[Khilafah Rasyidah] Metode Menentang Embargo (Bahagian 2/4)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/4)
Kedua, Menyusun Rancangan untuk Menutup Kekurangan Akibat Embargo
Embargo, seperti yang telah kami katakan, secara pasti akan berpengaruh atas Daulah Islamiah dari sisi kemampuan yang ada. Baik pengaruh itu dalam hal barang-barang makanan, sumber tenaga, atau keperluan-keperluan yang penting untuk kehidupan.
Untuk menghadapi situasi semacam itu, wajib disusun rancangan dalam negeri untuk menutup kekosongan dan mewujudkan politik keseimbangan perekonomian di dalam negeri Daulah. Tidak dapat diterima akal, jika ada sekelompok orang hidup makmur di dalam negeri Daulah, sementara yang lain menderita kelaparan. Mereka tidak menemukan sesuap makanan untuk meneruskan hidup.
Juga tidak boleh terjadi sekelompok orang hidup kesukaran mendapatkan makanan akibat embargo, sedangkan yang lainnya menikmati kekayaan dan harta. Untuk keluar dari bahaya tersebut, maka pelaksana Daulah Islamiah wajib menyusun program berikut:
- Mengadopsi politik saling menanggung di antara masyarakat. Masyarakat didorong untuk melaksanakan hal itu dengan segenap cara yang memungkinkan. Masyarakat diingatkan kepada apa yang diperbuat oleh para sahabat Rasulullah SAW di Madinah al-Munawwarah. Para sahabat saling menanggung di antara mereka.
Mereka saling berbagi harta untuk menghadapi realiti baru berupa kemiskinan dan kekurangan. Contoh terkait hal itu adalah apa yang terjadi di antara dua orang sahabat besar, Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa’ad bin ar-Rabi ra.. Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Dari Anas ra., dia berkata, ‘Abdurrahman bin ‘Auf datang ke Madinah, lalu Nabi SAW mempersaudarakannya dengan Sa’ad bin ar-Rabi’ al-Anshari. Kemudian Sa’ad menawarkan kepada Abdurrahman setengah dari hartanya, juga isterinya. Abdurrahman bin ‘Auf ra. lalu berkata, ‘Semoga Allah memberikan berkah kepadamu dalam keluarga dan hartamu. Tunjukkan saja kepadaku letaknya pasar. …’”
- Pengkajian ekonomi secara sempurna oleh para ahli untuk menghitung jumlah persediaan bahan makanan, sumber tenaga, dan keperluan-keperluan pokok lainnya. Juga dilakukan pengkajian secara cepat tentang jumlah orang-orang yang memerlukan (orang-orang fakir) dan pengkajian dilakukan sesuai dengan jumlah bahan yang ada dan keperluan pokok umat.
Pengkajian ini penting untuk melegislasikan aktiviti belanjawan secara adil, baik perbelanjaan itu dari pemasukan dan harta milik negara, harta milik umum, atau pun harta milik peribadi. Keadaan bencana tersebut menjadikan harta-harta milik peribadi sangat penting bagi kehidupan dan keberlangsungan umat, sehingga harta-harta milik peribadi itu juga tercakup di dalam skop pengkajian.
Pada dasarnya, tidak patut negara mendapati dirinya sendiri berada dalam ketidakstabilan akibat tidak adanya pengkajian dan tindakan antisipasi (bayangan tentang hal-hal yg akan terjadi) dalam menghadapi embargo. Sebaliknya, Daulah Islamiah wajib memiliki pengetahuan (keahlian) akan semua keperluan pokok masyarakat, jumlah kekayaan yang ada, dan berapa lama dapat berlangsung pengaturan perbelanjaan dan penjimatan. Juga pengetahuan (kepakaran) tentang pengagihan harta yang baik di antara masyarakat.
Lebihan harta yang ada pada individu atau lebihan keperluan diambil dari masyarakat dengan jalan pujukan (persuasive) dan penjelasan. Ini kerana harta-harta individu itu berkait erat dengan kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu, harta-harta tersebut diambil sesuai dengan kadar yang diperlukan oleh orang-orang fakir dan mereka yang memerlukan. Semua itu akan sangat meringankan beban krisis yang ada.
- Panduan dan arahan dalam aktiviti penjimatan belanja. Penjimatan dalam keadaan seperti itu merupakan sesuatu yang sangat penting. Sebabnya, aktiviti penjimatan itu akan membantu Daulah untuk terus bertahan.
Maksud dari penjimatan di sini adalah mengehadkan masyarakat pada pemenuhan keperluan-keperluan pokok berupa makanan, tempat tinggal, dan pakaian saja pada had minimal. Tidak masuk akal ada orang yang hidup makmur dan mampu membelanjakan harta untuk memenuhi keperluan tertiernya, sementara orang lain tidak mampu mendapatkan keperluan pokok untuk mempertahankan hidup berupa makanan, minuman, dan pakaian. Oleh kerana itu, Individu-individu dipaksa untuk mengikuti dasar pengetatan, berupa penjimatan dalam perbelanjaan bagi memanjangkan tempoh perjuangan, meningkatkan kesabaran, serta meneruskan aktiviti dalam menghadapi embargo.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.