[Khilafah Rasyidah] Metode Menentang Embargo (Bahagian 3/4)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 2/4)
Ketiga, Pemanfaatan Segenap Potensi dan Kemungkinan di dalam Daulah
Semua potensi dan kemampuan di dalam negeri wajib digunakan, baik berupa pemasukan yang bersifat semulajadi seperti pertanian, peternakan, dan buruan, atau berupa sumber-sumber industri dan penyediaan sumber tenaga untuk masyarakat.
Perkara ini memerlukan kelompok-kelompok mengaktifkan dorongan, pengawalan, pengarahan, dan panduan. Masyarakat diarahkan kepada tatacara penggunaan tanah seoptima mungkin kerana tanah merupakan sumber utama dalam masalah sumber makanan. Masyarakat juga diarahkan dalam penggunaan sumber-sumber tenaga secara baik kerana teaga berada pada urutan kedua setelah makanan.
Daulah hendaklah berusaha mewujudkan cadangan dalam pemasangan (fasiliti-fasiliti) sumber tenaga. Ini kerana pemasangan sumber tenaga akan menjadi sasaran serangan dan gempuran kaum kafir. Oleh sebab itu, Daulah hendaklah menyusun cara-cara alternatif untuk menyediakan sumber-sumber sumber tenaga dengan segala cara, khususnya sumber tenaga letrik. Sumber tenaga, khususnya letrik, telah menjadi sarana pokok dalam kehidupan. Oleh kerana itu, ketiadaan sumber tenaga, khususnya letrik, akan menyebabkan krisis di dalam negeri Daulah.
Inilah yang berkaitan dengan strategi–di dalam negeri Daulah—untuk menghadapi dan menentang embargo ekonomi yang dijatuhkan oleh kaum kafir.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.