[Siri Adab Keluarga]
Derhaka pada Ibu Bapa adalah Dosa Besar
Dari Abu Bakrah, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar?” Baginda mengatakannya sampai tiga kali. Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Iaitu mempersekutukan Allah dan derhaka kepada kedua ibu bapa (orang tua).“ Baginda mengatakannya sambil bersandar (lalu berkata), “Dan kemudian perkataan bohong (kesaksian palsu).” Baginda terus mengulang-ulangnya hingga aku berkata, “Semoga beliau diam.” (HR. Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi)
Penjelasan:
Hadis ini memberi peringatan tegas bahawa menderhakai ibu bapa termasuk dalam dosa besar, sebaris dengan syirik dan kesaksian palsu. Ia menunjukkan betapa tingginya kedudukan sebagai ibu bapa di sisi Allah. Justeru, seorang anak perlu sentiasa memuliakan mereka. Anak-anak dituntut berakhlak mulia dengan ibu bapa seperti bercakap dengan sopan, menjaga hubungan dengan penuh hormat, mendoakan mereka, serta segera memohon maaf jika pernah mengguris hati mereka. Ketaatan dan layanan baik terhadap ibu bapa bukan hanya tuntutan etika kekeluargaan, tetapi satu bentuk ibadah yang berterusan. Selagi mereka hidup, peluang untuk berbakti itu adalah pintu ibadah yang amat luas. Dan bagi mereka yang menjaga hubungan ini dengan ikhlas, janji Allah adalah kemuliaan yang besar yakni balasan pahala dan syurga disediakan buat anak-anak yang menunaikan hak ibu bapa dengan sebaiknya ketika mereka masih hidup mahupun telah pergi.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat