Apakah Perubahan yang Kita Mahukan?
Umat Islam mahukan perubahan atas keadaan yang sekarang berlaku di negeri-negeri Islam, iaitu berlakunya sistem sekular, dominasi cara berfikir dan gaya hidup Barat yang rosak, serta banyaknya para pemimpin kafir, fasik dan zalim, yang menjadi kaki tangan negara-negara penjajah Barat.
Perubahan yang diinginkan adalah menyelamatkan umat Islam dari keadaan terpecah-belah dan terhina akibat tekanan dari negara-negara penjajah, serta dari keadaan tersesat, kehilangan arah, dan ketergantungan terhadap negara-negara penjajah tersebut yang terus bersekongkol untuk memusuhi umat Islam.
Perubahan yang diinginkan juga adalah mengembalikan kekayaan umat Islam kepada umat Islam itu sendiri, bukan membiarkan kekayaan itu dijarah oleh negara-negara penjajah kafir yang hidup makmur dengan hasil kekayaan itu, sementara umat Islam dibiarkan miskin dan terbebani oleh berjuta-juta hutang kepada negara-negara kapitalis yang serakah.
Perubahan yang diinginkan itu hanya dapat terwujud melalui kebangkitan umat Islam yang berlandaskan Islam, menolak semua pemikiran yang tidak berasal dari Islam, menyingkirkan sistem kufur, dan menegakkan kembali Khilafah, yakni pemerintahan yang menjalankan hukum sesuai dengan apa yang Allah ﷻ turunkan, mempersatukan umat Islam dan negeri-negeri Islam di bawah kepemimpinan seorang khalifah, dengan panji “Lā ilāha illallāh, Muhammadur Rasūlullāh”, serta membawa risalah Islam ke seluruh dunia.
Sumber: “At-Taghyir” – Mahmud ‘Abdul Karim Hasan
#TegakIslam #TegakKhilafah #KesatuanUmat #TerapIslamKaffah