[Khilafah Rasyidah] Di Depan Pintu Khilafah (Bahagian 4/5)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 3/5)
Firman Allah SWT menyatakan, “Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (TMQ At-Taubah [9]:46)
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (TMQ Ath-Thalâq [65]: 4).
Jemaah yang tidak mempersiapkan dirinya dengan persiapan yang benar atau tidak mempersiapkan dirinya sama sekali dan membiarkan pintu terbuka lebar, maka perjalanannya akan terasa berat. Akhirnya mereka akan duduk, mencari berbagai kedudukan, kementerian, dan hal-hal lain dari dunia serta perhiasannya. Maka ia pun boleh berubah arahnya secara total menuju arah yang lain.
Adapun Hizb, ia sungguh telah mempersiapkan diri sebaik-baiknya, baik secara pemikiran mahupun maknawi. Berkat kurniaan dari Allah SWT, Hizb telah berhasil membangun para aktivisnya menjadi sekuat gunung yang kukuh dan tidak bersikap lembik.
Hizb dengan karakter-karakternya yang baik itu telah sampai pada apa yang berhasil diraihnya sekarang dengan tetap menyenandungkan keredhaan Allah Ta’ala. Hizb telah meraih kepercayaan umat di seluruh negeri kaum muslim sehingga orang yang tidak berjalan di jalannya pun tidak kedekut untuk mengungkapkan penghargaan, kekaguman, dan dukungannya kepada idea, metode, dan sikap-sikap mulia Hizb.
Pada hakikatnya, posisi Hizb sekarang ini tengah berdiri bersama umat di depan pintu khilafah. Hizb sedang berupaya membukanya untuk umat atau menghancurkannya jika para penguasa ejen penjajah itu tetap berkeras menghadang di hadapan umat dan harapannya ke arah tujuan yang agung. Deskripsi itu dapat diringkas dalam hal-hal berikut:
Pertama, padangan umum secara total memihak kepada idea khilafah dan penerapan hukum-hukum Islam di semua negeri kaum muslim. Segala puji hanya bagi Allah, sekarang di tengah kaum muslim tidak ada lagi idea, kecuali idea tersebut. Hal itu setelah semua slogan lainnya hancur, semisal patriotisme, nasionalisme, sosialisme, demokrasi, dan lainnya.
Pemandangan yang boleh diindera menunjukkan bahawa idea ini adalah idea yang menonjol di setiap perhimpunan dan long march sehingga jemaah-jemaah yang tidak menuntut rombakan total pun mula menyerukannya secara zahir. Idea ini juga mula mencuat dalam diri para intelektual yang tersebar di dunia Islam melalui media massa.
Kedua, kesedaran umum yang telah berhasil diraih oleh umat di banyak wilayah, khususnya wilayah Islam. Kesedaran akan idea Khilafah dan metode membebaskan umat dari pengekoran penjajah. Juga kesedaran umat terhadap (realiti) para penguasa mereka dan para intelektual ejen Barat dan idea-ideanya.
Umat yang ada di sebahagian besar negeri di dunia Islam telah sampai pada kesedaran yang baik terhadap perkara-perkara penting ini. Hal tersebut memberikan berita gembira bahawa kebaikan akan segera terwujud dalam waktu dekat dengan izin Allah Ta’ala. Idea-idea batil, baik demokrasi, sosialisme, atau nasionalisme tidak bisa lagi mengelabui umat.
Ketiga, adanya sejumlah besar orang yang bergabung di dalam perjuangan secara kepartian di setiap penjuru dunia Islam. Mereka sangat menonjol kerana memiliki keinginan waja dan iman yang tinggi, semangat bergelora, keikhlasan yang murni semata kerana Allah, kesedaran politik, dan pemikiran yang tiada bandingnya. Fenomena itu tampak di sejumlah wilayah dari dunia Islam, baik di Asia Tengah, Turkiye, Indonesia, Pakistan, Baitulmaqdis, Lubnan, Sudan, dan wilayah dunia Islam lainnya.
Sungguh, gambaran realiti yang baik ini memberikan berita gembira akan terwujudnya kebaikan dalam waktu dekat. Tidak tersisa lagi bagi Hizb, kecuali satu kemenangan atas rintangan akhir, iaitu membuka pintu yang masih ditutup oleh kaki tangan penjajah dari para penguasa. Seandainya tidak ada halangan serius ini, pasti Hizb telah sampai pada target yang diperjuangkan sejak bertahun-tahun yang lalu.
Pintu tersebut akan terbuka dan “pecah” dengan izin Allah Ta’ala. Zaman tidak lagi berpihak kepada para kaki tangan. Sebabnya, idea-idea mereka telah jatuh, aktiviti-aktiviti mereka telah terbongkar, topeng yang mereka kenakan di wajahnya pun telah tanggal, sehingga wajah murung mereka pun tampak jelas, dan aib mereka yang buruk pun telah tersingkap.
Bagaimana pun usaha para kaki tangan itu untuk menjaga agar pintu tersebut tetap tertutup, zaman tidak lagi memberikan kesempatan kepada mereka untuk tetap bertahan. Perkara-perkara yang menentang mereka makin meningkat dari hari ke hari. Gerakan orang-orang yang berupaya untuk membuka pintu tersebut makin kuat dan intensif.
Sebelum kita menutup masalah ini, saya ingin berhenti sejenak terhadap masalah penting yang berkaitan dengan masalah pertolongan dan peneguhan. Ada beberapa orang yang mengulang-ulang perkataan bahawa pertolongan telah tertunda dan waktu sudah berlalu sekian lama, tetapi pertolongan belum juga terealisasi. Tidak sukar untuk mengetahui maksud dari perkataan-perkataan semacam ini, iaitu untuk menancapkan faktor-faktor kekecewaan dalam diri umat dan para pengemban dakwah.
Untuk menjelaskan masalah ini, saya katakan bahawa Hizb wajib menempuh metode Rasulullah SAW dalam berdakwah untuk menegakkan kembali Khilafah Rasyidah. Hizb wajib meneladan Rasulullah SAW secara sempurna. Perkara pertolongan, hal itu berada di tangan Allah saja. Maksud pertolongan di sini adalah peneguhan dan pemberian kekuasaan di muka bumi.
Tidak seorang pun yang mengetahui bila dan di mana pertolongan itu akan datang, kecuali Allah SWT saja. Sesungguhnya pertolongan itu berkaitan dengan kehendak dan keinginan Allah Ta’ala. Mungkin saja Allah menunda peneguhan itu dari kelompok pejuang mukmin di muka bumi untuk tujuan baik lainnya, iaitu untuk menjadi ujian dan cubaan.
Allah SWT berfirman, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (TMQ Al-‘Ankabût [29]: 2—3).
Kadang kala penundaan itu menjadi lebih baik bagi dakwah, suasana, dan para pejuang di dalamnya. Perkara-perkara ini tidak ada yang mengetahuinya, kecuali Allah Ta’ala. Akan tetapi, semua itu adalah baik bagi dakwah, bukan keburukan, meskipun berupa ujian, cubaan, atau penyiapan suasana.
Dari sisi apa pun, perkaranya akan menjadi kebaikan. Hal itu bukanlah penundaan atau penyegeraan menurut penilaian kita kerana kita tidak mengetahui janji yang telah ditetapkan untuk hal itu. Pengetahuan tentang hal itu hanya ada di sisi Allah Ta’ala.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.