[Siri Adab Keluarga]
Allah Melaknat Orang Yang Melaknat Kedua Ibu Bapa
Dari Abu Thufail, dia berkata, “Suatu ketika Ali ditanya, ‘Apakah Rasulullah SAW mengkhususkan kalian dengan sesuatu yang tidak diberikan kepada semua manusia?’ Ali menjawab, “Beliau tidak memberi sesuatu yang khusus kepada kami sebagaimana juga pada manusia kecuali apa yang terdapat pada pedangku ini.” Lalu Ali mengeluarkan lembaran yang di dalamnya tertulis, ‘Allah melaknat orang yang menyembelih bukan kerana Allah, Allah melaknat orang yang mencuri batas tanah, Allah melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, dan Allah melaknat orang yang melindungi (membantu) orang yang melanggar hukum Allah.’” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
Penjelasan:
Termasuk perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT ialah mencaci atau melaknat kedua-dua ibu bapanya. Hadis ini menegaskan betapa tinggi dan mulianya kedudukan ibu bapa dalam ajaran Islam. Bahkan ungkapan sekadar “ah” kepada mereka pun dilarang dalam al-Quran; maka perbuatan melaknat atau mengeluarkan kata-kata keji terhadap mereka adalah jauh lebih ditegah dan termasuk dalam perbuatan dosa. Larangan ini bukan sekadar menjaga adab, tetapi juga melindungi institusi keluarga dan maruah ibu bapa yang menjadi antara sumber keberkatan hidup seorang anak. Dari aturan Islam terkait adab terhadap ibu bapa ini jugalah yang akan menjamin kebajikan ibu bapa, terutama bila mereka semakin tua. Demikianlah indahnya Islam memunculkan kesejahteraan dalam hubungan keluarga.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat