek kemanusiaan yang sahih. Misalnya, kebebasan peribadi. Kebebasan ini membolehkan manusia keluar ke jalanan secara telanjang, melakukan homoseksual, serta mengkonsumsi opium dan ganja. Bahkan idea kebebasan membolehkan manusia untuk membunuh dirinya sendiri dan membebaskan diri daripada kehidupan.
Orang yang berakal akan dengan mudah melihat apa yang telah dicapai oleh kebebasan peribadi di negeri-negeri Barat. Pencapaian tersebut berupa pelanggaran terhadap kemuliaan manusia, berbagai penyakit, dan jenayah yang tidak terkira banyaknya.
Adapun masalah perhambaan yang ada di dalam persepsi kebebasan, hal itu tampak dalam masalah kepemilikan. Ini kerana kebebasan kepemilikan di Barat telah menyebabkan penimbunan oleh para pemilik perusahaan besar. Demikian juga berlangsung dominasi atas harga komoditi dan upah. Hal itu pada akhirnya menjadikan perusahaan-perusahaan tersebut menjadi tuan yang mengawal “rezeki“ manusia, upah, dan kehidupan mereka.
Masyarakat akhirnya menjadi pelayan bagi para pemilik perusahaan itu. Masyarakat perlu bekerja siang dan malam sekadar untuk mampu mendapatkan sesuap makanan. Jadi, inilah idea kebebasan yang diserukan oleh Barat dan yang dikhuatiri mereka bahawa Daulah Islamiah akan menghancurkannya.
Dengan paparan yang jelas dan benar ini, menjadi jelaslah potret yang benar tentang tatacara Islam membebaskan manusia. Islam menetapkan hukum-hukum syarak yang mengatur kehidupan manusia dalam wujud yang paling baik dan bentuk yang paling tinggi.
Sebagai contohnya, Islam menetapkan hukum syarak dalam masalah perkahwinan. Hukum Islam mengatur kehidupan manusia secara seksual dengan pengaturan yang sahih dan menghancurkan semua bentuk kerosakan.
Sebaliknya dengan kebebasan peribadi, seorang lelaki akan menjalinkan hubungan terbuka dengan perempuan tanpa batasan, ikatan, atau pengaturan. Ikatan itu berdiri di atas aspek syahwat haiwani semata. Akibatnya, manusia dan masyarakat terjerumus ke dalam kesempitan hidup akibat berbagai masalah sosial dan penyakit mematikan yang tidak kenal belas kasihan.
#KhilafahRasyidah